MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Wednesday 22 January 2020

SRIKANDI BERBUDI, TULUS BERBAKTI

Srikandi berbudi, tulus berbakti. Puan Hajah Aini bt Razik itulah srikandi yang dimaksudkan. Setelah 30 tahun berbakti sebagai guru, kini tibalah waktunya untuk srikandi ini mengundurkan diri....

Majlis persaraan anjuran Kelab Guru & Kakitangan BRASS ini diadakan di Dewan Bitara diraikan bersama oleh para guru, YDP PIBG dan murid-murid BRASS. Puan Hajah Aini yang berasal dari Terengganu, mula bertugas di BRASS pada tahun 2002. Sebelum itu beliau bertugas di SMK Sultan Abu Bakar sebagai guru subjek Kimia dan Matematik. Pada tahun 2017 beliau dilantik sebagai Penolong Kanan Pentadbiran BRASS menggantikan Puan Foziah bt Abdullah yang telah bertukar. Sebagai PK Pentadbiran, beliau sangat mengambil berat soal pentadbiran sekolah dan akademik murid-murid terutamanya Tingkatan 5. Beliau akan berbincang dengan guru-guru untuk kemajuan akademik dan pencapaian sekolah. Berpewatakan ceria, Pn Hajah Aini sentiasa menunjukkan senyuman manis  dan selalu berjenaka sewaktu berurusan dengan para guru membuatkan beliau sangat disenangi. Ketegasan beliau dengan anak-anak murid adalah supaya mereka memberikan tumpuan sepenuhnya sewaktu pengajaran. Beliau sangat bertegas dan tidak teragak-agak untuk memberi amaran sekiranya ada dalam kalangan murid beliau tidak berada di dalam kelas. Ini kerana menurut Pn Hajah Aini, mata pelajaran Kimia perlu diikuti setiap silibus supaya pemahaman tidak terganggu dan akhirnya menyebabkan kegagalan kepada murid-murid ini. 

Pihak sekolah mengucapkan Selamat Bersara kepada Puan Hajah Aini bt Razik. Semoga berbahagia di samping keluarga tercinta dan berpeluang untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sempat dilaksanakan sewaktu bertugas dahulu. Semoga berjumpa lagi.






Hadiah drpd Koperasi Sekolah

Hadiah drpd Panitia Matematik

Hadiah dprd Panitia Bahasa Inggeris

Hadiah drpd Panitia Bahasa Melayu

Hadiah drpd Panitia Sejarah

Hadiah drpd Badan Pengawas 

Hadiah drpd Panitia Seni

Hadiah drpd Panitia Sains

Hadiah drpd murid-murid BRASS

Bersama bekas murid





Jemputan istimewa - Pn Hjh Aini bersama anak-anak



Hadiah daripada PIBG





Ucapan terakhir sebagai guru dan PK Pentadbiran

Persembahan murid


Ucapan Ketua Murid

Tumb print terakhir


Better late than never...Hadiah drpd Panitia Pendidikan Islam


No comments:

Post a Comment