MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Tuesday 24 August 2010

Mesyuarat Agung Koperasi

Tarikh : 19 Ogos 2010
Tempat : Dewan Bitara SMK Bukit Rangin
Ahli       : 1009 orang
Agenda :
1.   Ucapan Alu-aluan Pengerusi, Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus.
2.   Ucapan Pegawai Suruhanjaya Koperasi, Cik Ruzila
3.   Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2009
4.   Laporan Koperasi 2010 oleh Setiausaha, Puan Zuraida bt Samsudin
5.   Laporan Kewangan Koperasi 2010 oleh Bendahari, Puan Saadiah bt Mohd Ali
6.   Pelantikan Ahli Lembaga Koperasi dan Anggota 2010
7.   Pembentangan Usul
Banner
Bacaan doa
Barisan `orang kuat' Koperasi
Ucapan Pengerusi
Ucapan Pegawai Suruhanjaya Koperasi
Laporan Setiausaha
Laporan Bendahari
Pencatat
ALK 2010
Ahli-ahli wanita
Ahli-ahli Lelaki
 
Ahli Wanita
Bantahan Usul
Cadangan
Bantahan
 Cadangan
Cenderamata penghargaan

Friday 20 August 2010

Pelancaran Bulan Kemerdekaan & Kempen Jalur Gemilang

16 Ogos 2010. Panatia Sejarah dengan kerjasama Panatia Sivik dan Kewarganegaraan bersama-sama berganding bahu menganjurkan Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada Perhimpunan Mingguan minggu ini. Pelancaran disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Haniliza binti Sulaiman. Tema Hari Kemerdekaan tahun ini ialah 1Malaysia Menjana Transformasi. Pada pelancaran ini, Puan Norkamalizan menjelaskan kepada murid-murid tentang kepentingan mengekalkan sebuah negara merdeka dan peri pentingnya bendera negara sebagai jata negara. Beliau juga membacakan beberapa aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan ini antaranya teka silangkata, buku skrap, bacaan sajak, pertandingan mengarang esei dan sebagainya. Murid-murid juga dihidangkan dengan tayangan video perjuangan ke arah kemerdekaan bagi mengiringi bacaan sajak oleh Amirul Shafik bin Shukor (5 Terampil). Sebanyak 6 buah lagu patriotik dinyanyikan bersama oleh murid-murid dan guru-guru sebagai penutup tirai pelancaran.
Sama-samalah kita menghayati erti kemerdekaan kerana laungan Merdeka! saja tidak cukup sekiranya jiwa dan diri kita sendiri tidak merdeka daripada fahaman dan tingkah laku penjajah. Bukan mudah untuk mendapatkan kemerdekaan negara kerana ianya diiringi titisan darah dan air mata. Justeru, janganlah pula kita mengambil mudah apabila telah merdeka kerana bukan mudah pula untuk mengekalkan kemerdekaan tanpa ideologi pihak asing. Selamat Hari Merdeka!!!

Saturday 14 August 2010

Ihya' Ramadhan

11 Ogos 2010. 1 Ramadhan. Beberapa program Ihya' Ramadhan telah diadakan bagi mengalu-alukan kedatangan Bulan Rahmat dan Bulan Berkat ini anjuran Unit Bina Insan. Perhimpunan pada pagi itu dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran daripada Mohd Izzuddin (5 Terampil).

