MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Tuesday 31 July 2012

Muhammad Nur Izman b Mohd Rakhzam


  
Pencapaian:
  • Menyertai Perkhemahan Perdana Kadet Remaja Sekolah (KRS) Peringkat Negeri Pahang di Hutan Rekreasi Gunung Senyum, Temerloh Pahang pada 14 - 17 Mei 2012. Menerima anugerah Gangsa atas kecemerlangan menyertai keseluruhan aktiviti program perkhemahan.
  • Mewakili Negeri Pahang ke Perkhemahan Perdana KRS peringkat Kebangsaan di Pusat Kokurikulum Kem Melanggang, Tuaran Sabah pada 13 - 18 Julai 2012.
  • Tahniah di atas pencapaian yang membanggakan!

Monday 30 July 2012

Kempen Kibar Jalur Gemilang & Pelancaran Bulan Kemerdekaan


Anjuran:
Unit Kokurikulum
Panitia Sejarah
Panitia Sivik & Kewarganegaraan

Matlamat:
Menyemai semangat patriotik, jati diri, cinta akan bangsa, agama dan tanah air melalui mata pelajaran Sejarah dan penghayatan program sepanjang Bulan Kemerdekaan.

Nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Pahang
Bacaan doa
Ucapan penyelaras program,
Pn. Nor Hasimah bt Ismail
Ketua Bidang Kemanusiaan
Pelancaran Bulan Kemerdekaan oleh
Tuan Pengetua

Monday 23 July 2012

Majlis Pelantikan Pengawas & Ketua Kelas

Pengawas, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas merupakan NADI sekolah. Mereka merupakan murid-murid yang terpilih kerana akhlak dan keterampilan yang baik dan cemerlang. Secara amnya, mereka berperanan sebagai pembantu guru. Organisasi ini tidak akan berjaya merealisasikan visi dan misi tanpa sokongan dan paduan tenaga ahli-ahlinya yang berdedikasi dan berwibawa.

Justeru majlis pelantikan Pengawas dan Ketua Kelas ini merupakan agenda tahunan sekolah bagi mengiktiraf barisan kepimpinan murid. Seramai 17 orang murid lelaki dan 29 orang murid perempuan dilantik secara rasmi dalam satu majlis khas pagi ini di Dewan Bitara SMK Bukit Rangin. Majlis juga diadakan untuk pelantikan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas yang disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Zaimi bin Abu Bakar.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis, Muhammad Naiemuddin bin Zakaria (5 Terampil) dan diikuti oleh penyampaian watikah pelantikan kepada Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas yang disampaikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Nazli bin Mahmud. Seterusnya Tuan Pengetua, Tuan Haji Zaimi bin Abu Bakar menyampaikan watikah pelantikan kepada para Pengawas. Majlis diteruskan dengan pengumuman Ketua Murid 2012/13 iaitu Muhammad Nur Izman bin Mohd Rakhzam dan Penolong Ketua Murid sesi 2012/13 iaitu Nur Aqila Yasmin binti Mohd Zuki. Pengumuman dilakukan oleh PK HEM, En. Nazli bin Mahmud. Sebagai simboliknya, tuan pengetua menyarungkan blazer kepada kedua-dua mereka yang dilantik.


Pengacara majlis, Muhd Naiemuddin b Zakaria
Majlis diteruskan dengan penyerahan tugas barisan Exco Badan Pengawas 2011/12 kepada Exco Badan Pengawas 2012/13. Secara simboliknya, penyerahan tugas berbentuk fail tugasan itu menandakan berakhirnya tugasan barisan exco lama yang kebanyakan akan menghadapi peperiksaan SPM dan PMR tidak lama lagi. Tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada barisan exco baru dan syabas dan terima kasih kepada barisan exco lama yang telah menjalankan tugas dengan sabar dan berdedikasi.

Friday 20 July 2012

ELT-Pahang Professional Development Workshop

This programme is co-organised by the Academic Sector, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang and the US Embassy fo professional development of the English Language Teachers (ELT) in Kuantan. About 90 ELTs attend the 3 days workshop started from 18th to 20th July 2012. The workshop is held in Dewan Seri Lipis, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), Beserah. 2 ELTs from each secondary school in Kuantan come for the workshop and they are the Ketua Panitia and a lower secondary teacher.

The speaker, Mrs Renee Lajcak, is an EL specialist, She is currently an ESL (English as a Second Language) instructor at WESLI (Wisconsin ESL Institute) in the United States. The workshop is so attractive and beneficial as the speaker shares many interesting techniques in teaching grammar and writing both in theory and practical. Thanks a lot Mrs Renee!

