MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Sunday 4 September 2022

TIPS MERDEKA

Bendera mempunyai sejarah tersendiri dalam lipatan sejarah Islam.

💢Musáb ibnu ‘Umar r.a dalam Perang Uhud hilang anggota badan dan syahid dalam kesungguhannya mempertahankan panji Islam. Musáb tetap menjulang panji dengan sebelah tangan, dan apabila tangan sebelah lagi dipotong, beliau merapatkan dua lengannya ke dada untuk menahan bendera itu dari terjatuh. Bendera yang jatuh kerana gugurnya Musáb terus disambut sahabat lain.

💢Begitu juga dalam kisah Ja’far ibnu Abi Thalib r.a dalam Perang Mutáh. Bendera yang dikibarkan oleh ketua perang akan dirampas dalam sesebuah peperangan sebagai tanda kekalahan pihak musuh. Ja’far mempertahan bendera putih yang diberikan Rasulullah s.a.w walaupun dalam keadaan hilang kedua tangan, menahan dengan kedua lengan dan mengigitnya kukuh dengan gigi, sehingga beliau syahid.

Peristiwa-peristiwa di atas jelas menunjukkan betapa tingginya nilai bendera dalam kalangan pejuang Islam. Bendera bukan sekadar objek yang harus dipegang dan dikibarkan, namun ia merupakan satu simbolik yang mampu menyuntik semangat juang dan mengukuhkan rasa cinta dan bangga akan agama dan tanah air sendiri.

Justeru, bendera negara haruslah dihormati dan sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita haruslah mengetahui cara-cara memasang dan menggunakan bendera Malaysia dengan betul. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.






#malaysiamerdeka
#65tahunmerdeka
#keluargamalaysiateguhbersama

No comments:

Post a Comment