MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Friday 31 December 2010

Takwim 2011

JANUARI
1hb    Cuti Tahun Baru 2011
3hb    Program Orientasi Tingkatan 1 & 4
4hb    Program Orientasi Tingkatan 1 & 4
            Pendaftaran Kokurikulum
            Mesyuarat PKKP HEM 1
5hb    Program Orientasi Tingkatan 1 & 4
            Agihan SPBT Tingkatan 4
            Mesyuarat PKKP Kokurikulum 1
6hb    Program Orientasi Tingkatan 1
            Mesyuarat J/K Pengelola Sukan Sekolah
7hb    Program Orientasi Tingkatan 1
            Agihan  SPBT Tingkatan 1
            Mesyuarat Rumah Sukan
            Bacaan Yaasin Perdana
10hb  Taklimat Disiplin
            Suntikan HPV (murid perempuan Tingkatan 2)
11hb  Pengurusan Kad 001
            Taklimat Jadual Kedatangan
            Latihan Merentas Desa
15hb  Program Bubur Asyura
17hb  Perhimpunan Kokurikulum
18hb  Mesyuarat Agung Persatuan/Kelab
19hb  Mesyuarat Agung Unit Beruniform
20hb  Mesyuarat Agung Kelab Sukan
            Pengeluaran Wang Biasiswa 1 (20-27/01/2011)
21hb  Perjumpaan Tingkatan 5
24hb  Taklimat Insurans Takaful
26hb  Motivasi Tingkatan 3
27hb  Taklimat Pemantapan Pengurusan Kokurikulum
28hb  Bacaan Yaasin & Solat Hajat Tingkatan 5
29hb  Merentas Desa
31hb  Taklimat Keselamatan Pergi Balik Sekolah (lalu lintas)

FEBRUARI
1hb    Kemahiran Belajar Tingkatan 5
3hb    Tahun Baru Cina
4hb    Tahun Baru Cina
7hb    Pelancaran Polisi Sekolah Selamat
          Suntikan HPV (murid perempuan Tingkatan 1)
8hb    Kemahiran Belajar Tingkatan 3
11hb  Kursus Imam Muda 2
12hb  Kursus Imam Muda 2
14hb  Taklimat Latihan Mengosongkan Bangunan
15hb  Maulidur Rasul
16hb  Sambutan Maulidur Rasul
17hb  Sesi Insaf Diri 1
18hb  Program Semarak Kasih (Akhlak Mulia)
21hb  Perhimpunan Kokurikulum
22hb  Akujanji penerima biasiswa
23hb  Karnival Pendidikan Islam
24hb  Program Motivasi Tingkatan 1 & 2
          Taklimat saringan penglihatan
25hb  Bacaan Yaasin & Solat hajat Tingkatan 4
26hb  Raptai Kejohanan Olahraga
27hb  Kejohanan Olahraga

MAC
1hb    Kemahiran belajar Tingkatan 1
5hb    Kursus Asas AJK Persatuan/Kelab
7hb    Pelancaran Bulan Bahasa
8hb    Mesyuarat ALK Koperasi 1
9hb    Perjumpaan Excel group
12hb  Cuti Pertengahan Penggal
21hb  Ops Motosikal & Basikal
          Perhimpunan Kokurikulum
22hb  Program motivasi Tingkatan 4
23hb  Ceramah Gigi
24hb  Sesi Insaf Diri 2
25hb  Bacaan Yaasin & Solat Hajat Tingkatan 3
          Majlis Permuafakatan PERHATI
26hb  Kursus Asas Kawad Kaki (Guru)
28hb  Ceramah Anti Rokok dan Dadah
29hb  Ujian Air Kencing

APRIL
1hb    Kem Kepimpinan
4hb    Pelancaran Bulan Sains & Teknologi
5hb    Program Awal Remaja
11hb  Minggu PPDa (11-15hb)
12hb  Mesyuarat PKKP HEM 2
14hb  Kursus Pemantapan Solat
15hb  Kursus Pemantapan Solat
          Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform
17hb  Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform
18hb  Perhimpunan Kokurikulum
18hb  Sesi penggambaran Paradigma bermula
19hb  Perjumpaan murid `high risk'
21hb  Kursus Asas PRS
          Sesi Insaf Diri 3
26hb  Sesi Mentor-Mentee
          Liga Bola Sepak
28hb  Ceramah motivasi biasiswa BSM/BKP
29hb  Solat Hajat Tingkatan 2

