MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Wednesday 27 June 2012

Hari Koperasi Sekolah & Karnival Kelab/Persatuan


Tema:
Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat

Anjuran:
Koperasi SMK Bukit Rangin Berhad

Matlamat:
Meningkatkan kesedaran tentang peranan koperasi sekolah dalam menerapkan jati diri yang murni di samping memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan murid-murid.

Objektif:
  • Meningkatkan kesedaran murid tentang faedah yang diperoleh dengan menjadi ahli koperasi.
  • Menarik minat lebih ramai untuk menceburi bidang keusahawanan.
  • Meningkatkan kemahiran murid mengurus sesuatu projek di peringkat sekolah.
  • Meningkatkan semangat kerjasama dan integrasi dalam kalangan murid dan guru melalui aktiviti yang dianjurkan.
Aktiviti:
  • Pertandingan kuiz
  • Pertandingan memasak dan rekaan fesyen
  • Pertandingan pidato
  • Pertandingan memancing
  • Gerai jualan - makanan, pakaian, alat tulis, buku, buah-buahan
  • DJ Corner
  • Tayangan filem

Bacaan ikrar

Bacaan doa
Bacaan perutusan YBhg YDP Angkasa oleh
Muhd Naiemuddin (5T)


Bacaan perutusan YB Menteri Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna oleh
Nurfarisha (4C)
Bacaan perutusan YB Menteri Pelajaran
oleh Nur Aqilah Yasmin bt Mohd Zuki (4E)

Ucapan Tuan Pengetua

"Semua murid dan guru digalakkan menjadi
ahli Koperasi Sekolah. Sumbangan kita
sebagai ahli koperasi adalah untuk sekolah dan
kegunaannya (hasil) untuk semua".
- Pengetua


Penyampaian sijil penghargaan kepada Pengawas Koperasi
Penyampaian cenderamata koperasi kepada murid dan guru 

Nyanyian lagu koperasi


 
Majlis penanaman pokok
 
Pertandingan kuiz
 
Gerai buku 

Tayangan filem

Pertandingan kuiz
Pertandingan memancing

Pertandingan pidato


Tuesday 26 June 2012

Pelancaran Minggu Teknik & Vokasional


Tema :
Kemahiran dan Kreativiti Pemangkin Kecemerlangan

Anjuran :
  • Panitia Kemahiran Hidup
  • Panitia Ekonomi Rumah Tangga
  • Panitia Perdagangan
  • Panitia Ekonomi Asas
  • Panitia Prinsip Akaun
  • Panitia Matematik Tambahan
  • Panitia Lukisan Kejuruteraan
Ucapan Ketua Bidang VoTek,
Pn. Marina bt Amir

Ucapan pelancaran oleh Tuan Pengetua,
Tuan Haji Zaimi bin Abu Bakar

Gimik pelancaran - pemuliharaan ikan

Pertandingan sepanjang minggu VoTek:
  • Memasak
  • Rekaan fesyen
  • Kuiz
  • Teka Silangkata
  • Buku Skrap
  • Movie maker
"Bidang pendidikan teknik dan vokasional di negara kita hanya 10% berbanding negara jiran seperti Thailand, Vietnam dan Singapura yang mempunyai antara 40 hingga 60% daripada pelajarnya menguasai kemahiran vokasional."
- Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

Sunday 24 June 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan

Keputusan peperiksaan awam (Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia) pada tahun 2011 telah mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan. SMK Bukit Rangin juga telah berjaya meraih Anugerah Sekolah Terbaik Luar Bandar PMR dan SPM dalam penyampaian Anugerah Menteri Besar Pahang pada 19 Jun baru-baru ini yang dihadiri oleh Tuan Pengetua bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kampus cawangan Kuantan.

Justeru Hari Anugerah Kecemerlangan diadakan untuk meraikan calon-calon cemerlang SPM dan PMR 2011. Tidak ketinggalan juga untuk murid-murid tingkatan 2 dan 4 yang berjaya mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2011. Jumlah kesemua penerima hadiah kecemerlangan adalah kira-kira 122 orang.















Tahniah dan syabas kepada semua penerima hadiah kecemerlangan.
Semoga kecemerlangan berterusan mewarnai SMKBR pada masa-masa yang akan datang.
Terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan program Hari Kecemerlangan 2012.

