MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com

Lokasi : Perumahan Bukit Rangin
Visi : SMK Bukit Rangin Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2016
Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Thursday, 30 March 2017

Pemeriksaan Motosikal Pelajar oleh JPJ





Kursus PRS Daerah Kuantan

Kursus ini diadakan di SMK Sg Isap Kuantan dan disertai oleh 160 orang pelajar dari 10 buah sekolah daerah Kuantan:
  1. SMK Bukit Rangin
  2. SMK Padang Garuda
  3. SMK Gudang Rasa
  4. SMK Sg. Isap Murni
  5. SMK Pandan
  6. SMK Semambu
  7. SMK Paya Besar
  8. SMK Seri Mahkota
  9. SMK Tg.Lumpur
  10. SMK Sg. Isap (SEMSIS)
Program dirasmikan oleh YBhg. Tn Hj.Mohd Razali b. Mustafar, Ketua PPD Kuantan dan menyampaikan amanat yang sangat bermakna kepada anak-anak pelajar pewaris bangsa.




Thursday, 23 March 2017

Selamat Bersara Datin Wan Mahani bt Khairuddin

Datin Wan Mahani memilih bersara awal atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan beliau untuk meneruskan khidmat di BRASS. Beliau merupakan guru Sains dan selalunya mengajar subjek Biologi untuk kelas-kelas Tingkatan 4 dan 5. Selamat bersara Datin Mahani dan semoga sembuh seperti sediakala. Terima kasih sekalung budi kepada Datin Wan Mahani. Semoga berjumpa lagi,





Thursday, 16 March 2017

Keputusan SPM 2016

Dua orang pelajar meraih semua 9A dalam SPM 2016 yang diumumkan hari ini. Tahniah kepada Mariah bt Abu Samah dan Hasya kerana berjaya mencapai impian sebagai calon terbaik BRASS. BRASS pula masih mengekalkan kedudukan dalam 10 sekolah terbaik daerah Kuantan.

GPS SEKOLAH : 3.87
BIL CALON 5A KE ATAS : 44
9A - 2 ORANG (1.19%)
8A - 6 ORANG (3.57%)
7A - 5 ORANG (2.98%)
6A - 17 ORANG (10.12%)
5A - 14 ORANG (8.33%)







Kelab Pengguna BRASS Johan dalam Cabaran Interaktif Pengguna Peringkat Zon Negeri Pahang di Pusat Kokurikulum







Wednesday, 15 March 2017

Taklimat NILAM Baru

Bermula April 2017, semua mata pelajaran diwajibkan menjalankan bacaan Nilam di perpustakaan berbanding sebelum ini yang hanya mewajibkan subjek bahasa sahaja. Penmbahbaikan ini adalah berdasarkan keperluan pembelajaran semasa yang banyak melibatkan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Membaca adalah salah satu cara untuk memperkukuhkan kemahiran ini.

Justeru Taklimat NILAM mendedahkan kepada murid-murid tentang NILAM baru yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Taklimat disampaikan oleh Penyelaras PSS, Pn Sapura bt Mat Zali selama 2 hari iaitu 14 Mac (Selasa) untuk Tingkatan 3, 4 dan 5. Manakala 15 Mac (Rabu) pula untuk Tingkatan 1 dan 2.




Tuesday, 14 March 2017

Cabaran Schoollab Peringkat Negeri Pahang di SMK Bentong

Keputusan pertandingan schoollab:

  • Kumpulan Jupiter (bimbingan Cg. Siti Khadijah) mendapat tempat ke-3 (Hamper dan RM500
  • Kumpulan Voco (bimbingan Cg. Asnor Samiza) mendapat Saguhati.





Sunday, 12 March 2017

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-16

Mesyuarat Agung PIBG berlangsung dengan jayanya di samping beberapa program yang lain yang berlangsung serentak pada hari yang sama. Kehadiran sangat memuaskan berikutan program-program yang dijalankan. YB Dato' Seri Abdul Manan bin Ismail, Ahli Parlimen Paya Besar yang merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ini juga teruja dengan kehadiran ibu bapa ke mesyuarat tersebut.

Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan:
  • Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-16
  • Senamrobik (murid)
  • Penataran PA21 (murid)
  • Bicara Ilmu dan Elit (ibubapa & murid)
  • Pemberian Wang Bantuan Persekolahan RM100 (ibubapa)
  • Tayangan filem (murid)
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan ke semua program hari ini.
Kerjasama Anda Keutamaan Kami.










Friday, 3 March 2017

Kejohanan Padang & Balapan Kali Ke-14

Tahniah kepada Rumah Sukan TEMENGGUNG
kerana menjadi JOHAN pada kejohanan tahun ini. 
Temenggung Johan!
Johan Temenggung!