MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Tuesday 30 July 2013

PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI SAINS DAN MATEMATIK (PKLSM)


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian Malaysia dalam pentaksiran TIMSS 2014 dan PISA 2015 yang akan datang melalui Program Peningkatan Kemahiran Guru dan Murid dalam TIMSS dan PISA (TimssPisa).  Seterusnya meletakkan kualiti pendidikan negara dalam kedudukan 1/3 teratas dunia menjelang 2025.

Antara langkah yang diambil KPM bagi mendedahkan dan membiasakan murid dengan bentuk dan jenis soalan dalam TIMSS dan PISA ialah dengan mengadakan suatu mock test yang dinamakan Pentaksiran Kompetensi Sains dan Matematik untuk semua murid Tingkatan 1 dan Pentaksiran Literasi Sains dan Matematik untuk Tingkatan 2 yang dilaksanakan hari ini.
 


 

Monday 29 July 2013

Malam Lailatul Qadar



Ibnu Umar menyatakan yang ada beberapa orang sahabat nabi bermimpi Lailatul Qadar datang pada tujuh malam terakhir Ramadan. Rasulullah berkata, "Aku juga melihat tanda yang sama dengan kalian. Oleh sebab itu siapa yang menginginkan Lailatul Qadar, perolehinya pada tujuh malam terakhir."

Lailatul Qadar mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Islam. Malam itu diakui lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat termasuk Jibril turun bagi mengatur segala urusan. Malam itu penuh dengan kesejahteraan sehingga terbit fajar.

Sama seperti kematian, Lailatul Qadar juga dirahsiakan kehadirannya oleh Allah. Ini supaya manusia menggunakan seluruh waktunya beribadah dan mengingati Allah.

Rekod Muslim menyatakan Lailatul Qadar jatuh pada tujuh malam terakhir sedangkan rekod Bukhari menyatakan ia jatuh pada malam ketujuh dan ada yang mengatakan 10 malam terakhir.

Dalam hadis yang direkodkan Ali, Rasulullah berkata, "Rebutlah Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadan. Apabila kalian kehilangan hari-hari sebelumnya, jangan pula kalian terlepas malam-malam terakhir itu."

Ibnu Umar merekodkan Rasulullah berkata, "Rebutlah Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadan. Apabila kalian berasa lemah ataupun tidak mampu melaluinya, maka jangan pula kalian kehilangan tujuh malam terakhir."

Sebahagian ulama berpendapat Lailatul Qadar jatuh pada malam 22 dan terakhir jatuh pada malam ke 28. Ini berdasarkan hadis yang direkodkan Bukhari daripada Ibnu Abbas. Rasulullah berkata "Rebutlah Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadan. Namun Lailatul Qadar itu jatuh pada malam dengan bilangan ganjil."

Daripada hadis yang berbeza, lahirlah pendapat ulama yang pelbagai. Direkodkan terdapat tidak kurang daripada 40 pendapat berbeza perihal tarikh Lailatul Qadar.

Apa pun, Lailatul Qadar mempunyai keistimewaan tersendiri yang tidak dapat kita kenali kecuali selepas malam itu berlalu. Salah satu keistimewaan itu adalah matahari terbit seperti biasa tetapi tidak memancarkan cahaya yang redup. Matahari tidak bersinar terang seperti biasa pada hari sesudah Lailatul Qadar.

 Ini berdasarkan hadis daripada Zur Bin Hubaisy. Beliau berkata, saya mendengar Ubay bin Kaab menyatakan, "Orang yang bangun di tengah malam selama setahun, beliau menemui Lailatul Qadar." Ayahku berkata, "Demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia. Lailatul Qadar itu terdapat pada bulan Ramadan.

Demi Tuhan, aku mengetahuinya. Malam manakah itu? Ia malam di mana Rasulullah memerintahkan kita bangun beribadah. Malam itu adalah malam ke 27, yang ditandai dengan terbitnya matahari berwarna putih bersih dan tidak bercahaya seperti biasa."

Direkodkan daripada Ibnu Khuzaimah, "Sewaktu Lailatul Qadar meninggalkan kita, bumi tidak terasa dingin ataupun panas dan matahari terlihat berwarna merah pudar."

