MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Friday 31 October 2014

Tazkirah Ma'al Hijrah


Dalam tazkirah Ma'al Hijrah yang disampaikan oleh PK HEM, Ustaz Nazli b Mahmud, beliau mengingatkan para pelajar dan guru-guru untuk berhijrah dalam mengerjakan amal ibadat terutamanya solat. Solat merupakan tiang agama dan wajib atau mesti ditunaikan walau dalam keadaan apa sekalipun. Meninggalkannya merupakan dosa besar dan balasannya adalah api neraka. Solat merupakan satu cara untuk menzahirkan kesyukuran  dan tanda kehambaan kita kepada Allah swt.

Nota Tambahan
Banyak kajian sains membuktikan kebaikan solat.

1. Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas – Aktiviti Otot
  • gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
  • solat sama seperti terapi fizikal yang menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. 

2. Ng Siew Chok – Isyarat Otak
  • Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang (berdiri seketika sebelum sujud).
  • keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
  • menyediakan otak untuk  sesuatu cabaran.

3. Dr Fatimah Ibrahim – Komposisi Tubuh
  • Komposisi tubuh mengandungi 4 komponen utama tubuh iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. 
  • Komposisi tubuh penting untuk menilai status pelbagai penyakit kritikal seperti Aids, denggi dan sebagainya.
  • Dalam solat komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan 5 perkara:
         a)  solat lima kali sehari
         b)  memahami maksud bacaan dalam solat
         c) solat berjemaah
         d) rukuk dengan betul (90 darjah) 
         e) melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahiyat akhir. 
  • orang yang tidak melakukan 5 perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik. 
  • orang yang bersolat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
  • Tubuh manusia seperti bateri. Sentuhan bahu ke bahu dalam solat berjamaah akan mengalir cas seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
  • cas positif akan meneutralkan cas negatif yang ada pada orang letih.
  • posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. 
  • solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk.
  • kadar denyutan paling rendah ketika sujud dan lebih baik berbanding ketika baring. 

4. Prof Dr Moh Sholeh - kajian solat tahajud. 
  • imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. 
  • boleh merawat barah. 

5. Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, 
  • posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

6. Professor Fizik di Amerika Syarikat
  • bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.
  • solat Subuh 2 rakaat kerana cas masih positif. Setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih rakaat seperti Zuhur dan Asar untuk lebih banyak pertukaran cas. 
  • menggunakan tenaga. solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat kerana selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak.
  • solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail). 

Renungan
Sebenarnya dah banyak kajian membuktikan kebaikan solat. Tapi kita tidak perlulah nak tunggu hasil kajian baru rasa teruja nak bersolat. Kerana suruhan bersolat ini bukannya datang dari makhluk hatta Rasulullah saw sekalipun. Tetapi ianya datang dari Allah  swt yang tak mintak apa-apa pun rezeki dari kita, malah Dialah yang memberi rezeki kepada kita. Siapalah kita jika nak dibandingkan dengan Allah, Tuhan Pencipta Alam. Kita hidup ni pun atas ihsan-Nya! Tepuk dada tanyalah iman. Di manakah letaknya diri kita?  


Wednesday 29 October 2014

Projek Khidmat Masyarakat Masjid Othman al-Affan Bukit Rangin


Projek Khidmat Masyarakat ini melibatkan seramai 40 orang pelajar Tingkatan 3 Arif dan 3 Terampil dengan iringan beberapa orang guru. Program ini adalah program wajib tahunan Rukunegara dan Kewarganegaraan. Para peserta berjalan kaki (pergi dan balik) dari sekolah ke masjid yang jaraknya hanya hanya 200 meter. Syabas dan tahniah kepada para peserta kerana menyempurnakan tugasan dengan jayanya.

Setiausaha masjid, Haji Abdul Aziz merasa sangat gembira dengan kehadiran para pelajar dan guru-guru untuk program tersebut dan mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Beliau turut mempelawa mana-mana pelajar untuk untuk menyertai kerja amal masjid tersebut pada Sabtu ini.












Penyampaian sumbangan berupa terompah untuk kegunaan para jemaah.


Buat baik dibalas baik. Biar sebesar zarah sekalipun tapi besar nilainya di sisi Allah swt.
Semoga amal jariah para peserta menjadi bekalan hingga ke akhirat. BarakalLahu fikum!!!

Tuesday 28 October 2014

Majlis Titisan Ilmu SPM


Bacaan doa


Ucapan Pengerusi Majlis, En Mohd Nazir

Ucapan Ketua Murid, Mohd Faisal Izzuddin

Ucapan Guru Sejarah, Pn Norkamalizan

Ucapan Guru Fizik, Pn Asiah

Ucapan Naib Yang DiPertua PIBG, En Wan Fawzi

Ucapan Guru Kaunselor, Pn Norhayati

Ucapan Guru Penyelaras Ting. 5, Pn Nur Rahishah

Ucapan Guru Ekonomi Asas, Pn Zahuara




Ucapan Pengetua, Tn Hj Abd Razak


Monday 27 October 2014

Solat Hajat SPM





Tazkirah oleh Ust Rozeli dari SEMSAS

Ucapan Pengetua, Tn Hj Abdul Razak



Monolog oleh Penyelaras Program,
Pn Sharifah Ruthpa'aiyah


Monday 20 October 2014

MAJLIS GRADUASI SMK BUKIT RANGIN (BRASS)


Bermula tahun 2012, Majlis Graduasi diadakan sebagai menghargai pelajar-pelajar tingkatan 5 yang
akan menghabiskan fasa pendidikan peringkat sekolah
menengah yang berlangsung selama lima tahun, Majlis ini juga sebagai salah satu usaha pihak sekolah dan PIBG untuk memberi suntikan motivasi kepada kumpulan ini agar lebih bersemangat untuk menghadapi peperiksaan SPM yang bakal menjelang tiba.

Diharap usaha murni ini dapat dimanfaatkan
ke arah kecemerlangan pendidikan yang berterusan
di SMK Bukit Rangin (BRASS),
kini dan selamanya.

Anugerah dan sijil disampaikan oleh YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Pahang, Dato' Haji Ishak b Haji Muhammad, SIMP., DASP., DIMP., AMP., PKC., PPN. Terima kasih Dato' atas kesudian untuk hadir sebagai Canselor Majlis Graduasi kali ke-3.




Perarakan Besar Masuk Dewan






Pasukan Koir Sekolah untuk Lagu Graduasi,
"Menggenggam Dunia'




Pembukaan  Sidang oleh PK Pentadbiran,
Pn Haniliza Sulaiman

Pengumuman Pembukaan Sidang

Ucapan Tuan Pengetua,
Tuan Haji Abdul Razak b Ahmad

YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Pahang,
Dato' Haji Ishak b Haji Muhammad, SIMP., DASP., DIMP., AMP., PKC., PPN.

Penyelaras Tingkatan 5, Pn Nur Rahishah bt Abdul Rahim
(Ketua Bidang Bahasa)

Ibu bapa



Tetamu Jemputan



Pasukan Gamelan Sekolah

Penyampaian Anugerah dan Sijil


Choral Speaking




Penyelaras Program, Pn Sh. Ruthpa'aiyah Sy Yahya

Guru Kelas 5 Dedikasi, Pn Siti Zaliha Mamat

Perarakan Besar Kelur Dewan