MEI
1hb    Cuti Hari Pekerja
2hb    Ceramah Kesihatan (Pengurusan Tekanan)
3hb    Liga Bola Baling
4hb    Kemahiran Belajar Tingkatan 5
5hb    Mesyuarat PKKP Kokurikulum 2
10hb  Liga Bola Jaring
11hb  Suntikan HTT Tingkatan 3 (11-13hb)
12hb  Pertandingan Puisi dan Lagu Daerah Kuantan
13hb  Lawatan Keinsafan (Lalu lintas)
16hb  Hari Guru
18hb  Kemahiran Belajar Tingkatan 3
19hb  Sesi Insaf Diri 4
27hb  Bacaan Yaasin & Solat Hajat Ting.1
28hb  Cuti Pertengahan Tahun (28/5-12/6)

JUN
14hb  Liga Sepak Takraw
15hb  Program motivasi Ting.5
          Pengeluaran wang biasiswa 2 (15-22hb)
          Mesyuarat PKKP Kokurikulum 3
16hb  Lawatan Kerjaya
20hb  Seminar PMR
21hb  Mesyuarat ALK Koperasi 2
22hb  Liga Badminton
23hb  Sesi Insaf Diri 5
24hb  Bacaan Yaasin & Solat Hajat Ting.5
27hb  Watikah Pelantikan Pengawas
          Liga Bola Keranjang
28hb  Program Remaja Perkasa
29hb  Hari Koperasi Sekolah

JULAI
1hb    Ceramah Isra' Mi'raj
4hb    Ops Motosikal & Basikal
          Seminar SPM
5hb    Mesyuarat PKKP HEM 3
          Liga Catur
12hb  Kemahiran Belajar Ting.1
13hb  Pertandingan Memasak
15hb  Kursus Pengurusan Jenazah
19hb  Kemahiran Belajar Ting.2
20hb  Pertandingan Gubahan Buah-buahan
25hb  Ceramah Keselamatan Jalan raya
29hb  Perkongsian Bestari Excel
          Bacaan Yaasin & Solat Hajat Ting.4

Tuesday 28 December 2010

Kata Pengantar Fokus 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semoga Allah memberi kita kekuatan menurut kehendak-Nya melalui jalan Rasulullah s.a.w. serta para sahabat dan yang mengikuti mereka sehinggalah kita dipanggil menghadapi Allah s.w.t.

"Wahai guru, jaga tingkah lakumu kerana mata anakku melihat kepadamu."
Khalifah Islam

"Remember that in the eyes of the community, you are a professional all of the time, 
even away from school."
Edward Gardner,
Guru, 36 tahun pengalaman

Sahabat sekalian,
Khalayak pendidikan sedang menatang dan meneliti NKRA, Prasekolah, LINUS, SBT, New Deal, SIP, MBMMBI, 1Murid 1Sukan dan jenama-jenama lain produk pendidikan semasa. Transformasi yang dikehendaki oleh kerajaan telah, sedang dan akan kita dokong melalui perancangan dasar dan pelaksanaan di bawah kementerian yang penting ini.

Semua itu akan bertumpu balik kepada diri setiap individu bergelar guru di barisan hadapan (battle ground). Kitalah pejuangnya!

Maka, saya seru agar kita sama-sama kembali kepada asas (back to basic) guru yang semestinya menjaga dan mencermin diri melalui dua petikan pertama di atas. Kita mesti profesional dan kekal selamanya demikian. 24712365!

Antara sebab kewujudan (reason of existence) sekolah kita adalah untuk menyediakan peluang pendidikan kepada murid. Sewajarnya peluang tersebut adalah yang terbaik untuk mereka. Juga patut menjadi kenangan terindah dalam hidup mereka. Maka kita mesti kreatif dan inovatif.

"Start by letting them know that you care.
Your actions and concern for their success speak volumes."
Dawn Carroll
Guru, 10 tahun pengalaman

Yang akan lebih indah nanti apabila kita menerima bonus amanah, usaha atau ibadat keguruan dan kecikguan di akhirat.

Rakan sekalian,
Kita sudah pun menerima bonus pujian dan penghargaan (dunia) awal menjelang 2011 ini melalui keputusan PMR 2010  yang  meningkat kualiti dan kuantitinya. Syabas dan terima kasih atas usaha semua guru! Itulah sebahagian bukti kerja kita yang tak terpadam.

Keputusan juga SPM 2010 akan muncul nanti untuk menjadi kayu ukur keberkesanan sistem penyampaian sekolah kita.

Yakinlah yang SMKBR berupaya mencipta lebih banyak kejayaan dan kenangan indah jika kita sentiasa bersikap reflektif dan memberi tumpuan kepada proses dalam mendapatkan hasilnya (outcome). Proses Pembelajaran dan Pengajaran adalah fokusnya! Pembelajaran murid didahulukan dan sudah tentu akan memerlukan pembelajaran guru dipertingkat.

