MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Wednesday 11 March 2015

TAKLIMAT NILAM

Dipengerusikan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Abdul Razak dan disampaikan oleh Peyelaras PSS, Pn Sapura bt Mat Zali. Dihadiri oleh AJK PSS, guru-guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. 

Antara perkara-perkara yang dibincangkan dalam taklimat:
  1. Merekod Data NILAM
  2. Resensi Buku
  3. Rekod Bacaan Guru
  4. Tokoh Nilam






Sunday 8 March 2015

MATHS WORKSHOP CHALLENGE @ IIUM

6 students represented BRASS for Maths Workshop Challenge which was held at the International Islamic University Malaysia, Indera Mahkota Kuantan. They were being prepared for the Kangaroo Maths Test which will be held soon. Special thanks to Cikgu Siti Khadijah for supervising the students there.  So Good Luck guys!!!

Fatimah Alia (5B) represented BRASS for the certificates

One of the lecturers

Lucky and happy faces





Saturday 7 March 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-14/2015

Mesyuarat dirasmikan oleh En. Airulamri b Amran, Pengurus Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang. Semua usul yang dibahaskan mendapat persetujuan majoriti dan akan dilaksanakan selepas surat rasmi diedarkan kepada ibu bapa/penjaga. Manakala, En. Wan Fauzi b Wan Mohd, bekas Naib Yang DiPertua PIBG telah dilantik sebagai Yang DiPertua dengan undi majoriti kerana prestasi dan komitmen yang sangat baik sepanjang sesi 2014/15.

Ucapan Pengetua, Tn Hj Abdul Razak b Ahmad

Perasmi, En. Airulamri b Amran

Pembentangan Laporan Kewangan 2014 oleh Bendahari PIBG, Pn Rahayati bt Salleh


Pembahasan usul oleh ibu bapa

Pembahasan usul

Tuesday 3 March 2015

Keputusan SPM 2014

TAHNIAH
kepada calon SPM BRASS yang memperolehi kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2014 yang diumumkan hari ini. BRASS masih lagi mengekalkan kedudukan yang ke-9 dalam senarai 10  sekolah terbaik daerah Kuantan.  BRASS masih juga berjaya sebagai Sekolah Harian Terbaik Pahang dengan GPS 4.09.

Kepada yang kurang cemerlang atau kurang berjaya, jangan putus harapan. Peluang untuk anda masih terbuka luas. It's not  the end of the world.  Banyak institusi-institusi pengajian dalam negara kita dengan pelbagai jurusan untuk anda pilih. Ramai individu yang terkenal seperti Albert Einstein dan Bill Gates yang tidak habis pengajian di universiti tetapi masih tetap berjaya. Apa yang penting KEMAHUAN untuk berjaya tanpa rasa putus asa. Anda pasti BOLEH!  


Antara 3 orang calon terbaik,  Muhd Faisal Izzuddin b Suris
dengan keputusan 9A


Calon terbaik,  Norshahirah Roslan dengan keputusan 9A




Monday 2 March 2015

LAWATAN PENANDA ARAS BADAN PENGAWAS SMK BUKIT SAGU & SMK SERI DAMAI


Ucapan Aluan Pengerusi, En Nazli b Mahmud, GPK HEM BRASS


Taklimat Badan Pengwas BRASS disampaikan oleh Pn. Zarina Aziz

Tambahan maklumat Badan Pengawas BRASS oleh Pn Rahayati Salleh

Perkongsian dari Guru Penasihat Badan Pengawas SMK Seri Damai, Pn Salawati

Perkongsian oleh Pen. Ketua Pengawas BRASS, Fatimah Alia
 
Perkongsian oleh Ketua Pengawas SMK Bukit Sagu


Perkongsian oleh Ketua Pengawas SMK Seri Damai


Bersama Guru Penasihat Badan Pengawas SMK Bukit Sagu, Pn Zulhizan

Bersama Guru Penasihat SMK Seri Damai, Pn Salawati

Munajat ex-Students Brass 2014


Alhamdulillah , Bekas Student 2014 (SPM) selesai menyempurnakan Bacaan Mathurat , Solat Maghrib Berjemaah , Solat Sunat Hajat , Bacaan Yassin serta Tahlil , Solat Isyak Berjemaah dan diakhiri Jamuan makan . 

Sebagai Hamba Allah swt kita yang memerlukan Allah swt , bukan Allah swt yg memerlukan kita sebab Allah swt hendak tengok mana HambaNya yang sering kali bermunajat , berdoa kepadaNya. 

Sebahagian Pelajar Mewakili Semua Pelajar-Pelajar SPM 2014 berdoa kepada Allah swt agar keputusan SPM 2014 yang akan diumumkan esok cemerlang dan dapat membanggakan guru-guru dan juga ibu bapa. 

Akhir kata apa yang berlaku pada hari esok adalah penentu segalanya, sama ada yang Cemerlang mahupun tidak beberapa cemerlang tak usah bersedih kerana Allah swt tahu tahap kita sampai mana

...

Semoga Semua Pelajar SPM 2014
Cemerlang,Gemilang Dan Terbilang