MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday 18 January 2020

KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN SEKOLAH

Kem Kepimpinan tahun ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dengan kerjasama pasukan fasilitator Kolej Poly-Tech  Mara Paya Besar (KPTM) di bawah kelolaan Encik Kamarul dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar KPTM. Peserta terlibat terdiri daripada ahli jawatankuasa tertinggi kepimpinan pelajar  Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. 

Program yg dijalankan secara keseluruhannya sangat menarik kerana melibatkan aktiviti fizikal secara berkumpulan. Peserta kelihatannya semakin segar sehingga ke akhir program walau pada mulanya seperti agak dingin. Fasilitator KPTM telah berjaya menarik minat para peserta melalui modul-modul yang digunakan sehingga menerima permintaan untuk mengadakan lagi program seumpamanya pada masa akan datang. Paling menarik dan mendebarkan apabila para peserta dipelawa untuk berdiri di atas telur mentah!  Aktiviti ini adalah untuk menguji keyakinan diri dan tumpuan peserta. Hampir semua peserta yang menawarkan diri berjaya dalam ujian ini. 

Apa yang penting peserta menggunakan dan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari sepanjang kem ini dalam pengurusan organisasi masing-masing dan berjaya menjadi ketua/pemimpin sekolah yang berjaya dan disegani.

 






















No comments:

Post a Comment