"Kita perlukan guru yang cemerlang bagi membentuk pelajar cemerlang.
Tidak mungkin kita dapat menghasilkan pelajar kelas pertama
dengan guru kelas ketiga."
Profesor Emeritus Dr. Khoo Kay Kim

"Don't be afraid to share, but don't forget to listen."
 Melinda Cumming
Guru, 6 tahun pengalaman

Mari sama-sama kita usahakan seperti yang seronok kita nyanyikan dalam lagu SMKBR. Mari kita terus bertawakal kepada Allah agar diberkati dan diredhai.

Terima kasih atas segala sumbangan selama ini dan yang akan datang.
Salam kecemrlangan dunia dan akhirat.

Untuk Renungan Di Jalan Perjuangan SMKBR 2011

Guru mesti menerima hakikat bahawa:
Setiap murid adalah amanah Allah,
Setiap murid unik,
Murid tidak boleh diberi kebebasan 100%,
Murid aset keluarga yang paling berharga,
Murid tidak suka adanya pilih kasih,
Murid perlu iklim sekolah harmonis,
Murid ingin diberikan kepercayaan,
Murid ingin dihormati,
Murid tidak suka dibanding-bandingkan,
Murid tidak suka kritikan berlebihan,
Murid belajar lebih baik jika disiplin kelas terkawal,
Murid suka dipuji.

Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus
Pegetua SMK Bukit Rangin

Tuesday 14 December 2010

Mesyuarat Guru kali Pertama

Peringatan buat guru-guru. Bimbang juga terlupa sebab dah lama cuti. Mesyuarat Guru kali pertama bagi tahun persekolahan 2011 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

          Tarikh   :    27 Disember 2010
          Masa        :    8.30 pagi
          Tempat  :    Bilik Gerakan

Pendaftaran Murid Tingkatan 1 2011

Pendaftaran Tingkatan 1 bagi tahun 2011 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

         Tarikh  :  31 Disember 2010 (Jumaat)
         Masa       :  8.30 pagi
         Tempat :  Dewan Bitara SMK Bukit Rangin

Dokumen-dokumen yang perlu dibawa untuk pendaftaran ialah:
1.    Surat tawaran asal dan 1 salinan fotostat
2.    Surat Kelahiran asal dan 1 salinan fotostat
3.    1 salinan Kad Pengenalan murid / Kad Pengenalan sementara
4.    1 salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa / Penjaga
5.    1 salinan slip gaji terakhir ibu dan bapa / penjaga
6.    Slip keputusan UPSR 2010 dan 1 salinan fotostat yang disahkan
7.    Rekod Kesihatan Murid (dari sekolah asal)
8.    4 keping gambar murid berukuran pasport dalam pakaian seragam sekolah
9.    Surat akuan doktor (jika menghidapi penyakit kronik)
10.  Borang Maklumat Murid yang telah dilengkapkan
11.  Pas kebenaran belajar (jika warga asing)

Selamat Datang ke SMK Bukit Rangin!
Welcome to SMK Bukit Rangin!
Ahlan wa Sahlan ila SMK Bukit Rangin!

Sunday 28 November 2010

Salam Takziah

28 Nov 2010. Cubit peha kanan, peha kiri juga terasa. Begitulah ibaratnya apa yang boleh dikatakan kepada warga SMK Bukit Rangin yang turut bersimpati dengan Puan Aini binti Razik (Ketua Bidang Sains & Matematik) dan keluarga kerana pemergian suami tercinta, Encik Mohmad Sidik bin Hussin, ke rahmatullah pada pagi ini kerana penyakit barah yang dideritai sekian lama. Kami mendoakan semoga roh Encik Mohmad Sidik dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. dan semoga termasuk dalam kalangan roh orang-orang yang beriman. Takziah diucapkan kepada Puan Aini dan keluarga, semoga sabar dan tabah menghadapi kehilangan insan yang tercinta. Sesungguhnya daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya kita kembali. Al-Fatihah.

Tuesday 23 November 2010

Selamat Berjuang!

23 Nov 2010. Bermula daripada hari ini sehingga 16 Disember 2010, pastinya calon SPM tidak senang duduk mengingatkan kertas-kertas peperiksaan yang akan dijawab. Ibarat kata pepatah; makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Walau bagaimanapun, bagi yang bersedia dari awal tentunya boleh bernafas lega. Begitulah seelok-eloknya, ibarat kata orang tua-tua dulu, sediakan payung sebelum hujan. Bukannya dah hujung-hujung baru nak buka buku. Orang Putih kata, don't wait till the eleventh hour! Orang Melayu kita juga ada kata, jangan dah terantuk baru nak tengadah! Memang cari padah. Nanti menyesal tak sudah. Kalau tak faham peribahasa-peribahasa yang ada dalam catatan ini, silalah rujuk guru bahasa masing-masing. Ilmu tu....

