MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com

Lokasi : Perumahan Bukit Rangin
Visi : SMK Bukit Rangin Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2016
Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Monday, 15 August 2011

Apa Perasaan Saya?

Ada yang mula bertanya tentang perasaan saya menjelang 22 Ogos 2011.

Secara peribadi, saya harap tarikh itu tak menyebabkan saya tinggalkan SMKBR. Tetapi perasaan peribadi seorang penjawat awam dan kakitangan kerajaan tidak lebih penting berbanding pendirian profesional. Setiap tanda tangan saya sebagai Pengetua akan didahului dengan frasa: "Saya yang menurut perintah,". Kata "saya" hanya satu berbanding tiga kata lain. 25% saya, 75% tugas.
Mendahulukan tugas awam daripada peribadi juga jelas tercatat dalam Akujanji semua penjawat awam.

Anak saya balik bercerita bahawa kawannya berkata: "Kesian ayah awak kena pergi sekolah yang banyak lalat!". Saya cuma senyum dengan pandangan peribadi murid sekolah. Pandangan profesional melihat cabaran lebih besar daripada itu.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah (En. Wan Abdul Hamid) pernah meminta saya menyiapkan kertas kerja Cadangan Sekolah Rancangan Khas di SMKBR. Secara profesionalnya beliau mahu saya meletakkan standard baru kepada SMKBR sebagaimana 2 SRK yang saya tempa pengalaman bersama sebelumnya. Kami menyelesaikan kertas asas (dengan 70% data sokongan)tersebut secara profesional dalam masa 3 hari. GPK Pentadbiran, GPK HEM, GPK Kokurikulum dan Guru Kaunseling terlibat dan tahu.

Apabila En. Wan saya temui di JPNP, beliau hanya mengangkat kening dan menarik nafas menyatakan bahawa saya perlu digerakkan untuk menjaga SHAKS yang Pengetuanya mengisi kekosongan SMART. Jawapannya profesional dan hanya profesional sahaja yang faham.

Murid kita yang seorang ini pula berkata "Buat apa ke SHAKS, kat sini pun berlambak budak SHAKS!" Saya tak jawab.

Beberapa murid 1T dan 1D kata: "Nak ikut". Saya terharu, tetapi menjawab profesional: "Score PMR, kita jumpa di sana!"

Cikgu Norahishah bertanya "Is it true that you are leaving us?". Memang beliau saja yang sentiasa bercakap dengan saya menggunakan Bahasa Inggeris. Saya jawab: "That's for sure." Kerana saya fikir kalau tidak sekarang,akan datang berlaku juga.

Tapi saya ada menambah secara tak profesional apabila beliau mengucapkan tahniah: "I don't see anything good in that!" Maaf, bukan maksud saya tahniah itu tak bermakna bagi saya, atau pertukaran itu tak membawa kebaikan kepada saya, tetapi kekacauan perasaan ketika menjawab. Kelemahan saya. Macam-macam ada dalam minda!

Saya masih amat memikirkan apa yang telah kami rancang dan impaknya yang bakal disaksikan. Murid SPM sekarang yang kami cuba orientasikan selepas PMR 2009 dulu bakal membuktikan keupayaan. Calon PMR yang dirancang untuk memecahkan rekod. Masalah ponteng yang makin berkurang tetapi tetap perlukan perhatian. Rumah murid yang nak dilawati. Penjaga yang akan dihadapi. Guru yang perlukan pembelaan. Padang sekolah yang nak dipulihkan dengan belanja RM300,000. Senarai lebih panjang murid yang perlukan bantuan. Tinju SUKMA 2012 yang kita menjadi venue pertandingan. Saya mungkin tidak akan dapat melihatnya sebagai seorang Pengetua lagi.

Adakah perasaan kecewa? Tidak, tetapi lebih kepada rasa tidak berdaya menahan gelombang perasaan yang bercampur-baur. Saya juga sedang mengumpul kekuatan untuk menghadapi medan sekolah yang semua muridnya di asrama. Deja vu? Macam Seri Bentong? (Tv di sebelah komputer ini sedang menyiarkan sedutan video mendiang Shammi Kapoor, hero Hindustan yang baru meninggal dunia - filem Brahmanchari - sedang berdendang di asrama anak yatim jagaannya. Cadar dan selimut putih melepak, katil bertingkat - mengembalikan ingatan zaman saya di sekolah lebih 30 tahun dulu).

Rakan-rakan mengucapkan tahniah: Di masjid sebelum khutbah, di JPNP, panggilan dan sms telefon. YB Zaili, Pengerusi dan S/U Masjid Bukit Rangin turut mendapat berita. Cuma saya nyatakan itu bukan kenaikan pangkat. Pangkat/gred tak berubah, tetapi tanggungjawabnya berubah menjadi 24 jam! Hajah Rubiah (mantan Pengetua kami di SMART)yang kini mengetuai pentadbiran asrama anak yatim di Indera Mahkota, hari ini dalam tertawa menyatakan "Tahniahlah, kerja banyak!". Dia amat memahami tugas profesional Pengetua sekolah berasrama.

Apa perasaan saya? 25% peribadi. 75% profesional. Moga Allah melindungi saya daripada perasaan yang membebankan.

10 comments:

  1. Selamat bertugas, cikgu. Kami di sini akan sentiasa merindui cikgu sebagai pengetua sekolah. Semoga cikgu berjaya di sana! Amin! :)

    ReplyDelete
  2. amin...
    Kalau rindu, lawat lah kami, cikgu. :)

    ReplyDelete
  3. Salam
    Semoga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan kepada Tuan Haji.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum
    Diharapkan kedatangan Tuan Haji ke SHAKS dapat menghidupkan roh keimanan dikalangan murid2 dan guru2.
    Kalau boleh selepas ni pagi2 guru2 tak perlu lagi masuk kawasan sekolah melalui pagar kedua, lebih baik masuk melalui pagar utama dan jika sesiapa nak keluar pagi melalui pagar kedua, barulah flow trafik yang logik tetapi parent yg hantar anak hanya dibenarkan samai pagar sahaja.

    ReplyDelete
  5. kami tidak akan pernah lupekan segala nasihat cikgu .. insyAllah (:

    ReplyDelete
  6. moga tuan akan bahagia di sana .. trima kasih atas nasihat tuan yg tuan beri pada saya tempoh hari ..

    ReplyDelete
  7. someone said, "ya. Kalaulah saya boleh memilih. I wish I can..." :D

    ReplyDelete
  8. Saya bekas pelajar SHAKS atau lebih tepat lagi Seri Kuantan. Saya antara murid pertama yang ketika sekolah itu baru ditubuhkan. Ketika itu, Datin Hjh. Faridah yang mengetuai sekolah kami.Alhamdulillah. Sekolah kami terus berkembang dan hari ini, saya masih ke sana berjumpa cikgu-cikgu di sana. InsyaAllah, tuan tidak akan menyesal berada di sekolah kami. Cikgu-cikgu di sana akan menyokong tuan sepertimana saya tidak putus-putus mendapat sokongan mereka.

    p/s: Zaman lalat banyak sudah berlalu :)

    Bekas Pelajar Seri Kuantan/SHAKS

    ReplyDelete
  9. BETUL2 . ZAMAN LALAT DAH LAMA BERLALU .

    ReplyDelete
  10. 8 bulan berkenalan, bekerjasama dengan tn haji bnyk mengajar saya tentang tanggungjwb sbnr seorg guru.. wlupn singkat, namun banyak pengetahuan yg diperolehi.. Terima Kasih Huan Haji...

    ReplyDelete