MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday 15 October 2022

BICARA PUTERA PUTERI

 PROGRAM BICARA PUTERA PUTERI

-Maruah Diri Cerminan Peribadi-

TARIKH: 12/10/2022 (RABU)

MASA: 12.10 PM - 1.40 PM

TEMPAT:
DEWAN BITARA (PUTERA) & SURAU (PUTERI)

PENCERAMAH:
USTAZ SAIFUDDIN BIN MOHD ROSLAN
USTAZAH ROHANI BT OTHMAN


Penuh semangat! πŸ˜€

"Terbaikk ustaz!"πŸ‘- Ustazah Yusnita


Dua orang pelajar sedang mencatat isi-isi pentingπŸ‘
Siapakah mereka?
 Admin nak 'key in' nama mereka ke dalam SSDM ni..hehe


Solat Zuhur berjemaah bersama Ustaz Saifuddin πŸ˜‡
  

Khusyuk mendengar penerangan ustazah πŸ‘




Terima Kasih Ustaz Saifuddin Bin Roslan πŸ’«

Terima kasih Ustazah Rohani Bt OthmanπŸ’«

Admin ingin kongsikan sedikit maklum balas yang admin peroleh daripada pelajar-pelajar BRASS yang telah mengikuti program Bicara Putera Puteri ini. Apakah yang telah mereka pelajari hasil daripada program ini? Jom baca hasil dapatan kajian admin ini ok (dah macam buat 'research' untuk tulis 'thesis'  pula yeπŸ˜„)

πŸ‘‰Saya sedar akan mengejek nama ayah itu berdosa besar jika orang yang diejek itu tidak suka akan perbuatan tersebut 
πŸ‘‰ Memfitnah seseorang itu lebih besar dosanya daripada membunuh
πŸ‘‰ Penghujung kepada akhir zaman semakin dekat dan saya akan sentiasa melakukan amal baik 
πŸ‘‰ Saya perlu menjaga pertuturan saya dan berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata 
πŸ‘‰ Saya akan lebih berhati-hati dengan lelaki 
πŸ‘‰ Banyak pengajaran yang saya peroleh daripada ceramah tersebut. Kita haruslah memelihara kehormatan sebagai seorang wanita agar dapat menjadi wanita solehah di dunia dan di akhirat 
πŸ‘‰ Saya belajar untuk menjaga diri agar terpelihara daripada perkara-perkara yang buruk
πŸ‘‰ Sayangilah sahabat anda sepertimana anda menyayangi keluarga anda dan carilah sahabat yang ada bersama ketika susah dan senang, boleh menegur kesilapan kita dan mampu menarik kita ke syurga dan boleh buat kita bahagia. Kesimpulannya, sahabat ialah salah satu kunci kebahagiaan 
πŸ‘‰ Daripada bicara putera puteri semalam, saya disedarkan bahawa kaum hawa ini senang dipergunakan oleh lelaki, jadi, saya akan membuatkan diri saya tidak mudah percaya kepada kata-kata lelaki
πŸ‘‰ Menjaga aurat itu penting agar kita terhindar daripada perkara yang tidak diingini selain dapat menjaga nama baik ibu bapa serta menjaga kehormatan diri

ALHAMDULILLAH, semoga pelajar-pelajar SMK Bukit Rangin memiliki keperibadian yang unggul seterusnya menjadi modal insan yang mampu menyumbang kepada keluarga, bangsa, agama dan negara  suatu hari nanti. InsyaAllah~
TERIMA KASIH kepada Unit Bina Insan dan Unit Bimbingan dan Kaunseling kerana telah menjayakan Program Putera Puteri pada tahun  ini dengan baik sekali. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung serta menyokong pelaksanaan program ini.

KLIK πŸ‘‰BPP 2022

No comments:

Post a Comment