MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday 24 July 2010

Seminar Bahasa Melayu SPM

21 Julai 2010. Seminar Bahasa Melayu SPM ini disampaikan oleh En. Mohd Nazir bin Mohd Noh, Guru Inovasi sempena Hari Guru (Tempat ke-3) Negeri Pahang tahun 2009.

Sunday 18 July 2010

Hari Keluarga SMK Bukit Rangin

17 Julai 2010.  Meriah. Itulah yang boleh dikatakan tentang Hari Keluarga SMK Bukit Rangin pada tahun ini yang telah diadakan di Pusat Rekreasi Balok. Guru-guru dan kaki tangan sokongan SMKBR hadir beramai-ramai bersama keluarga masing-masing bermula pada 8.00 pagi lagi. Antara acara yang diajalankan pada hari tersebut ialah sukan anak-anak, sukan ibu bapa, babeque dan cabutan bertuah. Secara keseluruhannya, program yang dijalankan dapat memenuhi matlamat untuk `yang jauh didekat-dekatkan, yang dekat dimesra-mesrakan' di samping me`lari'kan sebentar fikiran daripada tekanan kerja yang tidak pernah habis. Bolehlah diteruskan lagi tahun depan....
      
 
 

Monday 12 July 2010

Majlis Anugerah Watikah Pelantikan Pengawas Sesi 2

12 Julai 2010. Seramai 41 orang murid dilantik sebagai Pengawas Sekolah dalam Majlis Anugerah Watikan Pelantikan Pengawas pada kali ini. Mereka ini telah berjaya menjalani latihan sebagai Pengawas Percubaan selama lebih kurang 3 bulan bermula April lalu. Pelantikan kali ini juga menyaksikan Pelantikan dan Penyerahan Tugas Exco 2009/10 kepada Exco 2010/11 yang baru dilantik. Ahmad Razin bin Ruzaini dari kelas 4 Cendekia telah dilantik sebagai Ketua Murid yang baru bagi menggantikan Muhammad Naqib bin Mohd Rashdi dari 5 Cendekia. Manakala Penolong Ketua Murid pula disandang oleh Siti Hajar binti Zuhri, 4 Cendekia bagi menggantikan Najwa Shahirah binti Roslan, 5 Cendekia.
Ucapan Tetamu Jemputan, Tuan Inspektor Juliana bt Jamak

Penyampaian Watikah kepada Pengawas yang dilantik

Pelantikan & Penyerahan Fail Tugasan Exco Lama kepada Baru 

Penolong Ketua Murid - Siti Hajar bt Zuhri

Ketua Murid - Ahmad Razin bin Ruzaini

Barisan Exco 2009/10

Barisan Exco 2010/11

Bacaan Ikrar Pelantikan

              Terima kasih kepada barisan Exco 2009/10 kerana telah banyak membantu guru-guru dalam melaksanakan urusan disiplin sekolah. Diharapkan semua pengawas yang baru dilantik pula dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin, dengan penuh iltizam dan berusaha untuk melakukan yang terbaik kerana itulah yang dijanjikan oleh kamu ketika membuat lafaz ikrar pelantikan. Syabas!!!

Program Bulan Membaca & Hari Buku Serta Hari Cipta Sedunia

5 Julai 2010. Bulan Julai merupakan Bulan Membaca yang dipelopori oleh Perpustakaan Malaysia dan disokong sepenuhnya oleh Pusat Sumber Pendidikan Negeri di bawah Kementerian Pelajaran untuk menggalakkan aktiviti membaca dalam kalangan warga sekolah terutamanya anak-anak didik yang memerlukan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa.
           Bertemakan Membaca Menjana Minda, program ini diharapkan dapat memastikan setiap warga sekolah menghayati kepentingan ilmu dan berusaha untuk menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya yang berterusan. Ia juga diharapkan dapat memberi peluang kepada warga sekolah untuk melibatkan diri dalam beberapa pertandingan yang diadakan untuk memanfaat dan menjayakan Bulan Membaca 2010. Selain itu, ia juga bertujuan memperluas kesedaran tentang kepentingan membaca sebagai kunci ilmu pengetahuan yang tidak terbatas. Akhir sekali, program ini diadakan untuk mendekatkan golongan murid dengan bahan bacaan dan memupuk minat membaca dalam kalangan warga SMK Bukit Rangin.
Ucapan Perasmian oleh GPK Pentadbiran, Pn. Haniliza bt Sulaiman
Pertunjukan Multimedia Kempen Membaca
Dendangan Gurindam
Persembahan Sajak Bahasa Inggeris
Resensi Buku
 Persembahan Sajak Bahasa Arab
             Selain daripada Pelancaran Bulan Membaca, aktiviti-aktiviti lain yang akan dijalankan sempena program anjuran Pusat Sumber Sekolah ini ialah Ulasan Buku/Artikel, Pertandingan Peminjam Buku Terbanyak, Pertandingan Teka Silang Kata, Pertandingan Menghias Sudut Bacaan Kelas dan Pameran Buku (yang telah diadakan pada Hari Koperasi Sekolah yang lalu).