Selamat menghadapi peperiksaan kepada semua calon SPM 2010. Anda akan dapat daripada apa yang telah anda usahakan, insya Allah.

Jadual SPM 2010

Sunday 21 November 2010

Hari Raya Aidiladha

17 Nov 2010

Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha."
(Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.”
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H!!!

[Sumber dipetik daripada Wikipedia (sebuah ensiklopedia bebas)]

Tuesday 16 November 2010

Salam Akhir Pn. Azhariah

15 Nov 2010. Sempena dengan persaraan Puan Azhariah bt Hussain, mantan Pengetua SMK Bukit Rangin (2001-2007), beliau dibawa melawat ke sekolah-sekolah yang pernah beliau berkhidmat sepanjang tempoh menjadi guru di sekitar bandar Kuantan. Lawatan diiringi oleh murid-murid dan pengurusan pentadbiran SMK Sultan Abu Bakar, tempat beliau bertugas sekarang, dengan menaiki bas sekolah tersebut. Antara sekolah-sekolah yang dilawati ialah SMK Bukit Rangin, SMK Air Putih, SMK Alor Akar dan SMK Saint Thomas.
       Terima kasih kita ucapkan kepada Puan Azhariah kerana sudi singgah di SMK Bukit Rangin dan Selamat Maju Jaya diucapkan.
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat.


PSK di Pantai Sepat

13 Nov 2010. Sepertimana tahun sebelumnya, Panitia Sivik & Kewarganegaraan sekali lagi melaksanakan program komunitinya di Pantai Sepat bersama-sama murid Tingkatan 3 dan 4. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah pertandingan mengutip sampah antara kumpulan, barbeque dan sukan pantai. Program tamat sekitar jam 12.15 tengah hari.

Click to play this Smilebox collage
Create your own collage - Powered by Smilebox
Collage generated with Smilebox

Wednesday 10 November 2010

Guru SMK Bukit Rangin 2010

Duduk dari kiri: En. Shahril, En. Mohd Puzi, En. Mohd Nazim, En. Hazit, Pn. Marina (KB Vokasional & Teknologi), Pn. Aini (KB Sains & Matematik), Pn. Haniliza (PK Pentadbiran), Tn Hj Abdul Rahim (Pengetua),  En. Mohd Nasri (PK HEM), En. Rosli (PK Kokurikulum), En. Azhar, Pn. Norhasimah (KB Kemanusiaan), Pn. Wan Shukriah (KB Bahasa), Pn Zakiah Malek & Pn. Noor Azmah.

Berdiri barisan 1 dari kiri: Pn. Siti Nurasyikin, Pn. Siti Zaleha, Pn. Norita, Pn. Zaharah, Pn. Wan Azimah, Pn. Zainab, Pn. Khairiyah, Pn. Zanariah, Pn. Azlina, Pn. Saadiah, Cik Nurhuzairah, Pn. Umbi Kalthum, Pn. Zahuara, Pn. Wan Norizan, Pn. Ezatul Irada, Pn. Zakiah Abdul Kadir, Pn. Norazizah, Pn. Khalijah, Pn. Rohaya, Pn. Sapura, Datin Wan Mahani & Pn. Samsiah.

Berdiri barisan 2 dari kiri: Pn. Noor Azizawati, Pn. Nurhusna, Pn. Norhasmah, Pn. Rosaliza, Pn. Norashida, Pn. Noryusnita, Cik Wan Azlia, Cik Izni Syarinaz, Pn. Zarina, Cik Nursabariha, Cik Tan Sue Yee, Cik Suhailyzai, Cik Nur Liyana, Pn. Nur Rahishah, Pn. Noor Aida, Pn. Norkamalizan & Pn. Rosmarina.

Barisan belakang dari kiri: En. Mohd Jasmin, En. Mat Nawawi, En. Mohd Yusuf, Pn. Sharifah Ruthpa'aiyah, Pn. Zuraida, Pn. Nagyah, Pn. Asiah, Pn. Suzana, Pn. Zurina, Pn. Juhaida, Pn. Siti Khadijah, Pn. Puteri Azirah, En. Firdaus & En. Rohaizad.