Friday 22 June 2012

Kem Kepimpinan Bersepadu 2012


 PENGENALAN

  Dalam usaha untuk meningkatkan prestasi PEMIMPIN PELAJAR dari segi kepimpinan, sahsiah dan akademik, kita sedia maklum bahawa golongan ini memainkan peranan penting dalam mencapai hala tuju sesebuah persatuan. Oleh itu, mereka perlu dibimbing sebaik-baiknya bukan sahaja dari segi kepimpinan tetapi juga pemupukan rohani, emosi, jasmani, sosial, dan intelek.
      Kebanyakan pemimpin kecil ini masih kurang menyedari matlamat serta hala tuju, mempunyai keyakinan diri yang rendah, konsep kendiri yang longgar, dan kurang menjiwai ciri-ciri kepimpinan yang boleh dibanggakan.
      Atas dasar inilah, maka satu program motivasi dan kepimpinan untuk golongan ini perlu diadakan sebagai salah satu usaha mempertingkat pembangunan sekolah secara keseluruhan.

MATLAMAT

Melahirkan pemimpin pelajar yang mampu memimpin persatuan yang dipegang bagi mencapai kecemerlangan berpersatuan selaras dengan visi dan misi sekolah.

OBJEKTIF 

1. Menyuntik semangat, keyakinan, kesabaran dan semangat bekerja dalam diri pemimpin-pemimpin muda.
2. Memberi pendedahan sebenar kaedah bekerja dalam satu pasukan untuk kejayaan organisasi.
3. Memberi kesedaran tentang sumbangan dan potensi diri yang perlu ditonjolkan dan menjadi sumber kejayaan.
4. Menguatkan mental dan fizikal pemimpin untuk berfikiran positif dan mengikis fikiran negatif jauh dari diri mereka.

TEMA
“Merintis Generasi Kepimpinan Cemerlang”
   

PENGANJUR

  • Unit Hal Ehwal Murid
  • Unit Kokurikulum
TARIKH 

15 & 16 Jun 2012 (Jumaat & Sabtu)

 
TEMPAT
SMK Bukit Rangin Kuantan
  

SASARAN 

150 orang:-

· Pengawas Sekolah
· Pemimpin Persatuan/Kelab, Unit Beruniform, dan Sukan/Permainan
· Ketua Kelas / Penolong Ketua Kelas
· Pengawas Pusat Sumber

SUMBER TENAGA
1. Fasilitator Kolej Islam Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) Kuantan
2. Penceramah Jemputan
3. Guru-guru SMK Bukit Rangin
4.   Pengawas Tingkatan 5










Ucapan penutupan oleh Tuan Haji Mohd Anis bin Ginen,
Naib Yang DiPertua PIBG

Barisan fasilitator KIPSAS...syukran jazilan!

Kumpulan Terbaik:
  1. Kumpulan 10 (Masyitah)
  2. Kumpulan 1 (Saifullah al-Maslul)
  3. Kumpulan 3 (Istiqamah)
Peserta Terbaik:
  • Lelaki : Danial Amin bin Khalili
  • Perempuan : Umi Munirah binti Mohd Shukri

Monday 18 June 2012

Projek Usaha sama PIBG-Politeknik

Sumbangan pihak luar untuk kemajuan pendidikan sekolah adalah sangat dialu-alukan. Maka pihak sekolah berasa sangat bertuah apabila Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKBR berjaya mendapat persetujuan Politeknik Kuantan untuk mengusahakan projek usaha sama membina pentas di Dewan Terbuka. Projek ini dikendalikan oleh tenaga pengajar/pensyarah Politeknik sendiri yang sedang bercuti semester.

Menurut ketua pengarah projek, Puan Sabrina iaitu salah seorang pensyarah Politeknik dan juga AJK PIBG, para pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Binaan ini mempunyai lebih banyak masa terluang pada waktu cuti semester bagi membolehkan mereka mengusahakan pembinaan pentas itu dengan jayanya. Penglibatan para pensyarah  ini juga bertujuan untuk memberi lebih pendedahan kepada para pensyarah yang terlibat tentang seni bina bangunan untuk diaplikasikan kepada para pelajar di Politeknik.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada PIBG dan Politeknik Kuantan di atas projek usahasama ini dan semoga sumbangan untuk kemajuan sekolah diteruskan pada masa-masa yang akan datang.


Pn. Sabrina, ketua pengarah projek
 
Pentas yang hampir siap

Sunday 3 June 2012

Salam Takziah

Takziah diucapkan kepada Pn Noryusnita bt Omar dan keluarga kerana kehilangan insan tersayang iaitu anak bongsu beliau. Adik Zaid, 8 bulan, telah kembali ke rahmatullah kerana penyakit injap jantung yang dihidapinya sejak lahir dan berada di Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Hajah Afzan (HTAA). Semoga Pn Noryusnita dan keluarga sabar dan tabah menghadapi dugaan ini dan tentunya tempat adik Zaid di syurga Allah s.w.t. InnalilLahi wainna ilaihiraji`un.......