MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Friday 4 August 2017

Pelancaran Program Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar

Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar adalah program kerjasama di antara Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia serta Institusi Alam Se kitar dan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah dilancarkan pada 27 Januari 2005.
Terdapat empat (4) komponen utama yang ditekankan dalam program ini iaitu pengurusan, penghijauan, kokurikulum dan kurikulum. Secara dasarnya program ini merupakan payung kepada semua aktiviti -aktiviti berasaskan alam sekitar di sekolah seperti Projek Riadah Alam Sekitar (PRIAS), Projek Wira Alam, Program Eco -Youth, Program RE & EE (Renewable Energy & Energy Efficiency), Program Keceriaan Taman, Program 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan), Program KitS (Kitar Semula), Kem Kesedaran Alam Sekitar dan aktiviti -aktiviti alam sekitar yang lain. Program ini bertujuan untuk membantu sekolah memperkukuhkan program -program pendidikan alam sekitar yang sedia ada. Program ini juga berkonsepkan pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan.
Pelancaran program dilaksanakan oleh tuan pengetua, Tuan Haji Abdul Razak bin Ahmad di Dataran Saujana. 




Thursday 3 August 2017

BRASS Naib Johan Forum Negeri

TAHNIAH kepada Cikgu Nazir dan barisan ahli forum yang telah menempa kejayaan sebagai Naib Johan dalam pertandingan Forum Remaja Bahasa Melayu sempena Program Lestari Bahasa pada pagi tadi. Sungguhpun hanya menjalani latihan selama 5 hari tapi nampaknya BRASS mampu melakar kejayaan di peringkat negeri. Tidak mustahil gelaran Johan akan berada dalam genggaman satu hari nanti dengan berbekalkan latihan berpanjangan. BRASS Superb! 




Wednesday 2 August 2017

Ceramah Pencegahan Jenayah & Latihan Kebakaran

Pagi ini dimulakan dengan Ceramah Pencegahan Jenayah yang disampaikan oleh DSP Ajit Singh Khalae, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan. Dalam ucapannya beliau bercakap tentang akta, hukuman dan akibat dari kesalahan penagihan dadah. 




Diikuti dengan program latihan kebakaran bersama pasukan bomba Indera Mahkota (Terima kasih!).