MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday 17 September 2022

KARNIVAL SUKAN RAKYAT BRASS 2022

Fuhh!! Setelah hampir 2 tahun terkurung di rumah menjalani sesi pembelajaran atas talian tanpa sebarang aktiviti sukan, pada tahun ini unit Kokurikulum BRASS telah 'mengganas' dengan pelbagai aktiviti yang  melibatkan kelab dan persatuan, unit beruniform serta sukan dan permainan. Pada 14/9/22 (Rabu), Karnival Sukan Rakyat telah diadakan di mana pelajar-pelajar diwajibkan untuk mencuba permainan tradisional masyarakat Melayu yang sangat popular suatu ketika dahulu seperti tayar gondola, galah panjang, batu seremban, baling tin, bola beracun, congkak, golek kelapa dan sepak raga.
Karnival yang berlangsung selama hampir 4 jam itu telah berjaya merakam pelbagai gelagat pelajar dan guru yang pastinya akan mengundang derai tawa kita semua. Tak percaya, jom tonton video yang admin kongsikan di bawah ni😁👇


Terima kasih dan sekalung tahniah kepada Unit Kokurikulum BRASS atas kejayaan menganjurkan karnival ini. Ucapan terima kasih didedikasikan juga kepada barisan pentadbir dan guru-guru yang memberi sokongan padu sekaligus menjadikan karnival ini sebagai salah satu program sekolah yang akan kekal tersemat diingatan para pelajar SMK Bukit Rangin. 

No comments:

Post a Comment