MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Sunday 25 October 2015

Pn Hajah Haniliza bt Sulaiman Dalam Kenangan

 
"Anak yang baik ialah anak yang mendengar kata". Itulah kata-kata yang sinonim dengan bekas PK Pentadbiran BRASS, Puan Hajah Haniliza bt Sulaiman sewaktu berucap kepada murid-murid. Kata-kata keramat itu pastinya akan sentiasa hidup dan bergema dalam ingatan para pelajar dan juga guru-guru.
 
Setelah hampir 5 tahun berada di BRASS bermula pada tahun 2009, Pn Hajah Haniliza yang terkenal dengan kelembutan dan peribadi mulia itu akhirnya akan meninggalkan sekolah ini untuk meneruskan tugas sebagai Pengetua di SMK Gudang Rasau bermula 16 September 2015. Kenangan manis bersama beliau akan pasti sentiasa segar di lubuk hati sesiapa sahaja yang mengenali beliau. Kaya dengan sikap pemurah dan budi bahasa, Pn Hajah Haniliza juga sentiasa bersedia berkongsi masalah atau apa-apa saja yang bersangkutan dengan kerjaya. Beliau sentiasa memberi sokongan dalam semua program sekolah. Nama Pn Hajah Haniliza bukan saja akan terpahat pada papan senarai PK Pentadbiran BRASS, bahkan akan terus mekar dalam memori warganya.
 
TAHNIAH kepada Pn Hajah Haniliza atas pelantikan sebagai Pengetua. Semoga sentiasa maju jaya dan menjadi Pengetua cemerlang satu hari nanti. TERIMA KASIH kami ucapkan atas khidmat dan budi yang diberikan selama bersama di BRASS. Kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Pn Hajah Haniliza. Walau jauh di mata tapi di hati jangan. Semoga ikatan ukhuwah antara kita akan sentiasa mekar dan berakhir di jannah, insya Allah. Genangan air mata Pn Hajah Haniliza sewaktu majlis perpisahan, walaupun cuba dielakkan dan disembunyikan, tetap kami fahami bahawa ianya tanda kesedihan untuk meninggalkan BRASS yang tercinta, sebagaimana yang kami rasa. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menabur bakti....
 
Selamat Bertugas di SMK Gudang Rasau!
 
Potret kenangan bersama kumpulan Pentadbiran BRASS

Langkah akhir sebagai PK Pentadbiran BRASS

Gambar kenangan di hadapan bilik PK Pentadbiran BRASS

Hadiah penghargaan dari Panitia Sains

Hadiah penghargaan dari Panitia Kemahiran Hidup

Hadiah penghargaan dari Panitia Pend. Seni Visual

Gambar kenangan bersama team pengurusan Majlis Perpisahan

Hadiah penghargaan dari Panitia Bahasa Inggeris

Hadiah penghargaan dari Panitia Geografi

Hadiah kenangan dari Pn Hjh Haniliza kepada Pn Rosaliza yang
bertukar ke Kolej Matrikulasi Gambang

Hadiah kenangan dari Pn Hjh Haniliza kepada En Ismail Ali
yang menyambung pelajaran di peringkat Sarjana

Hadiah penghargaan dari Staf Sokongan

Hadiah penghargaan dari Panitia Matematik

Hadiah penghargaan dari Kelab Staf

Hadiah penghargaan dari kumpulan Pengurusan & Pentadbiran

Jamuan perpisahan 5 Dedikasi

Hadiah penghargaan dari Badan Pengawas Sekolah

Hadiah penghargaan dari PIBG disampaikan oleh YDP PIBG,
En. Wan Fauzi
 

Pemulangan Buku Teks Ting. 1, 2 , 3 & 4




Tuesday 20 October 2015

Perjumpaan Exco BADAR & Jawatankuasa Induk Badan Pengawas




Keputusan mesyuarat menetapkan bahawa:
  1. Semua program berhubungan dengan dakwah dan kerohanian adalah di bawah tanggung jawab BADAR (Badan Dakwah & Rohani).
  2. Badan Pengawas mesti berkerjasama mengelolakan program-program tersebut.
  3. Kedua-dua pihak BADAR dan Badan Pengawas mesti saling bekerjasama dan bertanggungjawab menjayakan semua program-program dakwah dan kerohanian BRASS dari awal sehingga akhir.
  4. Program-program dakwah dan kerohanian bagaimanapun di bawah seliaan para asatizah Unit Bina Insan BRASS.
  5. BADAR ditubuhkan untuk membentuk satu unit khas untuk program-program dakwah dan kerohanian.
  6. BADAR diminta mendapatkan bimbingan dari pihak Badan Pengawas dalam sebarang program.
  7. BADAR merupakan tunggak sahsiah manakala Badan Pengawas tunggak kepimpinan. Kedua-dua SAHSIAH dan KEPIMPINAN mestilah bergerak seiringan untuk kejayaan sesuatu organisasi.
  8. BADAR akan dimantapkan lagi dengan penambahan ahli dari semua tingkatan.
  9. Semua ahli BADAR dan Badan Pengawas mesti IKHLAS dalam sebarang pekerjaan yang dilakukan terutamanya dalam kerja-kerja dakwah dan kerohanian.
  10. KESATUAN @ UNITY sangat penting untuk kemantapan organisasi.

Kelas Sinaran Pagi SPM (7.00 - 7.40 am) 20-30 Okt 2015


Friday 16 October 2015

Majlis Solat Hajat SPM & Restu Ibu Bapa

 

Tuan Pengetua dan PK HEM BRASS bersama Imam jemputan












Imam dan Penceramah jemputan