MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Thursday 21 April 2022

SALAM NUZUL QURAN

AL-QURAN merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad yang menjadi panduan umat Islam selagi mereka berpegang teguh dengannnya. Nuzul bererti turun atau berpindah manakala al-Quran bermakna bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh umat Islam. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jenayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Jangan tak tahu ya! Peristiwa nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira' tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril.

Dan ini ditegaskan melalui firman Allah yang bermaksud: "Ramadan yang padanya diturunkan alQuran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah." - [Surah Al Baqarah:185]

Tn Haji Ishak diundang untuk menyampaikan ceramah pada tahun ini
                        
Penuh semangat! Terbaik ๐Ÿ‘

JOM AUDIT DIRI~
Mohamed Salah merupakan salah seorang bintang bola sepak dunia dengan pendapatan sebanyak 2.8 juta seminggu. Beliau sentiasa membawa  dan membaca kitab suci al-quran walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai pemain bola sepak. Walau bagaimanapun, sebilangan besar umat Islam hari ini yang  hanya memiliki sejumlah kecil wang di dalam bank sentiasa leka dengan hal-hal duniawi dan enggan meluangkan masa membaca al-Quran. Renung-renungkan...
Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang meminggirkan al-Quran dalam kehidupan seharian. #alqurandihati๐Ÿ’•


Di langit ada pelangi,
Terima kasih, datang lagi ๐ŸŒˆ

No comments:

Post a Comment