Mrs Renee shares a writing technique in one of the workshops

Mrs Nor Rahishah (right) and Mrs Zarina (left) with the speaker,
Mrs Renee Lajcak.

Pelancaran Ihya' Ramadhan 1433H

Program anjuran bersama Unit Bina Insan dan Panitia Pendidikan Islam bertujuan untuk menghidupkan dan memakmurkan bulan yang penuh dengan keberkatan.

Aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadhan:
  • Zikir pagi
  • Tadarus guru
  • Tadarus murid
  • Teka silang kata
  • Radio Ramadhan
  • Tazkirah/ceramah
  • Ceramah Nuzul Qur'an
  • Infaq Ramadhan
  • Khatam al-Qur'an Individu
  • Titipan Kasih Aidil Fitri
  • Kutipan derma/sumbangan
  • Buletin Ramdhan
  • Majlis berbuka puasa
  • Solat Hajat dan bacaan Yasiin (setiap Jumaat)
Bacaan Yasiin dan Tahlil


Thursday 19 July 2012

Mencari Cinta Ilahi


Pendahuluan
Fitrah naluri manusia mencari cinta dalam kehidupan. Bercinta dalam kalangan murid dewasa ini menjadi suatu kebiasaan. Cinta yang dipupuk kadang kala melanggar batas-batas syarak yang dibenarkan dalam Islam dan juga menjurus ke arah perlakuan maksiat dalam kehidupan mereka. Sehubungan itu, mencari cinta yang dibenarkan syarak haruslah didedahkan dalam kehidupan mereka. 

Matlamat
Melahirkan individu yang berakhlak mulia yang sentiasa melakarkan kehidupan mereka dengan cahaya nur Ilahi dan menjauhi segala perlakuan yang bertentangan dengan syarak. Juga tidak mendedahkan diri dengan aktiviti yang mendatangkan kemurkaan Allah.

Objektif
  • Menyedari bahawa cinta kepada Allah adalah melebihi dari segala-galanya.
  • Mencintai sesama manusia kerana Allah
  • Mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. setiap masa.
Penceramah
En. Khairul Imran bin Abdul Jalil
Penolong Pengarah
Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Agama Islam Pahang

Anjuran
  • Unit Bina Insan
  • Persatuan Ibu Bapa dan Guru
  • Panitia Pendidikan Islam

Ucapan YDP PIBG, En. Omran b Mohd Ali
Peserta
Penceramah, En. Khairul Imran b Abdul Jalil


Saturday 14 July 2012

LADAP 2

Tempat : Sempurna Resort Kuantan
Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
Peserta : Guru-guru dan kakitangan sokongan

Slot 1
Penceramah : Tuan Haji Ishak bin Othman (Unit J-Qaf, JPN Pahang)
Tajuk : Ciri-ciri Pendidik (Al-Qawiyy-ul-Amin)

Tuan Haji Ishak b Othman
Setiap pendidik mesti ada ciri-ciri berikut:
  • Siddiq
  • Amanah
  • Tabligh
  • Fatanah
Kompetensi (al-Qawiy):
  • Fizikal
  • Penampilan
  • Rohani
  • Efektif
  • Efisien
  • Produktif
  • Berkualiti
 Sikap (al-Amin):
  • Ikhlas
  • Syukur
  • Amanah
  • Jujur
  • Beradab
ITQAN (bersungguh-sungguh):
"Sesungguhnya Allah menyukai seseorang yang apabila melakukan sesuatu pekerjaan, dilakukan dengan ITQAN."
Manusia paling baik:
"Sebaik-baik manusia ialah yang paling memberi manfaat kepada manusia."
*Ciri-ciri Qawiyyul Amin ada pada Rasulullah s.a.w.
 
 
Slot 2
Penceramah : Tuan Haji Zaimi b Abu Bakar
Pengetua SMKBR
Tajuk : Protokol

Tuan Hj Zaimi b Abu Bakar
Berdasarkan Kamus Dewan, PROTOKOL ialah peraturan rasmi dalam sesuatu istiadat. Peraturan-peraturan yang telah diterima oleh semua pihak sama ada dalam hubungan hariannya dengan masyarakat atau dalam pelbagai istiadat atau majlis rasmi.

Klik http://www.scribd.com/doc/4853975/Protokol-dan-Etiket-Majlis-Rasmi untuk maklumat lanjut Protokol dan Etiket Majlis Rasmi.