Program Membaca 1Malaysia

8 Nov 2010.  Kali ini, murid-murid Tingkatan 3 membaca beramai-ramai pula di Dewan Bitara SMKBR sebagai memenuhi program pasca-PMR 2010. Seronok pula bila tengok mereka membaca beramai-ramai begitu. Memang berfaedah betul dan sangat bertepatan dengan suruhan Allah s.w.t yang menyuruh umat-Nya membaca kerana membaca merupakan pintu segala ilmu. Lebih menarik bila beberapa orang peserta dipilih secara rawak untuk bercakap tentang apa yang telah mereka baca. Idea yang sangat bernas dan terima kasih kepada pihak Pusat Sumber Sekolah untuk program sebegini.
Click to play this Smilebox collage
Create your own collage - Powered by Smilebox
Picture collage personalized with Smilebox

Sunday 7 November 2010

PetroSains Street Smart

Walaupun hanya memenangi tempat ke-3 dalam pertandingan Cabaran PMR anjuran PetroSains, tetapi ia sesuatu yang sangat mengujakan apabila SMK Bukit Rangin merupakan satu-satunya wakil tunggal daerah Kuantan. Tahniah kepada para pemenang kerana telah membawa balik hadiah wang tunai RM 200.00, barangan XPlorasi Kedai PetroSains dan 40 keping tiket ke PetroSains, The Discovery Centre.
             Dalam pertandingan tersebut, para peserta ditugaskan untuk membuat model basikal berukuran 30 x 25 diameter dengan menggunakan bahan-bahan seperti mounting board, lidi, roda, gunting dan pisau di samping mengaplikasikan unsur-unsur fizik. Baguslah anak-anak. Sebenarnya, setiap orang ada potensi diri masing-masing, cuma tinggal untuk digilapkan, bukan saja gunanya untuk diri sendiri tetapi ada manfaatnya untuk orang lain. Dapat juga pahala, insyaAllah. Jadi, gunakan potensi yang ada dan jangan sia-siakan.

Pemenang:
1.  Muhd Shakir (3 Bestari)
2.  Syed Muhd Ikhwan (3 Bestari)
3.  Nazimul Afiq (3 Bestari)
4.  Muhd Naiemuddin (3 Terampil)


Lawatan ke Kuala Gandah

28 Okt 2010.  Lagi program pasca PMR. Murid-murid Tingkatan 3 dibawa melawat ke tempat pemuliharaan gajah di Kuala Gandah, Lanchang Pahang. Terima kasih kepada Syed Mohd Yusuf (3 Jati Diri) atas sumbangan gambar-gambar!
Click to play this Smilebox collage
Create your own collage - Powered by Smilebox
Free digital collage created with Smilebox

Mengecat

Program wajib saban tahun. Memang masa yang sangat sesuai. Murid Tingkatan 3 dapat menggunakan masa yang ada selepas PMR untuk kegiatan yang sangat berfaedah untuk sekolah. Sekolah jadi cantik dalam masa yang singkat kerana tenaga kerja yang ramai. Dari jauh lagi pagar sekolah yang dulunya nampak kusam dan luntur sudah naik serinya sekarang. Syabas kepada Puan Rahayati dan Puan Noor Aida yang menjadi tonggak team mengecat. Ramai juga guru-guru lain yang turun padang membantu. Teruskan!!!

Click to play this Smilebox collage
Create your own collage - Powered by Smilebox
Free collage personalized with Smilebox

Lawatan Koperasi ke Kuala Lumpur

24 Okt 2010. Lawatan selama 2 hari satu malam itu bergerak meninggalkan Bukit Rangin pada jam 7.40 pagi dari perkarangan SMK Bukit Rangin. Semuanya kelihatan OK kecuali satu perkara yang kurang menyenangkan; bas! Kami diberi Bas Sekolah yang agak uzur dan hapak. Berbagai usikan dan komen lucu didengari di kalangan guru-guru tentang bas yang kami naiki.
           Nak dijadikan cerita, sesampai kami di R&R Temerloh, kami pun berhenti untuk sarapan selama 30 minit. Perut memang dah sangat berkeroncong waktu itu ditambah pula dengan `gegaran' bas tadi. Selesai sahaja sarapan, kami dikejutkan pula dengan makluman pemandu bas bahawa perjalanan kami tidak boleh diteruskan dengan bas itu kerana tayarnya yang tidak sempurna. Maka tersadailah kami di R&R tersebut selama 2 jam. Ya Allah! Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mendengar. Mungkin kerana kasihankan keluhan kami, dengan takdir Allah datanglah bas ekspress yang `tegap' dan wangi lagi! Wawee!!! Sukanya kami. Syukur kepada Allah. Lihat sajalah gambar-gambar di bawah. Macam program make overlah pulak!
Sebelum...
Selepas...

