MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com

Lokasi : Perumahan Bukit Rangin
Visi : SMK Bukit Rangin Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2016
Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Tuesday, 24 November 2009

SPM's Anecdote

Kertas Pendikan Islam. Ada pelajar yang keluar dewan awal hari ni. Pemandangan biasa bagi sesetengah orang tetapi menyentap perasaan bagi seorang pengetua. Maknanya? Banyak kemungkinan...

Menulis cepat dan jawab semua soalan dengan baik, tulis jawapan cepat tapi tak jawab semua, tak keluar apa yang dibaca, keluar apa yang dibaca tetapi tak tertulis, jangkaan/'spot' tak keluar; jadi... balik awal, tak ingat pesan supaya jangan keluar awal, tak faham rasional (walau dah dijelaskan) kenapa dipesan jangan keluar awal, siapa pun tak kisah (macam Aiman) kalau sesiapa pun keluar awal, dan kemungkinan lain...

Apa pun, itu satu isyarat atau petanda. Pelajar tak bersedia serta tak dapat menangani cubaan ini dengan sebaik-baiknya. Apa sebenarnya yang berlegar dalam minda anak-anak kita? Bosan? 'Frust'? Marah? 'Jam' dan 'cramp'? Kesal? Takut? Bimbang?

Tak dapatlah kita menekanya dengan tepat dan tak dapatlah juga membantu. Cuma mungkinkah patut dimaklumkan khusus kepada Ketua Pengawas supaya tidak membenarkan anak-anak kita keluar selagi masa belum tamat? Kalau mereka nak tidur pun, mana tahu apabila terjaga, idea/ilham tiba dan boleh cuba menjawab. Mereka mungkin boleh terus berdoa dan berselawat sampai "mari" idea baru. Pokoknya, tak 'give up'. Kalau keluar dewan awal, dah tentu tak boleh masuk semula!

Saturday, 21 November 2009

Majlis Tautan Ukhuwah & Jamuan Akhir Tahun

Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat...
Akhirnya Majlis Tautan Ukhuwah & Jamuan Akhir Tahun menjadi penutup tirai sesi persekolahan tahun 2009. Majlis anjuran Kelab Staf SMK Bukit Rangin itu berjaya mengumpulkan tenaga kerja SMK Bukit Rangin bersama keluarga masing-masing. Program santai ini berjalan dalam keadaan lancar seperti mana yang dirancang.















Bermula pada jam 8.00 malam bertempat di Ruang Terbuka, para hadirin dihidangkan dengan beberapa juadah seperti nasi goreng, sate, barbeque ayam, ikan, sotong dan udang, cendol dan ais krim.





Disamping ucapan Pengerusi Kelab Staf, En. Mohamed Nazim dan Pengetua, Tuan Hj Abdul Rahim...

En. Mohamed Nazim

...hadirin juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada beberapa orang pelajar dan guru.


                                     Siti Intan Sofea                                   Megat Amirul Khairi


                                    Amirul Shafik                                             Cikgu YM Tengku Hisamudin

Penyampaian cenderamata juga ada untuk guru-guru yang telah dan akan bertukar macam Cikgu Nor Ezah, Cikgu Petrina dan Cikgu Eizazuriaty. Yang paling meriah ialah acara Cabutan Bertuah...tapi semua orang bertuah sebab semua orang dapat. Pendek kata tak ada la yang pulang dengan tangan kosong...Lepas tu ada pulak Hadiah Misteri berupa 3 buah basikal kanak-kanak... Semua orang mengidam.... Tapi, mari kita tengok siapa yang kena....


     Puan Mahani                                                    En Zulafendi

        Puan Haniliza                            Seronoknya!!!!!!!!

Tiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitulah juga dengan majlis ini yang melabuhkan tirainya kira-kira jam 11.00 malam. AlhamdulilLah....


Hari Terakhir Persekolahan 2009

Save the BEST for the LAST...
Beberapa acara telah dilaksanakan sebagai memenuhi hari terakhir persekolahan bagi tahun 2009 pada Jumaat, 20 November. Antaranya ialah bacaan Yaasin Perdana yang melibatkan semua guru dan pelajar. Bermula seawal 8.20 pagi selepas guru kelas mengambil kedatangan pada hari tersebut, Ustaz Shahrul Iman telah diamanahkan untuk menerajui bacaan tersebut.


  

Selepas waktu rehat, pelajar-pelajar perempuan bergotong-royong membersihkan kelas bersama guru kelas masing-masing. Manakala pelajar-pelajar lelaki pula mendengar beberapa amanat daripada pihak pentadbir iaitu GPK Hal Ehwal Murid dan Pengetua di ruang terbuka.

 

Tepat jam 12 tengahari, semua pelajar dan guru-guru bersalam-salaman di pintu pagar sekolah sebagai menandakan berakhirnya sesi pengajaran dan pembelajaran bagi tahun 2009.






Selamat BERCUTI semua!!!!

Thursday, 19 November 2009

Peraturan Rambut Murid Lelaki











Murid lelaki tidak dibenarkan berambut panjang.
Istilah berambut panjang:
(a) Di belakang:               -rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga.
(b) Di depan:                   -rambut menutup garisan tengah dahi
(c) Di sisi kiri dan kanan: -rambut menutup telinga atau sebahagian daripadanya dan sideburn           
                                              melebihi garisan tengah hidung
(d) Di atas:                     -rambut tidak kemas/ kusut/ tidak sesuai dengan status sebagai murid sekolah.

Potongan rambut tidak boleh berfesyen seperti rambut punk, diwarnakan, berekor, terjuntai di hadapan dan memakai jeli dengan tujuan fesyen. Murid tidak dibenarkan menyimpan misai, janggut atau jambang.

