MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Monday 29 June 2020

SOAL SELIDIK KEPERLUAN MURID, DASS, WHOOLEY DAN INVENTORY KEMATANGAN KERJAYA

Setiap individu tidak akan terlepas daripada mengalami stres. Semua orang akan mengalami stres pada sesuatu masa dalam hidupnya. Stres adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. Stres yang sederhana adalah berguna dan boleh menjadi faktor motivasi dalam perkembangan hidup seseorang tetapi stres yang berlebihan adalah merosakkan. Stres berlaku apabila tuntutan seseorang itu tidak setanding dengan kebolehan atau kemampuan kemahiran daya tindaknya. [Sumber : Modul Minda Sihat KKM @ https://www.infosihat.gov.my/images/projek_khas/Promosi_Kesihatan/03_Modul Minda Sihat_web.pdf]

Ujian DASS atau Deppression Anxiety Stress Scale adalah ujian saringan masalah mental yang digunakan di seluruh dunia. Di Malaysia, ujian DASS berpandukan kepada 21 soalan ini diterjemah dan dibangunkan oleh seorang ahli akademik tanah air, iaitu Profesor Dr. Ramli Musa yang merupakan seorang pensyarah dan Ketua Bahagian Rundingan Psikatri di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) [Sumber : Siakap Keli @ https://siakapkeli.my/2018/08/01/selalu-murung-jawab-ujian-dass-ini-dan-ketahui-tahap-kesihatan-mental-anda/]

Ujian Whooley diadakan untuk mengetahui murid yang terjejas emosi dalam tempoh sebulan sebelum pembukaan sekolah. [Sumber : http://www.nurhaizachemat.com/]

Murid yang terlibat dari kelas 5C1/5C2/5B1/5B2/5D1

Wednesday 24 June 2020

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN PASCA PKP COVID-19

Sesi persekolahan hari ini berjalan lancar seperti yang dirancang. Guru dan murid yang hadir melalui proses imbasan suhu badan di pintu masuk sebelum dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. Pengajaran dan pembelajaran juga berjalan lancar mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagaimanapun, suasana sekolah sangat sunyi kerana hanya murid Tingkatan 5 sahaja yang dibenarkan hadir. Semoga keselamatan berterusan dan rantaian Covid-19 dapat diputuskan terus agar semua murid dapat belajar semula di sekolah.
#kita jaga kita
#bebas covid-19
#kita mesti menang








Guru dan kakitangan sekolah menerima penutup hidung dan hand sanitizer
daripada pihak pentadbiran sekolah



Laluan khas satu hala

Wednesday 17 June 2020

TAKLIMAT GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEKOLAH PASCA PKP BRASS

Taklimat diadakan untuk membincangkan garis panduan murid dan guru untuk menghadapi norma baharu persekolahan yang akan dibuka semula pada 24 Jun 2020 minggu hadapan, setelah hampir 3 bulan ditutup kerana Covid19. Taklimat disampaikan oleh Tuan Hj Abdul Razak bin Ahmad, Pengetua BRASS melalui Google Meet, selaras dengan seruan kerajaan untuk mengurangkan gerakan dan perjumpaan sepanjang PKP. 

Guru-guru seperti telah "mesra" dengan aplikasi ini setelah mendapat taklimat tentang penggunaannya sebelum ini oleh Encik Mohd Nazir bin Noh, juga melalui aplikasi yang sama. Inilah antara norma baharu yang akan menjadi rutin guru-guru bermesyuarat, mungkin untuk jangkamasa yang lama sehingga rantaian Covid19 dapat diputuskan.


Antara isi kandungan garis panduan tersebut...
  1. Sekolah akan bermula pada 24 Jun 2020, Rabu minggu hadapan kepada Ting.5 sahaja.
  2. Sekolah hanya dibuka kepada Tingkatan 5 sahaja.
  3. PdP akan bermula pada jam 7.30 pagi - 1.30 petang.
  4. Murid dan guru akan diimbas suhu badan dan disanitasi sebelum masuk kawasan sekolah oleh Guru Kaunseling dan Guru Bertugas Mingguan.
  5. Murid masuk melalui pintu pagar surau sahaja.
  6. Sekiranya suhu badan melebihi 37.5C, murid akan ditempatkan di Bilik Isolasi (Bilik Kesihatan) sekiranya tidak berubah dalam masa 10 minit selepas imbasan.
  7. Sekiranya suhu badan melebihi 39C, murid tidak boleh bersekolah dan mesti mendapatkan pemeriksaan di hospital.
  8. Murid terus saja masuk ke kelas.
  9. Tiada perhimpunan.
  10. Baca Ma'thurat dalam kelas dengan seliaan guru.
  11. Murid duduk ditempat yang ditetapkan Guru Kelas dalam jarak 1 meter.
  12. Murid tidak boleh bergerak bebas dan kekal di satu tempat saja.
  13. Guru akan membawa murid ke kantin.
  14. Murid makan dalam kelas. 
  15. Guru makan dalam Bilik Guru.
  16. Tidak dibenarkan makan di kantin.
  17. Murid mesti memakai uniform sekolah sahaja sepanjang waktu persekolahan, bukan baju PJK atau baju Kokurikulum.
  18. Guru mesti memakai baju kerja sahaja sepanjang waktu bekerja, bukan baju PJK atau baju Kokurikulum.
  19. Perpustakaan tidak akan digunakan. 
  20. Sebarang jamuan dan keramaian tidak dibenarkan.

Klik pautan video Taklimat Pengurusan Sekolah Pasca PKP