Ahmad merekodkan, "Pada hari itu tidak terasa panas ataupun dingin, dunia sunyi dan rembulan bersinar."

 Malam Lailatul Qadar bukanlah malam yang penuh dengan bintang yang bersinar sebagaimana disangka ramai orang. Namun Lailatur Qadar adalah malam yang mempunyai tempat khusus di sisi Allah. Setiap muslim dianjur mengisi malam itu dengan ibadah dan mendekatkan diri padanya.

Imam Tabari menyatakan, "Tersembunyi Lailatur Qadar adalah bukti pembohongan orang yang menyatakan dalam malam itu ada perkara yang tidak pernah kita lihat pada malam-malam lain sepanjang tahun. Oleh sebab kerahsiaannya, bukan semua orang beribadah sepanjang tahun mendapat Lailatul Qadar."

Ada yang menemui Lailatul Qadar hanya dengan beribadah tanpa melihat sebarang keganjilan. Ada pula sebahagian yang lain melihat keganjilan tanpa disertai ibadah. Dalam hal ini, sudah pasti orang beribadah walaupun tidak melihat sebarang keganjilan lebih utama kedudukannya di sisi Tuhan.

Sebahagian pendapat menyatakan salah satu ciri Lailatul Qadar adalah semua yang ada di bumi ini tunduk dan sujud kepada Tuhan. Sebahagian yang lain menyatakan pada malam itu, dunia terang benderang. Kita dapat melihat cahaya di mana-mana sahaja walaupun di tempat-tempat yang biasa gelap.

Ada yang menyatakan orang yang memperolehi Lailatul Qadar dapat mendengar salam dan percakapan malaikat. Ada pula yang menyatakan salah satu ciri Lailatul Qadar adalah doa orang yang diberikan petunjuk dikabulkan.

Artikel dipetik daripada Buku Keajaiban Ramadan tulisan Jaffar Siddiq terbitan PTS Millenia Sdn bhd. [Sumber : xyrus zone]

Peperiksaan Percubaan PMR


Peperiksaan Percubaan PMR berlangsung selama 4 hari bermula pada hari ini sehingga Khamis, 1 Ogos 2013. Semoga semua calon dapat melakukan yang terbaik seperti peperiksaan yang sebenar.


 

Thursday 25 July 2013

Selamat Menyambut Nuzul Quran


Sempena Hari Nuzul Qur'an esok hari, BRASS menganjurkan beberapa program iaitu :-
  • Bacaan Mathurat
  • Kuiz Ramadhan
  • Persembahan Nasyid
  • Puisi Ramadhan
  • Ceramah Nuzul Quran yang disampaikan oleh Ustaz Hamdan Yusi, Penolong Pengarah Dakwah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) 















