MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Monday 29 December 2014

Majlis Pendaftaran Tingkatan 1 2015

Pendaftaran Murid Tingkatan 1 bagi tahun 2015 berjalan seperti yang dijadualkan walaupun agak perlahan kerana cuaca buruk. Pendaftaran bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang di Bilik Seminar A untuk semakan maklumat peribadi murid dan seterusnya di Dewan Bitara untuk pendaftaran murid.

Semakan maklumat di Bilik Seminar A




Pendaftaran murid di Dewan Bitara






Pembelian buku di Koperasi




Taklimat kepada ibu bapa terpaksa ditangguhkan berikutan hujan lebat dan kebanyakan ibu bapa dan para guru pula bimbangkan kemungkinan banjir akan berlaku di kediaman masing-masing. Seramai 60 orang murid tidak hadir untuk pendaftaran, berkemungkinan kerana mendapat tawaran belajar di sekolah agama atau sekolah lain dan faktor cuaca. Ada juga sebahagian penduduk sekitar yang terpaksa berpindah kerana banjir seperti Kg Bukit Rangin, Kg Cendering, dan Kg Permatang Badak. Sehingga hari ini, terdapat amaran berpindah daripada Jabatan Penerangan Kuantan kepada penduduk sekitar Sg Isap kerana diramalkan berlaku hujan lebat dan akan mengakibatkan banjir.

Berikut adalah statistik pendaftaran murid Tingkatan 1 hari ini:

SEKOLAH
HADIR
TIDAK HADIR
SK SG ISAP
62
27
SK PERMATANG BADAK
49
8
SK BUKIT RANGIN
23
12
LAIN-LAIN SEKOLAH
38
13
JUMLAH
KESELURUHAN
172
60

*Terima kasih kepada semua ibu bapa/penjaga yang hadir untuk pendaftaran.
*Terima kasih juga kepada barisan pentadbir dan guru-guru yang terlibat dalam pendaftaran ketika keadaan cuaca yang tidak menentu.
*Terima kasih kepada semua pengawas sekolah yang terlibat membantu pengurusan pendaftaran.

Semoga keadaan cuaca di Kuantan dan Malaysia bertambah baik. Semuanya datang daripada ALLAH dan kepada-Nya ia kembali. Aamiin.


Tuesday 23 December 2014

Mesyuarat Guru 1/2015


Mesyuarat Guru kali pertama bagi sesi 2015 bermula pada jam 8.30 pagi.  Tuan Pengetua,  Tuan Haji Abdul Razak memulakan mesyuarat  dengan pelbagai isu,  antaranya:
  1. Tagline KPM 2015 : Strong Implementation Rapid Execution. 
  2. Tagline BRASS : Pioneering Generation Leaders. 
  3. Meningkatkan rasa kemanusiaan dalam kalangan murid. 
  4. Menggalakkan budaya sapaan, memberi laluan dan kebersihan dalam kalangan murid. 
  5. Segala keputusan mestilah melalui pengetua. 
  6. GPS SPM 2015: 3.30. LMS : 100%.
  7. GPS Akhir Tahun Tingkatan 4 : 3.75. LMS : 100%.
  8. PT3 2015 : 30% Cemerlang, 45% Kepujian ,  15% Baik.
  9. Geografi,  Sejarah,  Lisan BMBI : 100% Gred A dan B. 
  10. PBS : 100% Band 1 - 3, 90% Band 4 - 6.
  11. Psikometrik Ting.  1 & 3 : Cemerlang. 
  12. PAJSK : 80% markah di Tingkatan 3.
  13. BRASS mencapai Band 2 - 1.
  14. Tiada GAGAL Literasi dan Numerasi. 
  15. BRASS mencapai kecemerlangan kokurikulum di peringkat daerah,  negeri dan kebangsaan. 
  16. Kehadiran murid tidak kurang daripada 90%.
  17. Defisit salah laku murid-murid. 
  18. RCA (Root Cause Analysis) - digunakan untuk menyelesaikan masalah PdP. 
  19. Minit Curai - Guru-guru mesti menulis dalam borang di pejabat dan lapor kepada pihak yang berkenaan selepas setiap mesyuarat @ bengkel @ taklimat di luar sekolah. 
  20. Pembelian barang mesti dengan kebenaran Pengetua dengan disertai Sebut Harga dan Nota Minta. 
  21. Buku Rancangan Mengajar ditulis setiap hari dan dihantar hari Jumaat. 
  22. Program Guru Penyayang - semua guru akan terlibat  pada hari pertama setiap awal bulan. 
  23. Kehadiran murid 100% awal (sebelum 7.20 pagi) dan balik selepas 2.45 petang. 
  24. Fail PPB (Perkembangan Profesionalisme Berterusan) - setiap guru dan panitia/SU Unit akan dapat fail yang akan diletakkan di Bilik Dokumentasi. 
  25. Kunci perlu didaftarkan jika pegang pendua. 
  26. Relief - tiada guru yang terkecuali.
  27. Foyer/ruang hadapan -  tidak dibenarkan meletak kenderaan di kawasan ini.
  28. Laporan program mesti siap 2 minggu selepas program. 4 item asas yang diperlukan: a) Kertas kerja   b) Pamflet   c) Laporan Hari Kejadian    d) Gambar 
  29. Bilik-bilik khas digunakan untuk peningkatan PdP sahaja. 
  30. Bilik darjah disusun mengikut susunan Abad 21.
  31. Tingkatkan hubungan luar -PIBG @agensi luar.
  32. Buku Kedatangan Murid mesti seragam dan sentiasa dikemaskini.
  33. Perhimpunan rasmi - semua guru wajib hadir dan memakai blazer.
Mesyuarat kemudian berhenti rehat selama 30 minit dan bersambung lagi untuk memberi ruang kepada PK Kurikulum, PK HEM dan PK Kokurikulum memberi taklimat tentang organisasi baru unit masing-masing bagi tahun 2015.


Mesyuarat berakhir pada lebih kurang jam 1.30 petang. 

🏤 Dengan kerjasama semua, visi kita akan tercapai. Insya Allah...
Selamat Bekerja! 👍

Monday 22 December 2014

Hari Pelaporan PT3 2014

Keputusan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan menyenaraikan hanya 7 orang sahaja calon BRASS yang berjaya memperolehi keputusan Semua A bagi semua subjek, iaitu 10@11A. Bagaimanapun, ianya adalah sesuatu yang membanggakan memandangkan format PT3 ini adalah suatu yang baharu. Tahniah kepada mereka yang berjaya. Tidak kurang pula yang mendapat keputusan yang ala kadar saja dan pastilah ada juga yang sangat teruk. 











PT3 tidak boleh dibandingkan dengan PMR. Kedua-duanya sangat berbeza. Ternyata PT3 adalah lebih sukar kerana soalannya berbentuk struktur dan memerlukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi untuk menjawab sebahagian soalan-soalan yang dikemukakan. Tidak ada langsung soalan objektif sepertimana kebiasaan di mana ada calon boleh 'main tembak' saja! Soalannya jauh berbeza dengan PMR. Calon perlu pandai menerangkan situasi dengan memberi alasan-alasan yang munasabah dalam jawapan. Calon perlu menulis sendiri ayat untuk menjawab, bukan lagi boleh pilih saja seperti sebelum ini. PT3 benar-benar menguji kefahaman dan kemampuan berfikir murid-murid. PT3 benar-benar memerlukan kematangan berfikir murid-murid untuk memberikan hujah-hujah yang bernas. 

Grednya pula adalah gred sekolah kerana penilaian ini adalah berasaskan sekolah. Jadi, tidak mustahillah keputusan keseluruhan calon PT3 di sekolah ini, bahkan di seluruh negara, menurun, tetapi lebih berkualiti. Cuma mungkin pelaksanaannya agak segera, dengan persediaan mental yang agak sedikit, maka  beginilah hasilnya. Tetapi pengalaman tahun ini pasti akan merubah prestasi pada tahun hadapan. Calon-calon lebih bersedia, guru-guru dan ibu bapa pula sudah memahami pelaksanaan dan strategi dengan lebih jelas dan jitu. Maka, insyaAllah hasilnya nanti pasti lebih baik dan akan membuatkan ramai calon, guru malahan ibu bapa akan tersenyum lebar. Itulah yang diharapkan. ✌

Wednesday 10 December 2014

Hari Pelaporan PBS Ting. 3

Perhatian kepada ibu bapa/penjaga murid Ting. 3.

Hari Pelaporan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Ting. 3 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
  • Tarikh   : 22 Disember 2014 (Isnin)
  • Masa      : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
  • Tempat : Dewan Bitara BRASS

CALON TING. 3 dikehendaki hadir untuk mengambil pelaporan pada WAKTU yang tersebut di atas dengan memakai uniform sekolah. 

Murid yang ingin memohon SBP atau institusi lain, sila dapatkan komponen selain PT3 daripada pihak sekolah.

Sekian.
PENGETUA

Monday 1 December 2014

Anugerah 5 Bintang untuk PSS BRASS

Alhamdulillah Tabarakallah...
Segala usaha akhirnya berhasil.
Tahniah kepada JK PSS yang diterajui oleh Pn Sapura bt Mat Zali sebagai Guru Perpustakaan dan Media yang telah menjalankan amanah yang diberikan dengan jayanya.
Tahniah dan Syabas!