Ustazah Noryusnita kemudiannya menyusul pula dengan tazkirah Ramadhan yang bertajuk `Menyingkap Tabir Ramadhan - Kemuliaan dan Kelebihannya. Beliau memulakan dengan definisi Ramadhan. Perkataan Ramadhan diambil daripada perkataan Arab `ramadha' yang bermaksud `panas' atau `membakar' - yakni menghapuskan dosa-dosa orang yang berpuasa dan beribadat pada bulan Ramadan. Beliau turut menceritakan tentang kemeriahan sambutan bulan Ramadhan di bumi Anbiya' (Timur Tengah). Di Jordan contohnya, terdapat jamuan makan secara besar-besaran di bawah khemah-khemah di tepi-tepi jalan dengan pelbagai jenis makanan dan kuih muih Arab. Sesiapa sahaja boleh makan di khemah-khemah tersebut. Makanannya pula berlimpah ruah, semuanya hasil sedekah orang-orang kaya di negara tersebut yang mencari pahala sebanyak-banyaknya di bulan yang berkat. Keadaan sebaliknya menjadi kembali sunyi di akhir bulan Ramadhan menandakan kesedihan mereka untuk berpisah dengan bulan yang penuh kerahmatan itu.
Ustazah Yusnita seterusnya menceritakan tentang kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan di antaranya:
1.   Keseronokan kepada orang yang berbuka puasa dan ketika menemui Allah s.w.t. di akhirat kelak.
2.   Dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pinti neraka dan diikat segala syaitan.
3.   Diampunkan dosa-dosa orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan.
4.   Allah dan Rasul-Nya sendiri memuliakan sendiri bulan Ramadhan. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Penghulu bagi segala bulan adalah bulan Ramadhan".
5.   Mendapatkan keampunan Allah
Pengerusi Majlis - Pn. Sharifah Ruthpa`aiyah

Anugerah Bitara

9 Ogos 2010. Anugerah yang julung-julung kali diadakan ini merupakan satu pengiktirafan kepada panatia, guru dan murid yang mendapat keputusan cemerlang di dalam akademik pada setiap peperiksaan pertengahan dan akhir tahun. Anugerah ini dikategorikan kepada empat bahagian iaitu Anugerah Kecemerlangan Akademik, Anugerah Lonjakan Kecemerlangan Akademik, Anugerah Panatia Terbaik dan Anugerah Lonjakan Panatia. Adalah menjadi harapan bahawa Anugerah Bitara ini dapat memberi galakan dan motivasi kepada murid untuk terus berusaha mengekalkan keputusan yang cemerlang dengan menunjukkan potensi dan kesungguhan dalam mencapai kecemerlangan diri demi untuk mendapatkan kejayaan yang lebih baik di masa akan datang.

Anugerah Kecemerlangan Akademik
Nur Fadhlin Farhanah binti M Faizal (Tingkatan 1)
Nur Aqila Yasmin binti Mohd Zukhi (Tingkatan 2)
Nur Farahiyah binti Abd Ghani (Tingkatan 3)
Nur Syahidah binti Mohd Nadzri (Tingkatan 4)
Syahimi bin Sazini (Tingkatan 5)

Anugerah Lonjakan Kecemerlangan
Muhammad Firdaus bin Ahmad Tarmizi (1 Bestari)
Muhammad Aminul Fikri bin Abdul Rahim (1 Cendekia)
Mohammad Amar bin Roslan (1 Bestari)
Wan Nurazizah binti Wan Mohd Fauzi (2 Bestari)
Muhammad Hassan Azani bin Mohd Halimi (2 Bestari)
Wan Syazwani binti Wan Sulong (2 Terampil)
Aina Fadhilah binti Abdul Rahim (3 Bestari)
Wan Mohd Akmal bin Wan Mohd Jafri (3 Bestari)
Nur Zuhaily binti Zulkefly (3 Bestari)
Siti Noor Aishah binti Haji Azmi (4 Etika)
Muhammad Naqib bin Mohd Rashdi (5 Cendekia)
Najwa Shahirah binti Roslan (5 Cendekia)
Nur Ain Fatihah binti Mohd Aziyan (5Cendekia)

Anugerah Panatia
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Ekonomi Rumah Tangga
Ekonomi Asas
Fizik
Kemahiran Hidup

Anugerah Gading Bersilang (JPNP & Yayasan Pahang) - 2009
Ekonomi Rumah Tangga
Teknologi Kejuruteraan
Bahasa Inggeris
Sejarah
Bahasa Arab
Kokurikulum

Syabas kepada semua penerima dan sebenarnya perjuangan tidakkan pernah berhenti...