Sesungguhnya al-Qur'an meupakan mukjizat agung yang diturunkan Allah kepada Rasulullah s.a.w. lambang kasih-Nya kepada kita. Pergilah kepada al-Qur'an sekiranya kita terlupa. Kembalilah kepada al-Qur'an sekiranya kita berselisih. Kajilah al-Qur'an untuk panduan. Bacalah al-Qur'an sebagai penenang jiwa. Gunalah al-Qur'an sebagai pedoman sepanjang hidup. Naskhahnya terpelihara sehingga sekarang dan khazanahnya terbukti telah menarik ramai pengkaji dan cerdik pandai bukan Islam membuat keputusan untuk memeluk Islam kerana hebatnya kebenaran al-Qur'an.
  1. Seorang mubaligh Kristian, pakar Matematik serta mendalami ilmu Theologi (ketuhanan) Kristian dari Kanada bernama Dr. Gary Miller atau nama Islamnya, Abdul-Ahad Omar mengakui kekagumannya dengan ayat-ayat al-Quran itu yang dianggap sebagai satu keajaiban. Selain membicarakan persoalan duniawi dan ukhrawi manusia dalam segala aspek kehidupan, Dr. Miller turut “terkesima waima” dirinya seorang yang suka mencari bukti secara saintifik dan logik, disebabkan latar belakang dan pendidikannya. Ditambah pula, ada antara ayat suci dalam al-Quran itu mencabar masa depan dengan hal-hal yang manusia sendiri tidak dapat meramal atau menjangkakannya. Contohnya ayat yang menyatakan tentang permusuhan antara Yahudi dan Islam yang berlarutan sehingga sekarang (Al-Maidah : 82-84).
  2. Terbukanya tabir hati seorang ahli farmakologi Thailand Profesor Tajaten Tahasen, Dekan Fakulti Farmasi Universiti Chiang Mai Thailand, baru-baru ini menyatakan diri masuk Islam saat membaca majalah Profesor Keith Moore dari Amerika. Keith Moore adalah ahli Embriologi terkemuka dari Kanada yang mengutip surah An-Nisa ayat 56 yang menjelaskan bahawa luka yang dibakar cukup dalam tidak akan menimbulkan kesakitan kerana hujung-hujung saraf sensoriknya sudah hilang. Setelah pulang ke Thailand, Tajaten menjelaskan penemuannya kepada mahasiswanya, akhirnya mahasiswanya sebanyak 5 orang tunduk menyembah bumi dan menyatakan keikhlasan memasuki Islam.
  3. Prof. Jackues Yves Costeau seorang oceanographer, yang sering muncul di television melalui siaran Discovery, ketika sedang menyelam menemukan beberapa mata air tawar di tengah kedalaman lautan. Mata air tersebut berbeza kadar kimia, warna dan rasanya serta tidak bercampur dengan air laut yang lainnya. Bertahun-tahun beliau berusaha mengadakan penelitian dan mencari jawapan misteri tersebut. Sampai suatu hari bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia menjelaskan tentang ayat Al-Quran Surat Ar-Rahman ayat 19-20 dan surat Al-Furqon ayat 53.
  4. Prof. Dr. Maurice Bucaille, seorang pakar bedah kenamaan Perancis, diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi dan dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis kerana laporannya tentang ketahanan mumia Firaun daripada reput, walhal umat Islam telah lebih dahulu mengetahui bahawa mayat Firaun itu masih lagi bertahan sehingga sekarang. Beliau menemukan jawapan berhubung kajiannya itu setelah membaca Surah Yunus : 92.
  5. Robert Guilhem, pakar genetik dan pemimpin Yahudi di Albert Einstein College menyatakan dengan tegas soal keislamannya. Dia masuk Islam setelah kagum dengan ayat-ayat Al-Quran tentang masa iddah wanita muslimah selama tiga bulan. Masa iddah merupakan massa tunggu perempuan selama tiga bulan, selama proses dicerai suaminya (al-Baqarah : 228).
  6. Hana Tajima Simpson, seorang pereka fesyen Jepun membuat kejutan melalui produk dengan jenama Maysaa. Produk yang telah dilempar ke pasaran dunia itu berupa hijab bergaya 'layers'. Melalui jenama tersebut, Hana mencuba untuk memperkenalkan gaya berbusana yang trendi, namun tetap sesuai dengan syariat Islam dalam kalangan Muslimah. Beliau mula memeluk Islam sejak berusian 17 tahun kerana mendapati kehidupan orang Islam berbeza dengan orang lain. Ini menjadikan beliau tertarik dengan Islam dan meneruskan kajiannya melalui al-Qur'an. "Di dalam Al-Quran, saya menemukan banyak rujukan berkisar tentang isu-isu mengenai hak wanita".
  7. Cendekiawan fizik Ukraine masuk Islam kerana kebenaran Al-Quran membuktikan bahawa putaran paksi Bumi boleh berbalik arah. Demitri Bolykov, sorang ahli fizik yang sangat meminati kajian serta kajian-kajian ilmiah, mengatakan bahawa pintu masuk keIslamannya adalah fizik. Dia mendapati informasi tersebut dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah saw bersabda, ”Siapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari Barat, maka Allah akan menerima Taubatnya.”
  8. Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan. Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki. Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan. Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti fakta nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.
  9. Prof. William Brown yang memimpin para pakar sains mengadakan penyelidikan mendapatkan suara halus yang keluar dari sebahagian tumbuhan yang tidak boleh didengar oleh telinga biasa. Suara tersebut berjaya disimpan dan dirakam dengan sebuah alat perakam tercanggih yang pernah ada. Para ilmuwan selama hampir 3 tahun mengkaji fenomena yang menghairankan ini berjaya menganalisis denyutan atau bunyi suara tersebut sehingga menjadi isyarat-isyarat yang bersifat cahaya elektrik (kahrudhoiyah) dengan sebuah alat canggih yangbernama Oscilloscope. Akhirnya para ilmuwan tersebut boleh menyaksikan denyutan cahaya elektrik itu berulang lebih dari 1000 kali dalam satu saat!!! Seorang ilmuwan Muslim yang turut mengkaji fenomena ini menyatakan kepada beliau bahawa umat Islam telah mengetahui fenomena ini sejak lebih 1400 tahun. Beliau lantas membacakan, "... Dan tak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun." (QS. Al-Isra': 44)
  10. Loo Jo Yee adalah seorang gadis berbangsa Cina Malaysia berusia 18 tahun. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama Kristian yang taat dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat membantah sehingga menganggap masuk Islam adalah suatu yang hina bagi keluarganya. Loo Jo Yee banyak berdebat dengan rakan-rakannya dengan matlamat untuk mempengaruhi mereka memeluk Kristian. Oleh kerana itu, beliau mengkaji kedua-dua Bible dan al-Quran untuk menguatkan hujahnya. Tetapi semakin lama semakin dia menemukan penyelewengan di dalam Bible sebaliknya kebenaran di dalam al-Quran.
Subhanallah! Alhamdulillah! Allhuakar!

