MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Sunday 20 November 2011

Perhimpunan Akhir

Semua guru dan murid berkumpul di Dataran Saujana sebelum waktu persekolahan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Mohammad Nasri bin Mustafa Hilmi menyampaikan sedikit amanat, antaranya:
  1. Semua murid diminta sentiasa awas dan menjaga keselamatan sewaktu musim banjir.
  2. Calon-calon PMR 2011 diwajibkan memakai uniform sekolah lengkap sewaktu mengambil keputusan peperiksaan.
  3. Jadual pengambilan buku teks : Tingkatan 2 dan 3 pada 28 Disember 2011. Tingkatan 4 dan 5 pada 29 Disember 2012 di Bilik BOSS.
  4. Koperasi Sekolah akan dibuka pada 27 - 31 Disember 2012 untuk urusan pembelian alatan sekolah.
  5. Murid-murid diminta membeli buku latihan yang mempunyai logo sekolah sahaja yang dijual di Koperasi Sekolah.




Tuan Pengetua, Tuan Haji Zaimi bin Abu Bakar pula mengambil kesempatan untuk mengumumkan 3 orang guru yang akan bertukar iaitu Puan Noor Azizawati, Puan Siti Noor Asyikin dan Puan Zanariah bermula pada 1 Januari 2012. Tuan Pengetua juga mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua murid dan guru dan semoga berjumpa lagi pada 4 Januari 2012 nanti. Semua guru dan murid bersalam-salaman sebelum berpisah.









Saturday 19 November 2011

Bacaan Yaasin Perdana Akhir Tahun

Hari terakhir persekolahan sesi 2011 diraikan dengan Bacaan Yaasin Perdana oleh semua guru dan murid pimpinan Ustaz Dawami bin Talib. Tiada apa yang diharapkan selain daripada keberkatan Allah s.w.t. kerana setiap yang awal dan akhir, yang datang dan pergi, semuanya dari Yang Maha Esa. Semoga kita semua sentiasa diberi petunjuk untuk melakukan kebaikan dan yang terbaik demi kemaslahatan bersama.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:
  1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
  9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
  11. Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
  12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
  13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik. [Sumber: Blog Mohd Isa]






Guru Bertukar

Yang datang akan pergi. Silih berganti. Begitulah adatnya dunia. Satu majlis jamuan makan ringkas telah diadakan di Bilik Guru bagi meraikan tiga orang guru yang akan bertukar pada tahun 2012 iaitu:
  1. Puan Noor Azizawati bt Musa ke Sungai Petani Kedah
  2. Puan Siti Noor Asyikin bt Idris ke SMK Sungai Isap Murni
  3. Puan Zanariah bt Musa ke Selancar Segamat Johor.

 
Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua guru yang bertukar.Terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan selama mengajar di SMK Bukit Rangin. Jasamu sentiasa dikenang. Semoga ukhuwah antara kita sentiasa berpanjangan, insya Allah.

Thursday 17 November 2011

Kursus Pemantapan Rukun Negara

Catatan 16/11/2011 di Dewan akademik, yang dihadiri oleh pelajar tingkatan 1 dan pelajar tingkatan 3 serta guru SMKBR, kursus ini menerangkan tentang :
  • Menyemai sikap dan nilai murni serta menghormati prinsip kebebasan beragama dikalangan warganegara.
  • Melahirkan rakyat yang taat setia kepada raja dalam membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, bersemangat juang, berdaya saing, kreatif, dan kritis dalam menghadapi cabaran hidup.
  • Mempertingkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar tentang Rukun Negara, lagu negeri dan lagu kebangsaan
  • Agar dapat melahirkan warganegara glokal yang mampu bertindak dengan bijak untuk menghadapi cabaran dan ancaman globalisasi dan liberasasi selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan melalui teras pertama iaitu Membina negara bangsa.
Penceramah Jemputan terdiri dari dua orang iaitu :
  1. En Mohd Roslan Bin Hussain
    (Keselamatan dan Perpaduan)
  2. Tn.Sayed Hamzah Bin Syed Abdullah
    (Menuju Ke Menara Gading)







Wednesday 16 November 2011

Bantuan Khas Awal Persekolahan 2012

Pada 7 Oktober 2011, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan I telah membentangkan Bajet Negara bagi tahun 2012. Dalam pembentangan tersebut, kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM530 juta untuk pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid tahun 1 hingga tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2012.

2. OBJEKTIF
Untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid kerana pada lazimnya ibu bapa atau penjaga akan membuat persiapan untuk membeli barang-barang keperluan anak untuk ke sekolah pada bulan Disember 2011 sebelum sekolah buka.

3. KRITERIA KELAYAKAN
3.1 Murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 sesi persekolahan 2012.
3.2 Bersekolah di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan.

4. TEMPOH PELAKSANAAN
Pelaksanaan bantuan ini adalah bagi sesi persekolahan 2012 sahaja.

5. KADAR
Kadar bantuan adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap murid.

Berikut rakaman foto sewaktu penyampaian wang bantuan khas awal persekolahan 2012 kepada ibu bapa murid Tingkatan 1 hingga 4 di SMK Bukit Rangin bermula jam 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang.


Para ibu bapa/penjaga yang belum menuntut wang bantuan tersebut, tuan/puan boleh berbuat demikian dalam tempoh 14 hari bekerja bermula hari ini di pejabat sekolah.

Monday 14 November 2011

Liga INTEK

Liga INTEK telah diadakan pada 12 dan 13 .11. 2011, di SBPI Kuantan, SMK Bukit Rangin bawah 16 tahun telah menjadi  Naib Juara dalam kejohanan tersebut...