MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com

Lokasi : Perumahan Bukit Rangin
Visi : SMK Bukit Rangin Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2016
Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Saturday, 31 March 2012

Hadiah Kokurikulum

Menembak
NOR FADHILAH BT AHMAD KAMAL
Peringkat: MSSM
Hadiah: Sijil, 1 gangsa dan 2 perak

Memanah
AHMAD SAZWAN BIN ROSLI
Peringkat: MSSP
Hadiah: Sijil, 3 emas dan 3 perak

Squash
MUHAMMAD KHURSAINI BIN RUSLI
Peringkat: MSSP
Hadiah: Sijil dan Pingat

Badminton
MUHD SHARUL AZWAN, AHMAD SYAHMI,
AZRI RAZIN, SYED MUHD NAIMULLAH,
SH. ZAFIERAH, NURUL AMIRAH ARBAAYAH,
AHMAD ZAKHIR, NUR AIN FATINI &
NASRIHA NASREEN
Peringkat: MSSD
Hadiah: Sijil, Pingat Emas (P18) & 
Gangsa (L18)

Bolasepak
Pencapaian: Juara Peringkat Zon Perdana
Antara sekolah-sekolah Zon Perdana:
SMK Bukit Rangin
SBP Integrasi Kuantan
SMK Sultanah Hajah Kalsom
SMK Semambu
SMK Bukit Goh
SMK Indera Mahkota 2
SMK Panglima Perang

TAHNIAH buat semua murid yang terlibat kerana telah menunjukkan komitmen yang baik dan berjaya meraih kemenangan walaupun hanya pingat gangsa.

Kejayaan tidakkan datang tanpa kesungguhan,
Kesungguhan tidakkan ada tanpa kemahuan,
Kemahuan tidakkan muncul tanpa kesedaran ingin berjaya.

Teruskan! Usahakan! Lakukan!

Tuesday, 27 March 2012

Communicative Learning Workshop


RATIONAL

This program had involved the Form 5 students (5 Cendekia, 5 Bestari and 5 Inovatif) in order to expose them with a few techniques of communication which will be useful for them in the near future. It was as well to motivate them to the language through fun activities. Thus, we were calling the ETA (English Teaching Assisstants) from the United States of America as the speakers/moderators for the program.

AIM

To produce students who are able to communicate in English with confidence for daily purpose or in education in the present time or in the near future.

OBJECTIVES
1. Communicate using English Language (English Communication).
2. Speak in public well and with confidence (Speaking Skills).
3. Achieve good results in English subject in Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination.
4. Enhance interpersonal skills and career opportunity ini the future.
5.    Instill the awareness of the importance of the English Language in communication.

TARGET
Form 5 students

Launching by the Principal, Tn Hj Zaimi b Abu Bakar

The speakers, Miss Lauren Parsons (now teaching in
SMK Teluk Cempedak) and Miss Holly Berkley
(now teaching in SMK Cenderawasih)
Hello! My name is...

Workshop

The best group for Tongue Twister Championship
`Bitter Butter'

Fishbowl game

The best group for mini-play championship with their prizes
p/s: Both Lauren and Holly can be contacted through their facebooks; Cikgu Lauren / Holly SMK Cenderawasih.

Projek "Penjenamaan" Dataran Saujana

Satu lagi projek 3K untuk menambahkan `perisa' di SMK Bukit Rangin. Tahniah kepada Encik Rohaizad (Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual) bersama anak-anak didik beliau (5 Arif dan 5 Dedikasi) kerana telah berusaha keras melaksanakan lakaran huruf blok Dataran Saujana sehingga berjaya. Idea yang dicetuskan oleh Tuan Pengetua ini diselesaikan sepenuhnya dalam masa lebih kurang 3 minggu bermula pada 1 Mac 2012.



En. Rohaizad, Penyelia projek


Monday, 26 March 2012

Seminar Sains PMR & SPM


Penceramah:
CIKGU HAMZAH BIN OTHMAN
Negeri : Terengganu
Jawatan: Guru Cemerlang Sains Jusa C (DG54)
Tel: 019-6192955/019-9302955
Blog: Pecutankognitif.wordpress.com




Pelancaran Bulan Bahasa

MATLAMAT
  • Melahirkan murid yang mahir berbahasa Melayu, Inggeris dan Arab.
OBJEKTIF
  • Memantapkan penguasaan bahasa dalam bidang interpersonal, maklumat, dan estetika.
  • Mencungkil bakat murid melalui aktiviti yang dijalankan.
  • Memupuk semangat ingin menguasai lebih daripada satu bahasa.
PENGISIAN MINGGU BAHASA
Bahasa Melayu
  • Bahas Ala Parlimen (5C, 5B, 4C, 4B)
  • Pidato (Ting. 1-3)
  • Mendeklamasi Sajak (Terbuka)
  • Menulis Esei (Ting. 4 & 5)
Bahasa Inggeris
  • Essay Writing (Ting. 4 & 5)
  • Story Telling (Ting 1-3)
  • Public Speaking (Ting. 1-3)
  • Spell-It-Right (Terbuka)
  • Newscasting (Ting. 4 & 5)
  • Quiz (Terbuka)
Bahasa Arab
  • Teka Silang Kata (1C)
  • Mengarang (3C)
  • Hafaz Tasrif (2C, 2B)

