MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday 1 October 2022

DI MANA KAN KU CARI GANTI

 MAJLIS SEKALUNG KASIH SEINDAH KENANGAN......


Puan Hajah Norziah Binti Johod, mantan Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) SMK Bukit Rangin telah menabur bakti selama hampir 9 tahun (16 Mei 2014 sehingga 30 September 2022) di sekolah ini. CERIA-itulah salah satu personaliti yang dimiliki oleh Puan Hajah Norziah yang menjadikan beliau seorang pentadbir yang begitu disenangi oleh rakan-rakan sekerja. Puan Norziah telah meninggalkan terlalu banyak kenangan yang sudah pastinya sukar untuk dilupakan oleh seluruh warga SMK Bukit Rangin. Kami pastinya merindui detik-detik indah sepanjang bersama Puan Norziah dan harapan kami agar beliau tidak melupakan kami dan kenangan kita bersama. 

Jika ada yang bertanya admin tentang perwatakan Puan Norziah, admin dapat simpulkan seperti di bawah:

N-nice to everyone
O-optimistic 
R-resilient
Z- zealous
I-intelligent
A-amiable
H-hardworking

apa pandangan rakan-rakan guru yang lain pula? haaa baca yeπŸ˜‡

PUAN NORZIAH SEORANG YANG.........

πŸ’«baik orangnya, tegas, kadang-kadang kelakar - Puan Junaidah
πŸ’«mesra tetapi tegas, mudah diajak berbincang. Semoga kak Zi gembira dengan kehidupan selepas pencen dan selamat meninggalkan bidang perguruan yang semakin mencabar- Puan Zuhaini
πŸ’«ceria, sporting, tegas, bertolak ansur, boleh membuat keputusan dan rasional - Puan Azizah
πŸ’«mesra dan dalam masa yang sama tegas orangnya dalam skop tugas/kerja. Didoakan beliau sentiasa sihat dan bahagia di samping keluarga tersayang. Jangan lupakan kami di BRASS 🌷 - Puan Rosliza
πŸ’«mesra, pemurah, sangat bersungguh-sungguh dan bertanggugjawab terhadap kerja. Semoga diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah, berbahagia bersama keluarga tersayang serta sentiasa dalam redha dan rahmat Allah s.w.t - Puan Rosmaria
πŸ’«ceria, amat membantu dan rasional. Semoga menikmati hari-hari persaraan sebagai YB dengan penuh gaya πŸ˜„- Puan Norhasmah
πŸ’«peramah, mudah orangnya, sekiranya ada sebarang masalah , beliau pasti bantu untuk selesaikan - Puan Rozalin
πŸ’«peramah, pandai bergaul, mengambil pendekatan berbincang dengan rakan sebelum membuat keputusan serta berwawasan - Puan Nabilah
πŸ’«ceria, tidak lokek senyuman, sentiasa meraikan sahabat-sahabat, bersedia mendengar masalah dan membantu mencari jalan penyelesaian. Semoga mantan kak PKP sentiasa sihat dan berbahagia sebagai YBπŸ˜„. Jangan lupa kami di siniπŸ˜€ - Puan Fauziah

Bukti betapa cerianya mantan PKP kami..senyuman tak lekang di bibir πŸ˜πŸ‘‡





Sekitar majlis persaraan Puan Hajah NorziahπŸ‘‡













Puan Norziah juga diraikan di MegaView Hotel. Admin suka akan tema pakaian pada majlis tersebut iaitu kombinasi warna pink dan putih yang sebenarnya merupakan permintaan daripada Puan Norziah sendiri 😍














Hari terakhir menjamu selera di kantin BRASS bersama barisan pentadbir dan ketua-ketua bidangπŸ‘‡

Kenangan terindah πŸ’ž

Pantun 'special' untuk Puan Norziah

Kenangan lama menggamit memori,
Kekal terpahat di sanubari,
Walaupun kita tidak bersama lagi,
Jauh dimata namun dekat di hati.

Bunga selasih si bunga padi,
Kembanglah mekar di pagi hari,
Jenguk-jenguklah kami di sini,
Semoga ukhwah kekal abadi.

Pantun dalam Bahasa Inggeris pula ye..πŸ˜†

Travelling from east to west,
Puan Norziah, you are THE BEST!

Travelling from west to east,
Puan Norziah, you WILL BE MISSED!!!


Selamat Bersara, Puan Norziah Binti Johod. TERIMA KASIH atas curahan jasa dan budi  
πŸ’“πŸ’“πŸ’“

Video-video kenangan yang didedikasikan khas untuk Puan Norziah Binti JohodπŸ˜‡πŸ‘‡




Credit to Encik Hanafyieh Omar & Paradigma BRASS for the awesome videosπŸ‘†

No comments:

Post a Comment