Kami tiba di Kuala Lumpur lewat 2 jam daripada masa yang sepatutnya. Destinasi yang pertama kami tuju ialah Aquaria KLCC yang berkeluasan 60,000 kaki persegi. Rombongan kami diberikan tiket diskaun berharga RM 18 seorang. Murah berbanding dengan harga biasa, RM 25 ke atas! Semua ahli rombongan dibawa meneroka ke Pusat Pembelajaran (Educational Centre) Aquaria. Banyak yang kami pelajari tentang binatang dan habitat masing-masing seperti belangkas, gamat, memerang dan ular. Tempat yang paling seronok ialah ketika melalui terowong marin. Banyak betul hidupan laut yang dapat disaksikan di situ termasuklah shark, pari yang sangat besar dan penyu leatherback, spesis penyu yang terbesar. Sayangnya kami tak dibenarkan mengambil gambar atau video di situ. Jadi, gambar-gambar yang dipaparkan di sini hanyalah gambar-gambar di sekitar ruang pameran.
Click to play this Smilebox collage
Create your own collage - Powered by Smilebox
This free digital collage made with Smilebox

Malam itu pula kami ke Taman MICT, sebuah taman yang dilimpahi cahaya neon yang bergemerlapan kerana pokok-pokok dan beberapa arca binatang seperti burung merak, gajah dan dinasour dibina dengan menggunakan mentol-mentol neon pelbagai warna. Mata kami terpesona dengan pemandangan di situ kerana kekreatifan ilham yang dihasilkan sehingga mewujudkan satu lagi destinasi pelancongan negara. Jadi, jangan lepaskan peluang melawat Taman MICT sekiranya ke Kuala Lumpur tetapi harus diingatkan untuk pergi pada waktu malam sahaja kerana keindahannya hanya dinikmati pada waktu itu sahaja.
Click to play this Smilebox collage
Keesokan harinya selepas sarapan pagi di belakang bangunan Wisma Belia tempat kami menginap, kami dijadualkan melawat Pusat Sains. Menariknya di situ apabila murid-murid dan guru-guru dapat menyaksikan kaedah-kaedah sains yang dipelajari di sekolah diadaptasikan ke dalam arca-arca yang direka khas. Di situ juga terdapat terowong marin seperti yang terdapat di Aquaria KLCC tetapi lebih pendek dan terhad. Murid-murid juga dapat bermain dengan peralatan-peralatan yang berunsurkan sains yang disediakan di situ.  
              Selepas itu, rombongan kami bergerak ke Muzium Negara, sebuah tempat yang begitu klasik dan lama tetapi menyimpan sejarah negara yang tidak ternilai harganya. Murid-murid dan guru dapat menyaksikan rakaman sejarah negara daripada zaman purba hingga ke sekarang.
              Satu lagi tempat menarik yang kami singgah ialah Istana Budaya, sebuah tempat yang begitu gah dan terkenal namanya di kalangan orang teater. Di situlah pementasan teater seperti `Puteri Gunung Ledang' dan `Tun Dr Mahathir' pernah dipentaskan. Tempatnya menarik dan kami sebenarnya begitu bertuah pada hari itu berpeluang ke Istana Budaya kerana memenuhi jemputan Encik Saleh, suami Puan Noor Azizawati untuk menikmati hidangan tengahari di situ. Terima kasih! Kami juga mengambil kesempatan untuk menunaikan solat jamak-qasar Zuhur dan Asar di musolla Istana Budaya. Memang selesa dan kondusif sekali tempatnya.
Click to play this Smilebox collage
Kalau ke Kuala Lumpur tidak lengkap sekiranya tidak bershopping. Maka acara kami yang terakhir sebelum pulang ialah membeli belah di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Sogo. Banyak juga yang dibeli kerana kebetulan pula sale sempena Deepavali.
          Kami bertolak pulang ke Kuantan kira-kira jam 7 petang. Terima kasih kepada pihak Koperasi SMK Bukit Rangin yang telah menaja perjalanan selama 2 hari itu dan semoga untung bertambah lagi di tahun-tahun yang akan datang.

