MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday 17 September 2022

INDAHNYA BANDUNG,JAKARTA!

Pada 'post' kali ini, admin ingin kongsikan gambar-gambar kenangan sepanjang percutian rakan-rakan guru ke Bandung, Jakarta baru-baru ini, Benarlah kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan. Terdapat pelbagai destinasi pelancongan yang menarik serta pelbagai barang dan kraftangan yang cantik dan unik boleh didapati dengan harga yang sangat berpatutan. Banyak juga kisah menarik yang telah dikongsi oleh rakan-rakan guru yang sedikit sebanyak membuka minda admin tentang erti bersyukur. Terima kasih kepada rakan guru yang memberi cenderahati dan yang telah berkongsi gambar serta pengalaman sepanjang percutian selama 5 hari 4 malam di Bandung, Jakarta. Walaupun admin tidak ke sana, admin dapat  merasai keseronokan rakan-rakan guru yang berpeluang menjejakkan kaki ke salah sebuah kota yang memiliki kepadatan penduduk yang paling tinggi di dunia itu. 

Kesimpulannya, apa yang admin ingin sampaikan di sini ialah, melalui lawatan ke negara lain, kita bukan sahaja dapat menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan yang tiada tolok bandingnya, bahkan kita akan lebih menghargai kepelbagaian budaya masyarakat di negara lain. Perpaduan antara bangsa serumpun juga dapat dikukuhkan dan admin pasti rakan-rakan guru akan merindui detik-detik indah ketika berada di sana terutamanya ketika mengadakan lawatan penanda aras di mana guru-guru BRASS berpeluang membina ukhwah dengan guru-guru di SMA Negeri 14, Bandung. Teringat pula admin dengan bait-bait lagu 'antara Jakarta dan Penang' yang pernah popular suatu ketika dahulu..hihi๐Ÿ‘‡

sepucuk surat cinta kita,

pelepas dahaga yang lapang,

antara Jakarta dan Penang,

cinta semakin dalam

admin ubah sedikit lirik lagu tu ye...๐Ÿ‘‡

sekeping gambar kita bersama,

pelepas rindu yang membara,

antara Jakarta dan Pahang,

Cinta semakin dalam ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
๐ŸŒป -------------------------------๐ŸŒป

BANDUNG, KAMI DATANG!!

Soekarno-Hatta International Airport 

Alhamdulillah..selamat tiba ke destinasi 

Tempat-tempat pelancongan yang keren bangat ๐Ÿ‘‡

TAMAN ASIA AFRIKA
             
saujana mata memandang..indah sungguh ya!๐Ÿ˜

salah satu tempat di Taman Asia Afrika๐Ÿ˜š

ini bukan di India,,ini di Taman Asia Afrika lho๐Ÿ˜

Konnichiwa!!!๐Ÿ˜

FLOATING MARKET

mendamaikan....jiwa ๐Ÿ’ž

35,000 rupiah = RM 10.58..mahal atau murah??๐Ÿ˜Ž

'Floating Market' saksi segalanya..gituwww ๐Ÿ˜‚

TASIK KAWAH PUTIH

Subhanallah๐Ÿ’•

Mana-mana 'wefie' janji 'hepi' ๐Ÿ’ƒ

SHOPPING DULU YUK!

koleksi jeans daripada pelbagai jenama terkenal๐Ÿ‘

beli banyak2 ya bukkk๐Ÿ˜†

shopping kain sulam dulu..sebab ada sale tuu๐Ÿ˜†

anugerah 'pembeli terpenat' jatuh kepadaaa.....๐Ÿ˜„

Dah penat membeli-belah, kenalah makan pula kan..jom kita tengok makanan masyarakat di sana ๐Ÿ‘‡

Menu ini namanya 'The Real Sundanis'๐Ÿ˜Š

Rempeyek tempe..kelihatannya rangup banget!!๐Ÿ˜‹

kasiannn gue ama kaloi itu๐Ÿ˜…

singgah mengopi....gratisssss!

LAWATAN PENANDA  ARAS KE SMA NEGERI 14, BANDUNG

di Bilik Gerakan SMA Negeri 14, Bandung๐Ÿ‘

bersama guru SMA Negeri 14 #kita serumpun๐Ÿ˜Š

bagus mejanya..!๐Ÿ˜‰

ada ngakk yang mirip Nicholas Saputra?
atau Bunga Citra Lestari??๐Ÿ˜


air percuma kepada pelajar..mantap!!๐Ÿ‘

menarik!๐Ÿ˜

kado terindah..makasih!!!๐Ÿ’“

masih ingat jalan pulang..syukurr ๐Ÿ˜

Syukur, selamat tiba di tanah air ๐Ÿ˜‡

๐Ÿ’ขTerima kasih kepada Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) SMK Bukit Rangin kerana  telah berjaya mengadakan lawatan ke Bandung yang juga merupakan salah satu aktiviti tahunan di bawah KGKT BRASS.

๐Ÿ’ขTerima kasih  kepada pihak pentadbir yang memberi sokongan terhadap aktiviti yang dilaksanakan oleh KGKT BRASS.

๐Ÿ’ขTerima kasih kepada guru-guru BRASS yang telah sama-sama menjayakan program lawatan antarabangsa ini. Jika tiada yang mahu menyertai lawatan ini, maka tiadalah travelog@Jakarta ini, bukan? Anda semua memang๐Ÿ‘.

๐Ÿ’ขTerima kasih kepada pihak sekolah SMA Negeri 14, Bandung yang sudi menerima kunjungan guru-guru BRASS. Kunjungan ini memberi 1001 makna kepada kami semua. 

๐Ÿ’ขTerima kasih kepada pemandu pelancong dan mereka yang telah berusaha memberi kepuasan maksima kepada guru-guru BRASS sepanjang percutian ke Bandung ini.

Kejap2!! Sebelum admin berundur, cuba teka apa yang bapak itu jual? hehe


Ini namanya mochi-mochi.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, 
4 gantung dijual pada harga RM15 (50,000 rupiah).
Kreatif kan, mereka??
Ada sahaja jalan untuk mencari rezeki.
Sikap rajin berusaha ini haruslah kita contohi.
Terus semangat mencari rezeki yang halal ya, pak!๐Ÿ˜ƒ


No comments:

Post a Comment