    Ucapan Ketua Bidang Bahasa, Pn Wan Shukriah
    bt Wan Mohamad
    Ucapan perasmian oleh Tuan Pengetua
    Persembahan Choral Speaking oleh murid Tingkatan 2
    Deklamasi sajak oleh Mohd Aizad Hafiz b Abd Rahman
    (5 Etika)
    Persembahan Kalam Jama`ie oleh murid Tingkatan
    1 Cendekia
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai sebarang aktiviti sepanjang minggu bahasa, penyertaan anda amatlah dialu-alukan. Sila berjumpa dengan guru yang terbabit seperti yang tertera dalam jadual aktiviti Bulan Bahasa yang diedarkan ke kelas-kelas. Hadiah dan sijil penyertaan pasti ada disediakan untuk tempat pertama, kedua dan ketiga.

Saturday, 24 March 2012

Larian Merentas Desa kali ke-11

Kejohanan Merentas Desa (atau Taman?) merupakan aktiviti tahunan yang diadakan pada setiap tahun bagi memupuk semangat kesukanan dalam diri pelajar sekolah. Selain itu, pelajar sekolah dapat menguji serta meningkatkan lagi ketahanan mental dan fizikal yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian, selaras dengan moto sukan sekolah `Akademik Diutamakan Sukan Dimantapkan' dalam melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik dan juga kokurikulum pada peringkat tertinggi.

Apa-apa hal pun, kenalah buat regangan dulu....
 
1, 2, 3... MULA!
Lari! Laju lagi...
Lari dan lari dan lari
Check in...
Ada yang masuk lumba jalan kaki...aje!

Hakim penamat
Statistik/pencatat

Penyampaian hadiah kemenangan oleh Tuan Pengetua
Keputusan kejohanan:
  1. Johan - Temenggung
  2. Naib Johan - Bendahara
  3. Ketiga - Laksamana
  4. Keempat - Syahbandar

Wednesday, 21 March 2012

Keputusan SPM 2011

Kejayaan tidak akan datang tanpa disiplin, azam dan usaha yang berterusan. Itulah resepi kejayaan jaguh bola sepak dunia, David Beckham seperti yang dinyatakan dalam buku teks Bahasa Inggeris Tingkatan 5 (Bab 1). Resepi ini pasti juga turut dikongsi oleh semua calon yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 yang diumumkan pagi tadi. Tahniah diucapkan kepada mereka ini yang telah berjaya mengharumkan nama sendiri dan juga nama sekolah. 

Alhamdulillah... Gred Purata Sekolah (GPS) telah meningkat kepada 4.01 daripada 4.92 pada tahun 2010 (semakin rendah nilai GPS semakin tinggi nilai pencapaiannya). Keputusan SPM kali ini merupakan yang terbaik sepanjang penubuhan SMK Bukit Rangin daripada tahun 2001. Menduduki tempat ke-10 dalam daerah Kuantan, dengan pencapaian cemerlang kelulusan 100% bagi subjek Bahasa Melayu,  telah melayakkan kelulusan keseluruhan 100% (kejayaan yang pernah diperolehi pada tahun 2009). Kelulusan 100% turut dicapai oleh subjek Sains. Ucapan tahniah juga perlu diucapkan kepada semua guru yang telah terlibat mengajar calon-calon Tingkatan 5 tahun 2011 kerana bersama-sama bertungkus-lumus memberikan yang terbaik untuk mereka. Ini terbukti dengan kenaikan GPS bagi semua subjek yang diambil.
Ahmad Razin dan ibu bapa

