MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Sunday 29 April 2012

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform pada 27 - 29 / 04 / 2012 melibatkan 7 unit beruniform yang terdiri daripada Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis, Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, Puteri Islam, Taekwando dan Silat Lian

Perkhemahan ini disertai oleh 159 orang pelajar.

Keputusan Pertandingan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Kem Damai 2012

1. Pandu Arah                              2. Bantu Mula                     
Johan : BONSAI                           Johan : BAKAU                
Naib / Johan : Merbau                 N/Johan : BONSAI          

3. Ikatan & Simpulan                 4. Rentas Halangan 
Johan : TONGKAT ALI               Johan : ORKID
N/Johan : RAFFLESIA                 N/Johan : POKOK BUNGA

5.  Ikhtiar Hidup                          6. Juara Keseluruhan
Johan : NIPAH                              TONGKAT ALI
N/Johan : CENGAL
7. Malam Kebudayaan                 8. Kawad Kaki                     
Johan : PENGAKAP                     Johan : KADET POLIS              
N/Johan : KADET POLIS             N/Johan : KRS
                                                       Ketiga : PENGAKAP

9. Ketua Plantun Terbaik : Kadet Polis

10. Kadet Putra Terbaik : Mohammad Syakir bin Mohamad
11. Kadet Putri Terbaik : Nasriha Nasreen bt Mohd Nasir
TAKLIMAT KEM KOMANDAN

ICE BREAKING



 NIGHTWALK



SENAMAN PAGI






    RENTAS HALANGAN





 MAJLIS PENUTUP

Friday 27 April 2012

Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Menyedari bahaya penyalahgunaan dadah, Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) merupakan program wajib Unit Bimbingan dan Kaunseling di semua sekolah di seluruh negara. Minggu PPDa yang bermula pada 23 April hingga 27 April telah dirasmikan oleh En. Abdullah Sani bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang di Dataran Saujana SMK Bukit Rangin.

En. Abdullah Sani

Matlamat diadakan Minggu PPDa adalah untuk meningkatkan kefahaman dan kepekaan murid terhadap bahaya penyalahgunaan dadah. Kesedaran ini mendorong penglibatan yang aktif dan kerjasama yang padu untuk mewujudkan sekolah yang bebas daripada dadah.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang sempena Minggu PPDa:
  1. Pertandingan PowerPoint
  2. Pertandingan melukis poster
  3. Pertandingan buku skrap
  4. Pertandingan pamflet
  5. Pertandingan mewarna (untuk Tingkatan 1)
  6. Pertandingan teka silangkata
  7. Kuiz Kelab & Persatuan (wakil 2 orang murid setiap kelab & persatuan)
  8. Ceramah Penjara Penor
  9. Ceramah dan pameran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
  10. Pemantapan Sahsiah Siri 2



Jenis-jenis dadah

Wednesday 25 April 2012

Pertemuan Pengawas Bersama Ustaz Nazli bin Mahmud, PK Hal Ehwal Murid

Bertempat di Dewan Akademik, Ustaz Nazli bin Mahmud, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (menggantikan Encik Mohammad Nasri bin Mustafa Hilmi yang telah bertukar ke SMK Gudang Rasau) telah memanfaatkan pertemuan pertamanya bersama pengawas dengan menggariskan beberapa panduan untuk menjadi pengawas yang berkualiti:
  1. Taat kepada ketua
  2. Berhati bersih
  3. Bersatu padu, tidak berpuak-puak
  4. Berterus-terang
  5. Kuat mental, fizikal dan spiritual
  6. Berketerampilan
  7. Selalu membaca al-Qur'an
  8. Taat sembahyang
  9. Selalu berdoa kepada Allah s.w.t.
Beliau juga turut berkongsi doa yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. setiap kali selepas solat yang sangat besar fadilatnya, iaitu:


Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud).