Monday, 16 November 2009

Apabila Hak Sudah Mengecut

Moral imperative pemimpin yang datang bersama "sumpahan" sebagai cikgu yang diletakkan sebagai "mu'allim", "muaddib" dan "murabbi" (yang mengajar, meng"adab"kan dan mendekatkan murid kepada Allah memang sudah cukup besar dan menakutkan.

Para ilmuan dan tokoh yang menulis tentang kepimpinan, teamwork dan perubahan seperti John C. Maxwell, Jim Collins, Jack Welch, serta lainnya bercerita tentang kerja, tugas dan tanggungjawab. Eh! Kalau difikir dan dihitung, berapa buah sangat buku menulis tentang hak. Selain itu, yang memenuhi rak-rak di perpustakaan seluruh dunia.....?

Hak memmmmmang penting. Siap dengan 'ghunnah' (dengung ilmu tajjwid). Tapi, dalam Islam hak itu bermula dengan Allah, diri sendiri dan ahli/famili kita. (Hadis ni masa dulu kita belajar masa Tingkatan 3 kalau tak silap).

Hak Allah yang menjadi tanggungjawab dan amanah yang kita usahakan dan memonopoli masa jaga kita ialah kerja cikgu itu jua adanya. Selain tanggungjawab sebagai suami/isteri/anak sepenuh masa! Kita kan juga hamba Allah sepenuh masa!

Untuk renungan #1 bersama:

#Abdullah bin Umar memberitakan “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. berkata, Setiap orang daripada saudara-saudara sekalian adalah pengembala dan setiap orang ditanya berkaitan pengembalaannya. Pemimpin ialah pengembala dan ditanya berkaitan pengembalaannya. Lelaki ialah pengembala ke atas keluarga dalam rumahnya dan ditanya berkaitan pengembalaannya. Perempuan ialah pengembala di dalam rumah dan anak-anaknya serta ditanya berkaitan pengembalaannya. Pekerja pula ialah pengembala harta majikannya dan ditanya berkaitan pengembalaannya. Jadi, setiap orang antara saudara-saudara sekalian ialah pengembala. Semuanya akan disoal berkaitan pengembalaannya.”
(Direkodkan oleh Bukhari & Muslim)

Bila jadi cikgu, ramai yang masih fikir tentang hak. Ada yang kuat mengikut kesatuan dan sering berbahas dan berbahasa tentang hak. Betul semua tu. Cuma dari pandangan Islam, gambaran serta pemandangannya agak berbeza. Hak tetap ada tapi kian kecut. Amanah dan tanggungjawab kian mengembang. Pengetua/Guru Besar, lagilah... Mengerikan!

Untuk renungan #2:

#Abu Zar r.a. memberitakan “Saya bertanya, Wahai Rasulullah tidakkah tuan mahu melantik saya menjadi pemimpin?” Nabi Muhammmad menepuk bahu saya lalu menjawab “Wahai Abu Zar, saudara tidak mampu menjadi pemimpin. Jawatan pemimpin adalah amanah. Pada hari kiamat nanti, jawatan seperti itu adalah rendah dan membawa sesal melainkan bagi orang yang menerima amanah itu dengan cara yang benar dan menunaikan amanah itu.”
(Direkodkan oleh Muslim)

Cikgu kata:
"Siapa rasa tak takut, angkat tangan.
Siapa rasa takut, angkat kaki (haa.. yang ni peribahasa)."

Sunday, 15 November 2009

Doa Sempena Menghadapi Peperiksaan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ

وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ


Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami pada pagi  ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap-Mu, atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai.


Allahumma Ya Rafi’a al Darajaat, Wa Ya Qadhiaal Hajat,


Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan iradat-Mu jua.


Maka… kami pohon kepada-Mu berikanlah taufik dan hidayah-Mu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah engkau lupakannya. Lapangkanlah dada kami dan janganlah Engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah Engkau persulitkan.


Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,


Hanya kepada-Mu kami bermohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hamba-Mu yang mendapat kemuliaan-Mu di dunia dan di akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan ketaatan kepada-Mu dan kemahuan berbakti kepada agama-Mu serta berjasa kepada bangsa dan negara.


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ

اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِين

Saturday, 14 November 2009

Majlis Restu Ilmu SPM 2009

Berburu ke padang datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
bagai bunga kembang tak jadi....
Pada Jumaat 13 November 2009, satu Majlis Restu Ilmu SPM 2009 telah diadakan di Dewan Akademik untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5 sebagai simbolik penyerahan ilmu daripada guru-guru menjelang peperiksaan SPM yang akan bermula pada Rabu depan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan ucapan daripada Setiausaha Peperiksaan SPM, Pn. Saadiah bt Mohd Ali, wakil guru, Pn. Fauziah bt Abdul Halim, wakil pelajar, Saudara Mohd Shafik b. Mat Ali, Yang DiPertua PIBG, En. Subri b. Abdul Rahman dan Tuan Pengetua, Tuan Haji Abdul Rahim b. Mohd Yunus.



Para hadirin yang terdiri lebih daripada 200 orang pelajar-pelajar Tingkatan 5, ibu bapa dan guru-guru kemudiannya dihidangkan dengan tayangan video Rahsia Kejayaan Nik Nur Madihah sebelum disusuli dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Nik Ibrahim b Nik Abdullah dari Majlis Agama Islam Pahang.



Acara kemuncak ialah bacaan penyerahan ilmu daripada wakil guru, Pn Fauziah kepada wakil pelajar, Saudara Mohd Shafik. Majlis diakhiri dengan acara bersalam-salaman diantara pera pelajar, ibu bapa dan guru-guru.







All the best guys!!!