MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Friday 18 March 2011

Sehari Seribu Hati

Tarikh: 8 Mac 2011.
Tempat: Dewan Bitara
Objektif: Memberi pendedahan kepada murid Tingkatan 5 tentang peluang pekerjaan yang menanti mereka selepas SPM.


Sunday 13 March 2011

Pelancaran Bulan Bahasa

7 Mac 2011. BAHASA, menurut Wikipedia (sebuah ensiklopedia bebas) merupakan satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, idea dan keadaan. Justeru kepentingan bahasa tidak boleh dinafikan lagi. Tanpa bahasa, sama ada bahasa pertuturan atau bahasa isyarat, sudah pasti manusia tidak dapat berhubung kerana kesukaran untuk berkomunikasi di antara satu sama lain.
         Pelancaran Bulan Bahasa disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus. Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Bidang Bahasa kerana berjaya menganjurkan program seumpanya. Beliau juga mengharapkan agar murid-murid dapat memanfaatkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.
        Sebelum itu, Ketua Bidang Bahasa menyampaikan amanat tentang beberapa aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang program tersebut. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan merangkumi tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Murid-murid yang ingin menyertai mana-mana aktiviti atau pertandingan yang dianjurkan, bolehlah berjumpa dengan guru-guru penyelaras yang tertera pada kertas program di setiap kelas.