Murahnya Rezeki BRASS

 
  • Pada awal 2013 , Surau Al -Falah BRASS telah menerima sumbangan tangki air dan motor elektrik bagi kemudahan berwudhuk. Ianya disumbangkan oleh seorang penjaga murid BRASS.
  • Warga BRASS amat bersyukur kerana masalah air rendah dan menyukarkan pelajar BRASS untuk berwudhuk telah selesai. Paip air kini boleh dibuka semuanya secara sekaligus. Terima kasih kepada penyumbang semoga Allah swt membalas jasa baik penjaga BRASS .
  • Baru -baru ini pula Surau Al Falah BRASS menerima karpet sumbangan penjaga murid-murid BRASS juga . 








Monday 22 July 2013

IPS dan BIP


IPS (Intensive Perfect Score) dan BIP (Bengkel Intensif Potensi) adalah program pemantapan yang diadakan oleh pihak sekolah sebagai persediaan menghadapi PMR dan SPM pada Oktober dan November ini. 5 mata pelajaran teras yang terlibat dalam program IPS dan BIP iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab (3 Cendekia sahaja), Matematik dan Sains.

IPS
Sasaran : Kumpulan Excel, Cemerlang dan Sederhana (memperolehi markah 60-80% dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) baru-baru ini). 
Objektif : Meningkatkan bilangan pencapaian A dalam kalangan pelajar dalam mata pelajaran yang tersebut.
Impak : Menghasilkan GPS mata pelajaran yang lebih baik.





 
BIP
Sasaran : Kumpulan Potensi (mencapai markah bawah 20% dalam PPT 2013).
Objektif : Mengurangkan/sifar pelajar gagal dalam mata pelajaran.
Impak : Meningkatkan peratus pencapaian mata pelajaran dalam PMR dan SPM dan penghasilan GPS mata pelajaran lebih baik.



 

Wednesday 17 July 2013

Anugerah Emas Tarian


NUR FATIHAH BT AMIR MOHAMMAD
4 Inovatif
 
Tarikh lahir
29 Jun 1997
 
Penglibatan/Pencapaian
1. Semarak Tari Peringkat Kebangsaan - 2013
2. Jambori Pengakap Peringkat Kebangsaan - 2011
3. Pertandingan Tarian Peringkat Daerah - 2011
4. Kem 1Malaysia Peringkat Kebangsaan - 2010
 
Galakan/Inspirasi
Ibu Bapa dan Keluarga
 
Harapan
Dapat meningkatkan lagi penglibatan dalam bidang tarian dan berharap agar pihak sekolah dapat menyediakan satu kumpulan tarian.