MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday 9 April 2022

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1 DAN 4

Program  Orientasi Tingkatan 1 telah diadakan pada 4/4/2022 (Isnin) bertempat di Dewan Bitara. Program ini penting bagi membolehkan pelajar-pelajar Tingkatan 1 untuk lebih mengenali sekolah baharu mereka serta peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi oleh mereka sepanjang bergelar pelajar di sekolah ini. Semoga pelajar-pelajar Tingkatan 1 ini berasa seronok dan selesa untuk meneruskan pembelajaran mereka di SMK Bukit Rangin.๐Ÿ˜‰

 

Pelajar-pelajar memasuki Dewan Bitara dengan penuh tertib. Admin suka๐Ÿ‘




Berkumpul di dalam dewan dan melaksanakan beberapa aktiviti bersama kaunselor






Taklimat Hal Ehwal Murid (HEM) oleh Ustaz Fatthul Mueim Bin Bustaman , GPK HEM SMK Bukit Rangin




Taklimat Disiplin oleh Puan Norahayu Binti Mat Junoh, guru disiplin SMK Bukit Rangin




Taklimat Kokurikulum oleh Encik Mustaza Bin Mukri, GPK Kokurikulum SMK Bukit Rangin

Taklimat Biasiswa oleh Puan Fauziah, guru biasiswa SMK Bukit Rangin

Taklimat Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Puan Sapura, guru PSS SMK Bukit Rangin

Taklimat Buku Teks oleh Puan Farhana Azzyati, guru buku teks SMK Bukit Rangin

DAN, pada 7.4.2022 sehingga 8.4.2022, telah diadakan program orientasi bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4. Program orientasi ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran kepada pelajar-pelajar tentang perjalanan yang bakal ditempuhi oleh mereka selama 2 tahun bergelar pelajar menengah atas. Perjalanan semakin mencabar, namun, dengan semangat dan kesabaran yang tinggi, insyaAllah segala cabaran dan rintangan akan dapat di lalui dengan sebaik mungkin. ๐Ÿ˜š





TERIMA KASIH kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Bukit Rangin serta semua yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan Program Orientasi Tingkatan 1 pada tahun ini. Anda semua memang TERBAIK!

No comments:

Post a Comment