Akhirnya, adalah menjadi hasrat beliau untuk melihat para pengawas mengadakan lawatan ke luar negeri Pahang bagi meluaskan pengalaman kerana perjalanan merupakan guru yang paling baik.

Ustaz Nazli bin Mahmud

Para pengawas

Tuesday 24 April 2012

SMK Bukit Rangin Juara Pertandingan Puisi & Lagu Peringkat Daerah Kuantan

Pertandingan Puisi dan Lagu diadakan dengan matlamat untuk melahirkan generasi muda yang mampu menghasilkan karya puisi bermutu di samping menambah khazanah lagu-lagu puisi Melayu.

Bertemakan "Perpaduan", SMK Bukit Rangin berjaya dinobatkan sebagai Juara dan mengalahkan 9 buah sekolah-sekolah menengah lain dalam daerah Kuantan. SMK Bukit Rangin juga berjaya memenangi kategori Puisi Terbaik dan Penyanyi Terbaik.
SMK Bukit Rangin
10 buah sekolah menengah daerah Kuantan yang menyertai pertandingan yang diadakan di Dewan Akademik SMK Bukit Rangin:
  1. SMK Bukit Rangin
  2. SMK Abdul Rahman Talib
  3. SMK (P) Methodist
  4. SMK Sultanah Hajah Kalsom
  5. SMK Sultan Abu Bakar
  6. SMK Tok Sira
  7. SMK Sungai Soi
  8. SMK Tanah Putih
  9. SMK Sungai Soi
  10. SMK Paya Besar
Berikut ialah keputusan penuh pertandingan:
Johan
SMK Bukit Rangin
Naib Johan
SMK(P) Methodist
Ketiga
SMK Abdul Rahman Talib
Puisi Terbaik
SMK Bukit Rangin
Lagu Terbaik
SMK Abdul Rahman Talib
Penyanyi Terbaik
SMK Bukit Rangin
Pendeklamasi Terbaik
SMK(P) Methodist

Antara komen yang diberikan oleh para hakim tentang keseluruhan pertandingan yang diakui agak sengit itu ialah puisi yang disampaikan menepati tema selain dicipta oleh murid-murid sendiri, ketepatan penggunaan bahasa, penggunaan bahasa baku oleh para peserta, penghayatan yang memuaskan dan gaya persembahan yang menyerlah dan menghiburkan. Bagaimanapun, para hakim meminta supaya intonasi pendeklamasi perlu lebih ditonjolkan dan keharmonian suara perlu ditingkatkan pada masa akan datang.

Pentupan pertandingan telah dirasmikan oleh En. Mohd Asri b. Mohd Yusof, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan (Ketua Unit, Pengerusi Pembangunan Manusia).
En. Mohd Asri
 

Saturday 21 April 2012

Majlis Kesyukuran 2012

Majlis Kesyukuran 2012 diadakan bagi melahirkan rasa kesyukuran pihak sekolah di atas pencapaian menyeluruh yang cemerlang dalam semua bidang kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum. Pihak sekolah merakamkan sekalung perhargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan semua aktiviti sekolah sepanjang penubuhan SMK Bukit Rangin semenjak tahun 2001. Ucapan ribuan terima kasih juga turut diberikan kepada semua pihak yang terlibat iaitu PIBG, Pengerusi KRT setempat, guru-guru dan murid-murid.dalam menjayakan Majlis Kesyukuran 2012.

Sebelum kenduri...Jumaat, 20 April 2012
Lembu sembelihan

Melapah

Menyiang

Membasuh

Solat Hajat & bacaan Yaasin

Makan roti colek sup
Master chef...........
Masak memasak
 
Ucapan YB En Zaili bin Haji Besar, ADUN Panching

Antara tetamu jemputan....





Persembahan murid
Nasyid oleh kumpulan Soutun Nasihah
Puisi & Lagu
Pencak silat
Barisan penyambut tetamu...
Syukur Alhamdulillah.
Semoga SMKBR bertambah cemerlang di masa hadapan....Amin!