MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday 16 February 2019

MESYUARAT PIBG KALI KE-18/2019


Majlis Sanjungan Budi & Lambaian Kasih Badan Pengawas 2019

Majlis Sanjungan Budi & Lambaian Kasih Badan Pengawas 2019 telah diadakan pada hari Khamis yang bertarikh 31 Januari 2019. Majlis ini diadakan untuk menghargai jasa mantan guru-guru penasihat Badan Pengawas BRASS pada tahun 2015 hingga 2019 iaitu Puan Rahayati bt Salleh dan Puan Zarina binti Aziz. Di samping itu, objektif program ini diadakan adalah sebagai majlis perpisahan antara pengawas-pengawas sekolah yang komited dalam menjalankan tugas bersama mantan guru pengawas mereka iaitu Puan Rahayati yang telah bertukar ke SMK Gudang Rasau sebelum Cuti Raya Cina 2019. Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh barisan EXCO Badan Pengawas Sesi 2019 di bawah penyeliaan guru-guru penasihat Badan Pengawas yang baru.


Friday 15 February 2019

Cakna Akademik PT3 & SPM

Perjumpaan dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang program-program sokongan dan sampingan serta target murid-murid Ting. 3 dan 5 dalam peperiksaan PT3 & SPM akan datang.

Taklimat Akademik Ting. 5 Bestari, 5 Cendekia & 5 Inovatif


BICARA PUTERA PUTERI

Bicara Putera Puteri di kendalikan oleh Ustaz Mohd Khairul bin Shaharudin dari Jabatan Agama Islam Negeri Pahang. Beliau menyentuh soal ikhtilat, hubungan antara lelaki dan perempuan serta kepentingan menutup aurat dalam kalangan wanita.





Thursday 14 February 2019

SUNTIKAN ATT TINGKATAN 3

Suntikan ATT atau Suntikan Imunisasi Anti Tetanus Toxoid merupakan pelalian wajib begi semua murid Tingkatan 3 untuk mengelakkan penyakit kancing gigi. Sebelum suntikan diberikan, pegawai kesihatan memberikan sedikit taklimat kepada murid-murid yang terlibat. Suntikan berlangsung di Bilik Kesihatan sekolah.






BOLING KE MSSP!

Tahniah kepada pasukan boling BRASS (U15 dan U18) kerana berjaya melayakkan diri mewakili daerah Kuantan ke MSSP pada bulan Mac akan datang.

Kategori U18:
1. Tengku Syasya Qistina bt Tg Sabaring
2. Tengku Syasya Darwina bt Tg Sabaring
3. Mohd Syawal b Ahmad
4. Adam Naqiuddin b Mohd Fiterry
5. Haiqal Danial b Mohd Helmi

Kategori U15:
1. Ayu Zerlina bt Zamzuriadi
2. Nor Aireen Sopielia bt Sharulnizam
3. Nurul Faaiqah bt Kamalazman
4. Kamal Amirul Aiman b Kamalazman

Guru Pengiring : En. Mohd Hanafiyeh b Omar












Tuesday 12 February 2019

TAKLIMAT UJIAN SARINGAN TALASEMIA TINGKATAN 4

Ujian saringan Talasemia ini telah diperkenalkan sejak Januari 2016 untuk memberi kesedaran kepada murid-murid Tingkatan 4 yang menghidap penyakit Talasemia untuk tidak memilih pasangan hidup yang menghidap talasemia pada masa hadapan. Ini adalah untuk mengelakkan pasangan itu nanti melahirkan zuriat yang menghidap Talasemia. Pesakit Talasemia akan menghidapi kekurangan darah merah (aenemia) seterusnya mengakibatkan masalah tumbesaran, tulang terbantut dan neurologi. Akibatnya, pesakit perlu menjalani pemindahan darah yang menelan kos yang tinggi dan komplikasi kesihatan yang lain.

Klik https://www.hmetro.com.my/sihat/2017/06/234763/inisiatif-kawal-talasemia untuk maklumat lanjut berkenaan Talasemia.