MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com

Lokasi : Perumahan Bukit Rangin
Visi : SMK Bukit Rangin Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2016
Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Friday, 20 May 2016

Selamat Hari Guru 2016



HARI GURU 16 MEI

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang - Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan - cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Committee) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu...

Sambutan Pagi









Sukan / Permainan









Persembahan Guru & Pelajar








Thursday, 12 May 2016

Pasukan Forum Bahasa Melayu Naib Johan Peringkat Negeri Pahang

Pasukan Forum Bahasa Melayu di bawah bimbingan En Mohd Nazir b Noh 
dan En Mohd Hanafyieh b Omar

Saturday, 7 May 2016

Lawatan Penanda Arasan ke SMK Semenchu Kota Tinggi Johor

SMK Semenchu di Kota Tinggi Johor merupakan SEKOLAH AMANAH MALAYSIA perintis (Kohort 1) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Justeru tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk berkongsi pengetahuan tentang konsep sekolah amanah. Kami juga ingin mengetahui tentang cabaran yang dihadapi dan kesan kepada pengajaran dan pembelajaran sepanjang melaksanakan misi sebagai sekolah amanah semenjak dilaksanakan pada Januari2011. Taklimat disampaikan oleh Tuan Pengetua sekolah itu sendiri iaitu Tuan Haji Baharum bin Ahmad. Terima kasih kepada Tuan Haji Baharum atas penerangan yang panjang lebar dan sangat informatif. 
















Hasil daripada lawatan tersebut, kami melawat dan mempelajari pelaksanaan SBC (Subject Based Classroom) atau Kelas Berasaskan Subjek dimana beberapa kelas disetkan @ dipaternkan untuk menonjolkan satu mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik atau Sains untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berfokus, Apa yang menarik semua hiasan dinding adalah daripada hasil kerja murid-murid dengan bimbingan guru-guru. P&P yang dijalankan di kelas tersebut hanyalah mengikut subjek yang telah dipaternkan sahaja, 

BILIK SENI










BILIK BAHASA INGGERIS








Pemantauan sebanyak dua kali setahun dijalankan oleh syarikat konsultan yang dilantik KPM iaitu Leap Ed. Konsultan yang datang terdiri daripada tenaga luar dan dalam negara. Mereka akan memantau dan memberi skor dan memberi teguran dan tunjuk ajar sekiranya skor yang diberikan tidak mencapai tahap yang memuaskan.

Kami juga dibawa melawat ke sekitar kawasan sekolah seperti Kelas Pendidikan Khas, Galeri Sekolah, Koperasi dan sebagainya.





BILIK PENDIDKAN KHAS
















GALERI SEKOLAH











Akhirnya, kami juga berkongsi pengalaman pahit manis tenaga pengajar di sekolah tersebut. Setiap perkara baharu pastinya ada pro dan kontra. Pelaksanaan sekolah amanah pada permulaan berhadapan sedikit masalah terutama dari segi komunikasi apabila konsultan yang datang adalah konsultan dari negara asing yang berlainan bahasa dan budaya. Setelah beberapa lama dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak termasuk JPN Johor dan PPD Kota Tinggi, maka sistem ini telah menjadi serasi dan memberi impak yang baik kepada p&p dan pencapaian akademik para pelajarnya. 

Sekolah Amanah akan diteruskan sehingga tahun 2025 dengan target sebanyak 700 buah sekolah di bawah program ini.