Thursday 21 October 2010

Penilaian Kokurikulum

21 Okt 2010. Penilaian Kokurikulum diadakan untuk menilai tahap pencapaian murid-murid dalam bidang kokurikulum dengan nilai 10 peratus. Salah satu objektif yang dinyatakan oleh pihak Kementerian Pelajaran ialah membantu Jabatan Pengurusan IPT dalam membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke institusi-institusi pengajian tinggi. Penilaian ini sangat berguna terutamanya kepada murid Tingkatan 3 yang ingin memohon kemasukan ke MRSM di Tingkatan 4 dan juga murid Tingkatan 5 yang ingin memohon kemasukan ke IPTA. 10% itu sangat tinggi nilainya di saat itu kerana persaingan yang sangat hebat di kalangan pemohon-pemohon IPTA. Guru-guru juga nampaknya lebih bersemangat ketika membuat penilaian tahun ini ditambah pula dengan adanya PPAKS; suatu sistem penilaian berkomputer yang sangat baik dan membantu memudahkan kerja-kerja penilaian oleh guru-guru. Terima kasih kepada Unit Kokurikulum kerana mengambil tindakan yang proaktif dalam membantu meningkatkan mutu kerja guru-guru dan sistem penilaian kokurikulum SMK Bukit Rangin.





LabbaikAllahummalabbaik!

19 Okt 2010. Kita ucapkan Selamat Pergi dan Selamat Kembali kepada Puan Haniliza bt Sulaiman, GPK Pentadbiran yang pergi menyahut seruan Allah untuk menunaikan fardu haji di Makkatul Mukarramah. Beliau akan berada di Tanah Suci Mekah selama lebih kurang 40 hari. Bermakna beliau akan hanya kembali ke sekolah pada awal Disember. Marilah kita bersama mendoakan agar beliau mendapat haji yang mabrur, Insya Allah!!!

Sunday 10 October 2010

Jamuan Hari Raya Aidilfitri

5 Okt 2010
Kantin SMK Bukit Rangin
8.00 - 9.30 malam

Click to play this Smilebox photo album
Create your own photo album - Powered by Smilebox
Photo album made with Smilebox

Titisan Ilmu PMR

1 Okt 2010.
Dewan Bitara SMK Bukit Rangin.

Click to play this Smilebox collage
Create your own collage - Powered by Smilebox
Create a free collage

Nadwah Kepimpinan Pengawas 2010

1-3 Okt 2010. Akhirnya terlaksana juga apa yang dirancang walaupun dah tertangguh beberapa bulan (daripada bulan April). Alhamdulillah, dengan kerjasama seramai lebih kurang 45 orang guru sebagai AJK dan Fasilitator, maka tahun ini sekali lagi Badan Pengawas berkumpul di Taman Pertanian untuk bersama-sama peserta yang seramai 75 orang.
           Kali ini, Badan Pengawas hanya meletakkan Pengawas Tingkatan 1, 2 dan 4 sebagai sasaran kerana tidak mahu mengganggu pengawas Tingkatan 3 dan 5 yang sedang bertungkus lumus berjuang untuk menghadapi peperiksaan. Biarlah mereka tu fokus hanya pada peperiksaan. Walau bagaimanapun, ada juga di kalangan AJK Induk Badan Pengawas yang terdiri daripada Pengawas Tingkatan 5 yang sudi datang untuk memeriahkan suasana. Terima kasih. Mereka ni sebenarnya bersemangat nak ikut serta tapi keadaan tidak mengizinkan. Semoga kalian sukses dalam PMR dan SPM yang bakal menjelang yeee....
           Nadwah Kepimpinan Pengawas sebenarnya sama saja dengan Kem Kepimpinan Pengawas. Perkataan `Nadwah' tu bermaksud `Kursus' dalam Bahasa Melayu. Bersesuaian dengan namanya yang Islamik, maka pengisian kali ini agak berlainan daripada biasa, iaitu lebih banyak pengisian dari segi kepimpinan dan rohani. Kita tidak mengadakan aktiviti lasak kerana itulah kelainan program kali ini. Tetapi kita lebihkan aktiviti rohani yang jarang kali kita laksanakan dalam kalangan peserta kem kepimpinan sebelum-sebelum ini. Ada antara para peserta yang belum pernah merasa Qiamullail, maka kali ini mereka sudah terpaksa bangun sekitar jam 4.00 pagi untuk solat-solat sunat seperti Tahajud, Hajat, Taubat, Tasbih dan Witir. Program pada kali ini juga boleh dikatakan istimewa kerana modul Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dirancang dan dibentuk sendiri oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Abdul Rahim dengan bantuan para fasilitator-fasilitator yang ada. Ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua kerana komitmen 100% yang diberikan semasa kursus. Terima kasih juga kepada GPK HEM, En. Mohammad Nasri yang telah memberi kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi serta rakan-rakan guru yang telah menghabiskan banyak masa mengendalikan program ini walaupun dalam kesibukan menanda kertas peperiksaan Percubaan SPM. Terima kasih! Syukran! Thank you so and very much!
            Ada juga fasilitator yang mengatakan bahawa program kali ini sangat relaks dan tidak meletihkan. Sememangnya program kali ini dirancang sedemikian rupa agar tidak sama dengan program yang pernah diadakan sebelum ini. Lagipun tujuan program itu diadakan untuk mengumpul para peserta pada satu masa di luar kawasan dan jauh daripada suasana sekolah. Peserta ingin diberi kesedaran tentang teamwork dan jati diri sebagai pemimpin pelajar, tentang tanggungjawab mereka yang mereka pegang. Maka disebabkan itulah program ini dirancang sebegini; penglibatan peserta dan fasilitator dalam kursus yang tidak meletihkan tetapi lebih dari segi pengisian. Sebab itulah peserta-peserta yang disasarkan ditegaskan untuk hadir mengikuti setiap program yang dianjurkan supaya mendapat pengalaman dan pengisian yang berbeza-beza, bukannya stereo-type!
             Diharapkan para peserta tidak lupa akan apa yang dipelajari ketika Nadwah. Hayati dan amalkan apa yang telah dikutip sepanjang mengikuti program tempoh hari. Jangan jadi pokok yang rendang tapi tidak berbuah tetapi jadilah seperti pokok kelapa yang banyak gunanya.
             Jumpa lagi di program yang akan datang!!!
Click to play this Smilebox photo album
Click to play this Smilebox photo album
Click to play this Smilebox collage
Click to play this Smilebox collage
Click to play this Smilebox photo album
Click to play this Smilebox photo album

