MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Sunday 16 October 2022

CINDERBELLA BUKAN CINDERELLA

ALHAMDULILLAH, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya, pasukan drama Bahasa Inggeris SMK Bukit Rangin telah berjaya merangkul tempat ke-5 dalam pertandingan video drama Bahasa Inggeris peringkat kebangsaan dengan drama yang bertajuk 'Cinderbella'. Sebelum itu, pasukan drama SMK Bukit Rangin telah berjaya memenangi pertandingan di peringkat negeri yang sekali gus melayakkan mereka untuk mewakili negeri Pahang ke peringkat kebangsaan. Alhamdulillah, rezeki daripada Allah S.W.T😊.

Jalan cerita/storyline bagi drama 'Cinderbella' ini adalah hasil idea spontan daripada guru pembimbing, Teacher Asnarita Binti Tarmizi yang amat meminati cerita klasik kanak-kanak yang pernah popular suatu ketika dahulu iaitu 'Cinderella'😂 dan pemurnian skrip juga telah dilakukan berulang kali bagi memastikan ia memenuhi syarat pertandingan serta menepati aspek yang dikehendaki. Admin dimaklumkan oleh guru pembimbing bahawa pelajar-pelajar yang terlibat telah menunjukkan tahap disiplin yang sangat tinggi dan mereka berasa teruja kerana berpeluang untuk berlakon dengan menggunakan Bahasa Inggeris-sesuatu yang sangat asing dan mencabar bagi mereka. Namun, berkat kesungguhan para pelajar serta kerjasama daripada semua pihak, drama ini akhirnya berjaya dihasilkan tanpa meletakkan sedikit harapan pun untuk menang, hanya berusaha sehabis baik untuk memberikan yang terbaik agar selari dengan 'tagline' sekolah iaitu "BRASS SUPERB" 😊.   

Menurut teacher Asnarita dan teacher Farah, pementasan drama (one continuous shot)  ini merupakan pengalaman pertama para pelajar dan guru pembimbing dan sudah tentunya banyak perkara yang perlu dipelajari dan diterokai sebelum memperoleh hasilnya. Bukanlah kemenangan yang menjadi keutamaan, tetapi pengalaman yang diperoleh adalah sesuatu yang sangat berharga yang tidak mungkin akan dapat dilupakan oleh pasukan drama BRASS. Betul, admin setuju! 
Admin percaya, sekolah ialah suatu medan untuk memperoleh ilmu yang tidak hanya terbatas kepada ilmu akademik sahaja, tetapi juga ilmu-ilmu tentang kehidupan yang membantu pelajar untuk berkembang menjadi insan yang memiliki daya tahan dan semangat juang yang tinggi.  Tahniah dan syabas kepada pasukan drama Bahasa Inggeris SMK Bukit Rangin! 😘

Memori tercipta, persahabatan terjalin 😇

'feel over the moon' selepas selesai sesi 'shooting' 😄

Kawalan disiplin oleh 'seniors'- Sofea dan Ariesa (5 Bes 2020) 😆

Detik yang pasti dirindui 😊


"Terima kasih kepada semua ibu bapa yang memberikan kerjasama. terima kasih kepada anak-anak BRASS yang sedia menghulurkan bantuan apabila keadaan memerlukan mereka untuk bertindak dan membantu, terima kasih kepada panitia Bahasa Inggeris, barisan pentadbir yang memberi sokongan padu serta kepada semua guru BRASS yang telah terlibat samada secara langsung ataupun tidak langsung dalam memastikan keberhasilan video drama ini. Ini adalah kejayaan kita bersama. TERIMA KASIH SEMUA!" 💖
 - ikhlas daripada pasukan drama Bahasa Inggeris BRASS-

Tak dapat jadi Cinderella, jadi Cinderbella pun dah kira ok..😆 

No comments:

Post a Comment