Siti Hajar dan bapa

Mohd Hamizan dan ibu bapa

Athirah dan ibu 
Seramai 57 orang calon  memperolehi keputusan cemerlang 5A ke 9A (paling ramai dalam sejarah!) dan daripada jumlah itu, seramai 4 orang calon telah memperolehi keputusan 9A penuh iaitu Ahmad Razin bin Ruzaini (bekas Ketua Murid), Siti Hajar bt Zuhri (bekas Penolong Ketua Murid),  Mohd Hamizan bin Mohd Najib (Pengawas) dan Athirah bt Zakaria (Pengawas Pusat Sumber). Dengan keputusan cemerlang yang diperolehi mereka ini telah membuktikan bahawa tugasan sampingan sebagai pengawas (Sekolah atau Pusat Sumber) sebenarnya bukanlah penghalang kepada kejayaan malah merupakan cabaran untuk menguatkan lagi semangat untuk berjaya. Orang putih kata, "If you fail to plan, you plan to fail." Tentunya mereka yang berjawatan dan sibuk ini bijak merancang dan membahagikan masa antara tugasan dan pelajaran. Syabas! Moga kejayaan kamu akan merangsang semangat calon-calon SPM tahun ini untuk mengekalkan kejayaan atau mencipta yang lebih baik. Ucapan tahniah juga kepada ibu bapa yang turut sama memastikan kejayaan anak-anak dengan dorongan dan kasih sayang yang diberikan. Semoga kecemerlangan sentiasa mengiringi SMK Bukit Rangin!

Calon cemerlang 7A - 9A SPM 2011

Thursday, 15 March 2012

Perhimpunan Isnin 19 Mac 2012

Perhimpunan pada hari Isnin 19 Mac 2012 akan diadakan seperti biasa di Dewan Bitara SMK Bukit Rangin. Manakala perhimpunan Kokurikulum pada hari Rabu 21 Mac 2012 di batalkan dan akan diadakan pada 28 Mac depan. Ini berikutan keputusan peperiksaan SPM 2011 akan diumumkan pada Rabu 21 Mac 2012. Pihak sekolah perlu membuat beberapa persediaan kepada para calon sebelum slip peperiksaan dikeluarkan termasuklah fail peribadi, sijil-sijil dan beberapa dokumen lain yang berkaitan.

Saturday, 3 March 2012

Mesyuarat PIBG kali ke-11

Persembahan nasyid oleh kumpulan Soutun Nasihah

Ucapan dan laporan Tuan Pengetua

Ucapan perasmian oleh YDP PIBG, En. Omran

Barisan AJK PIBG lama




Barisan AJK PIBG baharu


Jamuan ringan

Mesyuarat PIBG kali ke-11 hari ini berakhir dengan keputusan untuk menaikkan jumlah yuran PIBG ke RM 50.00 daripada RM 20.00 sebelum ini memandangkan peningkatan belanjawan sekolah yang agak besar. Semua ahli PIBG yang hadir bersetuju sebulat suara dengan keputusan ini dan mengharapkan dapat membantu pihak sekolah untuk melaksanakan program-program yang dirancang demi kebaikan bersama terutamanya anak-anak.

Manakala Jawatankuasa baru bagi sesi 2012/13 pula masih mengekalkan pucuk pimpinan lama iaitu Encik Omran bin Mohd Ali bersama barisan ahli jawatankuasa (AJK) ibu bapa yang kebanyakannya orang lama. Hanya ada dua orang sahaja AJK baharu yang dilantik iaitu Encik Sharif dan Encik Fawzi. Tahniah kepada semua AJK yang terpilih walaupun ada yang cuba untuk berundur kerana kekangan kerjaya masing-masing. Terima kasih juga kerana masih sudi untuk meneruskan khidmat sebagai AJK PIBG walaupun berat. Ibarat kata orang tua lama, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul bebanan. Walau bagaimanapun, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Sama-samalah kita berusaha untuk sesuatu yang terbaik, semoga Allah sentiasa bersama kita. Amin!

Thursday, 1 March 2012

Amalan Guru Penyayang

Tahniah kepada para guru yang telah berjaya datang ke sekolah seawal jam 6.40 pagi lagi untuk menjayakan program amalan Guru Penyayang hari ini. Tuan Pengetua adalah antara yang terawal sampai. Beliau turut bersama-sama guru-guru penolong kanan dan guru-guru menyambut kehadiran murid-murid ke sekolah dengan ucapan `Assalamualaikum', `Selamat Datang', `Selamat Belajar', dan `Dah makan atau belum'. Ada juga guru yang menghadiahkan snek Cloud 9 untuk 100 orang murid pertama yang hadir ke sekolah. Yang dapat tu sememangnya bertuah!

Sebenarnya program ini bertujuan untuk membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. [sumber: Surat siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.4 Tahun 2012]








Hakikatnya, tidak ada guru yang mahu anak muridnya jatuh atau gagal. Biarpun kasih sayang tidak dizahirkan secara total, namun teguran yang sering diberikan merupakan sebahagian daripada sikap ambil berat guru-guru terhadap anak-anak didiknya. Pujukan saja tidak cukup sekiranya tidak disulami dengan teguran. Teguran untuk mendidik supaya tidak alpa atau lalai. Biar hati dan jiwanya kental, tidak mudah goyah dengan cabaran dan dugaan.  Jauh di hati kecil sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak ini. Bukankah marah itu tandanya sayang!