Lagu tema Nadwah Kepimpinan Pengawas 2010, `Insya Allah' nyanyian Maher Zain.

Click to play this Smilebox photo album
Create your own photo album - Powered by Smilebox
This photo album generated with Smilebox

Monday 20 September 2010

Peperiksaan Percubaan SPM

20 September 2010. Demam peperiksaan bermula lagi. Mungkin kali ini lebih hebat dan lebih berat kerana ianya SPM. Satu peperiksaan yang bakal memberi kesan kepada ramai calon. Ia seperti satu titik permulaan (turning point) atau perubahan dalam hidup kerana peperiksaan ini akan menentukan sama ada anda akan terus bersekolah di Tingkatan 6 ataupun melangkah ke institusi yang lebih tinggi ataupun bekerja ataupun `bersara' terus .
           Hari ini, peperiksaan percubaan SPM bermula dengan Kertas Bahasa Melayu 1 & 2, kertas teras yang maha penting dan paling memberi kesan kepada sijil dan masa depan. Gagal kertas tersebut bermakna gagal keseluruhan peperiksaan itu. Gagal subjek Bahasa Melayu bermakna sukarlah langkah seterusnya. Impian ke menara gading akan hancur. Kerja mungkin sukar kerana sijil tak laku. Nak tak nak terpaksa ambil kertas Julai pulak untuk baiki keputusan. Pendek kata, begitulah besarnya peranan Bahasa Melayu bagi calon SPM.
           Kepada calon-calon semua, buatlah yang terbaik dan usahakan untuk lulus cemerlang dalam Bahasa Melayu atau sekurang-kurangnya kredit supaya anda tidak menghadapi masalah di kemudian hari. Kalau lulus saja pun (tidak kredit), kemungkinan anda tidak akan dinaikkan pangkat apabila bekerja kelak. Begitu juga dengan subjek Bahasa Inggeris, juga tak kurang pentingnya. Kalau tak lulus atau tak kredit, rasa-rasanya tidak ada universiti yang akan menerima permohonan anda. Sesuailah dengan labelnya sebagai bahasa antarabangsa, maka sektor pekerjaan di luar sana pun sangat mementingkan kemahiran ini. Fikir-fikirkanlah!!! 
            Selamat menghadapi peperiksaan kepada semua murid Tingkatan 5 SMK Bukit Rangin. Teruskan usaha sehingga ke titisan peluh yang terakhir. Jangan cepat berpuas hati dengan apa yang telah anda buat. Ingat... Allah akan balas atas apa yang telah kita lakukan!

Thursday 9 September 2010

Majlis Khatam Al-Qur'an

3 September 2010. Dewan Bitara. Seramai 20 orang murid laki-laki memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Qur'an daripada Juz `Ammaa yang diketuai oleh Ketua Murid, Saudara Ahmad Razin bin Ruzaini. Majlis ini diadakan sebagai menandakan kesyukuran tamatnya bacaan al-Qur'an secara bertadarus sempena bulan Ramadhan yang mulia. Panitia Pendidikan Islam juga membuat inisiatif untuk menayangkan ayat-ayat suci yang dibaca bersama maknanya sekali bagi membolehkan para hadirin bersama-sama membaca dan menghayati bacaan. Para peserta kemudiaannya diberi sedikit hadiah penghargaan yang disampaikan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus.