MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Wednesday 21 August 2013

Majlis Sambutan EidulFitri BRASS 2013


MUQADDIMAH
  • Majlis sambutan Eidulfitri merupakan acara tahunan yang diraikan secara besar - besaran di peringkat sekolah. Ia merupakan waktu yang paling tepat untuk seluruh warga BRASS meraikan kedatangan bulan Syawal, setelah menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan .

OBJEKTIF 
  • Mengingati dan menghayati sambutan eidulfitri setelah berpuasa selama sebulan .
  • Menghubungkan silaturahim dan kerjasama antara Warga BRASS .
  • Bermaaf - maafan di antara satu sama lain sempena di bulan syawal .

Dalam meneladani sunnah Nabi Muhammad saw adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al - hafiz Hajar al - Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya
" Apabila para sahabat Nabi saw bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain :

" تقبل الله منا ومنكم  "

" Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu "

 





Tuesday 20 August 2013

BENGKEL KECEMERLANGAN SPM 2013 SMK BUKIT RANG

Alhamdulillah...... Selesai sudah Bengkel Sains Ting. 5 yang disampaikan oleh penceramah jemputan En . Hamzah Bin Othman (Guru Cemerlang Sains ), pada seminar kali ini juga menjemput 8 buah sekolah dalam daerah kuantan untuk turut serta dalam bengkel ini .

Bengkel Sains SPM ini bermula pada jam 8 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Dewan Bitara SMK Bukit Rangin .

Sekolah - sekolah yang terlibat adalah :-
  • SMK SUNGAI ISAP
  • SMK SUNGAI ISAP MURNI
  • SMK MAT KILAU
  • SMK PANDAN
  • SMK GUDANG RASAU
  • SMK PADANG GARUDA
  • SMK PELINDUNG
  • SMK PALOH INAI



Saturday 17 August 2013

Tahniah Razin!

Selamat berangkat diucapkan kepada bekas pelajar BRASS, Ahmad Razin bin Haji Ruzaini yang akan terbang ke Amerika Syarikat malam ini untuk menyambung pelajaran di Michigan State University dalam jurusan Pengurusan Perniagaan seperti yang diidamkannya selama ini.

Ahmad Razin yang merupakan Ketua Murid pada sesi 2010/11, adalah seorang yang dihormati dan disenangi dalam kalangan pengawas-pengawas sekolah kerana sikapnya yang `cool' dan pencapaian akademiknya yang cemerlang. Beliau seorang ketua yang rasional dan mudah untuk dibawa berbincang. Beliau juga berjaya memperoleh semua A dalam peperiksaan PMR pada tahun 2009 dan SPM pada tahun 2011.

Semoga kejayaan Ahmad Razin menjadi inspirasi kepada calon-calon PMR dan SPM tahun ini untuk membuat yang terbaik demi masa depan yang gemilang, insya Allah....

Tahniah Ahmad Razin dan semoga segala urusan dipermudahkan Allah swt.

Friday 2 August 2013

Majlis Khatam Al-Quran & Salam Eidulfitri


Majlis Khatam al-Quran merupakan program tahunan SMK Bukit Rangin. Tujuannya ialah untuk melengkapkan ibadah kita dalam bulan Ramadhan. Selain itu, ia bertujuan untuk mentarbiah dan membudayakan generasi muda amnya dan kalangan murid-murid khasnya untuk menghayati dan memahami isi kandungan kitab suci Al-Quran. Setidak-tidaknya pendidikan formal di sekolah akan menjadi kesinambungan cinta Al-Quran dalam kalangan generasi Islam kita apabila mereka menjadi sebahagian daripada masyarakat.

 




Thursday 1 August 2013

IFTAR JAMAI'E BRASS


Program Berbuka Puasa @ Iftar di BRASS berlangsung pada jam 6.00 ptg - 10.30 malam bertempat di Dataran Saujana. Program tersebut disertai oleh GURU, PIBG, KAKITANGAN SOKONGAN, IBU BAPA serta PELAJAR BRASS yang terdiri daripada Pengawas, Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan anak-anak yatim dan miskin.

Majlis ini juga diserikan lagi dengan tahlil, solat Maghrib / Isyak berjemaah, solat hajat, solat sunat tarawih, sumbangan untuk pelajar miskin / anak -anak yatim. Majlis diakhiri dengan moreh murtabak special sumbangan Encik Rosli Sahak.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan kepada yang memberi sumbangan.
Semoga bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang....