MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Friday 28 July 2017

As-Syabab Pasrah Pada Ketentuan

Keputusan pertandingan telah diumumkan. Sekali lagi kita pasrah menerima ketentuan yang diputuskan oleh para juri meskipun respon daripada penonton sangatlah menggalakkan. Tidak kurang juga komen dan pujian diterima seperti menunjukkan tanda kemenangan. Walau bagaimanapun, kita akur kepada keputusan yang ditetapkan. Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) yang mewakili Selangor diumumkan sebagai johan pertandingan nasyid peringkat Kebangsaan yang diadakan di SMK Sultan Azlan Shah Perak Darul Ridzuan. 

Kita akan belajar dari kelemahan yang ada untuk kebaikan masa depan. Pasti ada kekurangan di mata juri walaupun kita telah berpuas hati dengan persembahan yang dibuat. Sekurang-kurangnya kita memperoleh pengalaman berharga berentap bersama juara-juara negeri. Itupun sudah cukup membanggakan. Tambahan pula dapat berkongsi pengalaman dengan pakar-pakar penggubah lagu dan lirik dari serata negeri. Semoga kita di beri peluang di masa-masa akan datang. Insya Allah...





Tuesday 18 July 2017

BRASS Johan Nasyid Negeri

TAHNIAH kepada kumpulan nasyid as-Syabab BRASS kerana menjadi Johan Nasyid Sekolah Menengah Negeri Pahang. Kumpulan ini bakal berentap di peringkat Kebangsaan di Perak pada 28 Julai ini. Sama-sama kita doakan semoga as-Syabab beroleh kemenangan nanti.

Monday 17 July 2017

Hari Keluarga BRASS


Hari Keluarga ini diadakan bagi tujuan mengeratkan lagi silaturahim, dan bergembira di Hari Kelurga

















HARI GURU 2017


Sambutan Hari Guru meriah seperti selalu. Terima kasih kepada para pengawas yang bertungkus lumus mengendali dan mengelola program sambutan selama dua hari. Terima kasih kepada semua pelajar yang menjayakan program, mengucapkan Selamat Hari Guru dan memberi hadiah yang cantik-cantik dengan pelbagai rupa dan saiz.

Tema Hari Guru Pada tahun ini ialah " Guru Pembina Negara Bangsa "














Barisan para Pentadbir dan Guru BRASS merakamkan sekalung penghargaan kepada Badan Pengawas, Badan Ketua Kelas, Pengawas Pusat Sumber dan semua murid atas kejayaan menganjur dan menjayakan majlis sambutan Hari Guru pada tahun ini.
Terima kasih semua!