MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday 17 April 2010

Learning English A Fun Way!

17 April 2010. Starting from today onwards, there are two sections introduced in this blog entitled LEARNING ENGLISH A FUN WAY! and DAILY PRONUNCIATION in order to enhance the interest of learning English as a way to improve the language command among the students of SMK Bukit Rangin. One is of English songs with lyrics from YouTube and another is about Daily Pronunciation. Just browse the page down and it will apparently be just infront of your eyes. Click the video, sing and follow the lyrics with the original singer or the pronunciation. Hopefully, they will be useful for you to improve your English.
Have fun!

Friday 16 April 2010

Majlis Tadarus Al-Qur'an Peringkat Zon Perdana

14 April 2010. SMK Bukit Rangin sekali lagi menjadi tuan rumah Pertandingan Tadarus Al-Qur'an peringkat Zon Perdana bagi tahun 2010. Pertandingan yang diadakan saban tahun ini memberi peluang kepada para peserta dari 10 buah sekolah di serata daerah Kuantan untuk menunjukkan bakat. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah:
1.   SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad
2.   SMK Bukit Rangin
3.   SMK Bukit Goh
4.   SBPI Kuantan
5.   SMK Sultanah Hajah Kalsom
6.   SMK Indera Mahkota
7.   SMK Astana
8.   SMK Semambu
9.   SMK Sungai Lembing
10. SMK Al-Maarif
      Murid-murid yang mewakili SMK Bukit Rangin tidaklah menghampakan kerana kita telah menjadi Johan di dua pertandingan iaitu Tilawah al-Qur'an dan Nasyid. Manakala 2 orang lagi peserta menduduki tempat ke-3 dalam pertandingan Hafazan dan Syarahan Agama. Berikut ialah pemenang-pemenang dari sekolah kita:
1.   Tilawah al-Qur'an - Johan
      Peserta : Mohd Izzuddin b. Mohd Azman (5 Dedikasi)
2.   Nasyid - Johan
      Peserta : Kumpulan Soutun Nasihah
3.   Hafazan - Ketiga
      Peserta : Najlaa Nawwarah bt. Rosli (4 Cendekia)
4.   Syarahan Agama - Ketiga
      Peserta : Rabiatul Adawiyah bt. Rosli (5 Arif)
Perasmian penutupan dilaksanakan oleh En. Rosdi bin Ismail, Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan.
Click to play this Smilebox slideshow: Tadarus Al-Qur'an
Create your own slideshow - Powered by Smilebox

Thursday 15 April 2010

Pengawas Percubaan Sesi 1

12 April 2010. Tahniah diucapkan kepada seramai 52 orang murid lelaki dan perempuan yang telah berjaya dalam proses temuduga pengawas. Mereka ini telah dilantik sebagai Pengawas Percubaan sesi 1 dalam suatu majlis ringkas yang disempurnakan oleh GPK Hal Ehwal Murid, En. Mohammad Nasri bin Mustafa Hilmi di Dewan Bitara. Murid-murid ini akan melalui proses percubaan selama 3 bulan sebelum dilantik sebagai pengawas sekolah secara rasmi sekitar akhir Jun nanti. Mereka akan dipantau oleh ketua-ketua exco induk Badan Pengawas dan guru penasihat. Walau bagaimanapun, pelantikan mereka nanti bergantung kepada prestasi mereka selama menjalankan tugas sebagai Pengawas Percubaan.
Click to play this Smilebox collage: Pengawas Percubaan 1
Create your own collage - Powered by Smilebox
        Selamat menjalankan tugas sebagai Pengawas Percubaan dengan cemerlang.

Sunday 11 April 2010

Permata Camar

2 April 2010. Program ini ialah program amal untuk Rumah Anak Yatim Permata Camar di Sungai Soi. Program ini tajaan GPK Pentadbiran, Pn. Haniliza bt. Sulaiman dan semua guru dan staf dijemput hadir sama untuk meraikan anak-anak yatim tersebut. Program bermula dengan Solat Maghrib berjamaah diikuti dengan bacaan Yaasin dan Tahlil beramai-ramai sebelum Solat Isyak. Para jamaah kemudiannya menjamu selera bersama-sama dengan menu Nasi Beriani. Perasaan kasihan dan belas bercampur-baur apabila melihat anak-anak yatim ini bergerak sendirian tanpa kehadiran ibu dan ayah. Mereka sebenarnya sudah lali dengan keadaan itu. Sewaktu dalam perjalanan pulang, anak-anak serentak mengatakan seronok bersama-sama dalam program itu dan dapat berkenalan dengan kawan baru. Walaupun program tersebut hanya sebentar, tetapi cukup untuk menyedarkan bahawa semua yang kita miliki hanyalah sementara dan yang kekal hanyalah Allah Maha Pencipta. Allahuakbar!
Click to play this Smilebox slideshow: Permata Camar
Create your own slideshow - Powered by Smilebox

Saturday 10 April 2010

Merentas Desa 2010

3 April 2010. Acara merentas desa berlangsung dalam keadaan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Bermula pada jam 8.30 pagi, murid-murid dilepaskan di garisan permulaan di hadapan hentian kenderaan berdekatan surau sekolah. Larian menjadi lebih meriah apabila pasukan sekolah kita bertembung dengan pasukan dari SMK Sungai Isap di pertengahan jalan memilih trek larian masing-masing. Acara hanya berakhir pada jam 11.00 pagi dengan kemenangan berpihak kepada Rumah Sukan Syahbandar yang memperolehi 183 mata. Tahniah Syahbandar dan bagi rumah sukan yang lain, that's not the end of the world. It was just a beginning!!!
Jumpa lagi di Kejohanan Olahraga Jun 2010.
Click to play this Smilebox slideshow: Cross-country 2010
Create your own slideshow - Powered by Smilebox