 
Slot 3
Bengkel





Wednesday 11 July 2012

Sistem Set Untuk P&P Bahasa Inggeris Tingkatan 1


Apa Itu Sistem Set?
  • Inisiatif  bagi meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris di bawah dasar MBMMBI.
  • Bahasa Inggeris akan diajar mengikut tahap dan pencapaian pelajar di dalam bahasa Inggeris.
  • Pelajar akan dibahagikan dan ditempatkan di dalam kelas-kelas mengikut tahap pencapaian bahasa Inggeris yang dinamakan SET.
Matlamat
  • Menghasilkan persekitaran P&P yang fokus kepada keperluan murid
  • Memberi peluang yang optimum untuk interaksi guru-murid
  • Menghasilkan impak positif untuk pembelajaran murid
  • Terdapat peningkatan sekurang-kurangnya satu tahap terhadap tahap profisiensi murid

Faedah kepada Guru
  • Nisbah guru-murid yang rendah (1:30 atau 1:25) akan membolehkan guru memberi tumpuan kepada keperluan murid.
  • Guru boleh merancang dan melaksanakan aktiviti yang sesuai dan dapat memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran murid dengan optimum.
  • Guru dapat membentuk pentaksiran  mengikut kemampuan pelajar.
Faedah kepada Murid
  • Nisbah guru-murid (1:30 atau 1:25) memberi lebih peluang untuk perhatian guru semasa P&P
  • Aktiviti kelas yang disesuaikan kepada tahap profisiensi murid memberi lebih peluang untuk berinteraksi
  • Keyakinan yang lebih disebabkan tahap profisiensi yang homogenus
  • Murid dapat mengetahui tahap profisiensi mereka berdasarkan pentaksiran yang direkasuai khas
3 Langkah Tatacara Pelaksanaan Sistem Set
  1. Konstruk Ujian Diagnostik (*dilaksanakan hari ini di SMKBR)
                     i.  Grammar (40%)          
                                -  Identifying errors in sentences (20%)
                                -  Correcting errors (20%)
                    ii.  Vocabulary (20%)      
                                -  Error identification (10%)
                                -  Cloze passage (10%)
                   iii. Language forms and functions (20%)
                   iv. Information transfer:  non-linear to linear (20%)       

       2.   Pembahagian murid ke dalam set berdasarkan tahap profisiensi
    1. Setiap kelas di dalam Sistem Set akan mempunyai 20-30 orang murid sahaja.
    2. Pembahagian murid untuk setiap kelas adalah berdasarkan kepada keputusan yang diperolehi untuk Ujian Diagnostik (seperti jadual di bawah ) :
Set
Markah Ujian Diagnostik
A
86– 100
B
70– 85
C
56– 69
D
40– 55
E
0– 39
    1. Murid di dalam setiap set akan mempunyai tahap profisiensi yang sama.
    2. Murid dari kelas tahap profisiensi rendah perlu dinaikkan ke kelas yang lebih tinggi sekiranya keputusan ujian menunjukkan peningkatan.

    3.   Penyesuaian pengajaran untuk tahap profisiensi yang berbeza mengikut set
▪     Kelas di dalam Sistem Set perlu berjalan serentak.
▪     Sekiranya terdapat kekurangan guru, penjadualan kelas boleh dilakukan mengikut “blok”
▪     Guru perlu menyesuaikan pedagogi mengikut tahap profisiensi murid di dalam set yang ditentukan. Ini akan membolehkan :
−  Murid lemah dapat mengikuti P&P Bahasa Inggeris dengan  mudah  mengikut keupayaan mereka tanpa rasa rendah diri.
−  Murid akan mendapat perhatian yang lebih dan berpeluang mengemukakan pendapat dan idea  kepada guru tanpa rasa segan dan takut.
−  Murid cemerlang boleh mempertingkat kemahiran berbahasa dengan mengikuti pembelajaran yang lebih mencabar.

Tuesday 10 July 2012

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan


Tempat : DATARAN SAUJANA SMKBR
Dasar 1M1S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang - kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sepanjang tahun.

Matlamat Dasar 1M1S

Dasar 1M1S berhasrat untuk :
  1. Menbangunkan modal insan melalui penyertaan murid yang menyeluruh dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.
  2. Memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.
Objektif Dasar 1M1S
  • Meningkatkan kecerdasan jasmani
  • Membentuk sahsiah, jati diri, displin dan nilai murni
  • Memupuk perpaduan
  • Membentuk budaya sukan dalam kalangan murid
  • Memenuhi naluri semulajadi murid
  • Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal
  • Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan