MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com

Lokasi : Perumahan Bukit Rangin
Visi : SMK Bukit Rangin Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2016
Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Saturday, 27 August 2016

Festival Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Kuantan

Festival Bahasa Inggeris kali ini bertempat di SMK Gudang Rasau Kuantan (SEGRA) bermula pada jam 7 pagi dan berakhir pada 1 petang. sebanyak 30 buah sekolah daerah Kuantan mengambil bahagian dalam gerai permainan bahasa dan jualan makanan. Seramai 50 orang pelajar, 5 orang guru Bahasa Inggeris dan 4 orang pembantu (murid) BRASS terlibat dalam program ini yang merupakan sebahagian daripada program MBMMBI. Festival Bahasa Inggeris ini bertujuan melahirkan pelajar yang berbakat, berkeyakinan dan berkemahiran (bahasa) dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah.


















Friday, 26 August 2016

Majlis Intrim Badan Pengawas 2016-2017

Majlis Intrim ini merupakan pelantikan pemangku ketua dan timbalan ketua exco jawatankuasa induk Badan Pengawas untuk memberi peluang kepada kebanyakan ketua dan timbalan menumpukan perhatian kepada peperiksaan SPM yang bakal menjelang tidak lama lagi. Pelantikan pemangku yang kebanyakannya dalam kalangan pengawas Tingkatan 4 ini merupakan langkah persediaan awal atau latihan kepada pemangku-pemangku untuk menjalankan tanggungjawab sebenar apabila dilantik secara rasmi pada tahun hadapan. Dengan pelantikan ini bermakna pengawas-pengawas Tingkatan 5 tidak akan lagi dibebani dengan tugasan berat Badan Pengawas sebaliknya membantu pada waktu perhimpunan sahaja.

Diharapkan barisan kepimpinan induk baru akan dapat menyesuaikan diri dan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi.

Terima Kasih kepada yang lama
dan Selamat Berkhidmat kepada yang baru!