Saturday 3 April 2010

Lawatan Belajar ke Santuari Penyu Cherating & Stesen Satelit Bumi Beserah

31 Mac 2010. Lawatan belajar selama satu hari ini bermula dengan lawatan ke Santuari Penyu Cherating. Lawatan ini disertai oleh 80 orang ahli Kelab Rukunegara, Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan Kelab Bimbingan dan Kerjaya. Kami bertolak dari SMK Bukit Rangin pada jam 8.10 pagi dan tiba di Santuari Penyu pada jam 8.55 pagi. Kedatangan kami disambut oleh pegawai yang bertugas, Haji Abd Karim bin Mohd Shah. Kami dihidangkan dengan tayangan video pemuliharaan penyu di santuari dan disusuli dengan penerangan ringkas tetapi padat oleh Haji Abdul Karim. Haji Abdul Karim pandai menyelitkan unsur-unsur jenaka dalam taklimat beliau menyebabkan kami tidak kering gusi ketika mendengar taklimat tersebut. Beliau kemudian memberi ruang kepada kami untuk bertanyakan soalan ketika sesi soal-jawab. Antara soalan-soalan yang ditimbulkan ialah:
1.   Bagaimana mengetahui umur penyu?
2.   Mengapa hanya 2 spesis penyu sahaja yang mendarat di Cherating iaitu Penyu Agar dan Karah?
3.   Bagaimana mengetahui jantina penyu?
4.   Adakah Penyu Belimbing dianggap spesis pupus atau terancam?
5.   Mengapakah penyu selalu dikatakan menangis?
            Selesai sahaja taklimat, kami bergerak ke galeri pameran penyu dan kolam pemeliharaan penyu. Di situ kami dapat melihat gambar-gambar penyu dan informasi tambahan tentang penyu. Kami juga diberi penerangan tentang pemakanan penyu dan penjagaan. Sebelum bertolak balik, pihak sekolah menyampaikan sumbangan untuk Santuari Penyu. Kami dipelawa untuk datang lagi pada sekitar bulan Mei hingga Ogos kerana waktu itu ialah musim penyu bertelur. Kami bertolak dari Santuari Penyu pada jam 10.20 pagi.
             Lawatan kami diteruskan ke Stesen Satelit Bumi yang terletak di Beserah, Kuantan. Kami tiba di Stesen Satelit pada jam 11.00 pagi. Puan Fauziah membuat laporan kehadiran kami di Pondok Keselamatan sebelum dibenarkan masuk ke kawasan stesen.
             Pengurus Stesen Satelit, En. Mohd Nafiah bin Husin menyambut kehadiran kami dengan penuh ramah. Beliau memberi sedikit taklimat ringkas terutama dalam aspek keselamatan memandangkan stesen adalah tempat terkawal. Jumlah kami yang ramai menyebabkan kami dipecahkan kepada 2 kumpulan mengikut bas yang dinaiki. Setiap kumpulan bertukar giliran ke Bilik Kawalan dan Bilik Taklimat. Kami tidak dibenarkan mengambil gambar di Bilik Kawalan untuk tujuan keselamatan stesen.
              Kami mengambil peluang merakam gambar kenang-kenagan di galeri pameran dan di luar bangunan stesen sehinggalah jam 1.15 petang untuk kami pulang. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Pantai Gelora untuk makan tengahari. Tepat pada jam 2.00 petang, kami pun bertolak balik ke sekolah dan tiba pada jam 2.40 petang.
               Ibarat pepatah Melayu, jauh berjalan luas pengalaman. Lawatan ke Santuari Penyu mengajar kami untuk menghargai hidupan alam yang lain seperti haiwan. Mereka juga perlu dilindungi supaya tidak terancam dan mengelakkan daripada kepupusan. Penyu ialah seekor haiwan yang semakin diancam kepupusan ekoran daripada pencemaran alam sekitar dan laut. Stesen Satelit Bumi pula banyak memberi kami pengetahuan tambahan tentang satelit yang jarangkali kita dengar di mana-mana. Di situ kami mengetahui tentang fungsi sebenar satelit iatu untuk perhubungan, ketenteraan dan penyiaran. Kami diberitahu bahawa siaran TV yang diterima di rumah-rumah ialah hasil daripada pemancar yang terdapat di Bukit Pelindung termasuklah di kawasan Beserah itu sendiri dan bukannya daripada pemancar-pemancar yang terdapat di situ! Pemancar-pemancar di situ berfungsi untuk memancarkan informasi di bumi ke satelit di angkasa bagi meningkatkan hubungan telefon dan siaran TV antarabangsa. Kami di beri peluang menonton siaran langsung TV di Macau dan Cuba. Selain itu kami juga di dedahkan dengan maklumat tentang satelit dunia dalam internet. Sesungguhnya lawatan ini telah membuka satu lagi ruang lingkup pemikiran murid-murid ke arah yang lebih dinamis.
Click to play this Smilebox photobook: Santuari Penyu Cherating
Create your own photobook - Powered by Smilebox
This photo book design customized with Smilebox

Click to play this Smilebox photobook: Stesen Satelit Bumi
Create your own photobook - Powered by Smilebox
This free photobook created with Smilebox