MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday 8 October 2022

LATIHAN KEBAKARAN/FIRE DRILL

KRINGGGGGGGGG!!! Tepat pukul 9 pagi,  pada hari Rabu (5/10/2022) yang cerah, loceng penggera keselamatan dibunyikan bagi menandakan bermulanya latihan kebakaran di SMK Bukit Rangin. Guru-guru serta para pelajar diarahkan untuk mengosongkan kelas-kelas dan blok-blok bangunan dan mengikut laluan serta tangga-tangga kecemasan (means of escape) yang betul semasa kebakaran. Seterusnya, mereka diminta untuk segera berkumpul di padang sekolah. Kemudian, satu taklimat ringkas diberikan oleh salah seorang pegawai bomba dari Unit Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota yang menerangkan secara ringkas langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika berlakunya kebakaran di dalam kawasan sekolah. Dalam taklimat tersebut juga, beliau memuji tindakan pantas guru dan pelajar serta tahap disiplin yang tinggi yang telah dipamerkan oleh para pelajar BRASS semasa latihan kebakaran tersebut. Namun, beliau menasihati kami semua untuk memastikan bekalan elektrik dimatikan sebelum meninggalkan blok-blok bangunan. Betul juga, ya..admin baru teringat yang admin terlupa untuk 'switch off' kipas angin admin di bilik guru. Maklumlah, tengah panik la katakan 😅. Selepas ini, admin dan seluruh warga BRASS perlulah lebih peka tentang perkara ini ok! Alhamdulillah latihan kebakaran ini telah berjalan lancar dan berakhir pada pukul 10.10 pagi

















KUIZ: Berapakah jumlah pili bomba yang terdapat di sekolah kita? hmmm..nanti tolong admin kira ya! hihihi

No comments:

Post a Comment