MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Wednesday 15 July 2020

HARI PERSEKOLAHAN 15 JULAI 2020 DALAM NORMA BAHARU

Hari ini sekolah mula dibuka kepada semua murid Tingkatan 1, 2, 3 & 4. Murid-murid telah dimaklumkan terlebih dahulu tentang beberapa peraturan baharu dan jadual waktu baharu di sekolah melalui aplikasi Whatsapp kelas oleh Guru Kelas masing-masing. Semua murid diwajibkan memakai pelitup muka dan mencuci tangan apabila sampai saja di sekolah. Walaupun keadaan agak terkawal sekarang, dan tiada jangkitan baharu di negeri Pahang, tetapi SOP yang ditetapkan kerajaan wajib diikuti untuk kebaikan bersama. Semua orang perlu berjaga-jaga kerana sebenarnya virus Corona tetap ada di mana-mana dan vaksin belum lagi ditemui buat masa ini. Seperti kata pepatah Inggeris; Prevention is better than cure (mencegah lebih baik dari mengubati). 

Tuan Eric Tan Kean Hee, Pegawai Perhubungan Polis Sekolah bersama pegawainya dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan En. Zamzuriadi bin Shamsuddin, Yang DiPertua PIBG juga turut hadir menyambut kehadiran murid-murid ini seawal jam 7.00 pagi. Murid-murid ini diimbas suhu badan dan dinyahkuman menggunakan cecair pembasmi kuman yang disediakan. Murid akan ditahan sebentar sekiranya suhu badan kurang daripada 35*C atau melebihi 37*C sebelum diambil suhu semula. Ramai murid yang kurang daripada 35*C kerana terkena angin sejuk ketika menunggang motor atau aircond dalam kereta. Biasanya suhu badan kembali normal selepas beberapa minit. Tidak ramai pula murid yang melebihi 37*C. Kalau ada mereka akan ditahan di Bilik Isolasi dan dijaga oleh guru yang telah ditetapkan. Begitulah keadaannya kehadiran murid pada setiap pagi sehingga keadaan kembali terkawal dan bebas dari Covid-19. 













Kemudian murid-murid terus masuk ke kelas dan duduk di tempat yang telah disediakan dan tidak boleh megubah tempat sesuka hati. Penjarakan yang ditetapkan ialah 'bahu ke bahu' atau dalam jarak 1 meter antara satu sama lain. Kedudukan murid ini ditetapkan dalam pelan kelas yang dibuat oleh Guru Kelas dan ditampal dalam kelas untuk rujukan. Kebiasaannya penjarakan begini hanya berlaku ketika ujian atau peperiksaan sahaja. Tetapi sekarang nampaknya murid-murid perlu membiasakan diri belajar dalam keadaan ini.






Promosi minda sihat/ isu pergaulan lelaki perempuan dan pemakluman jadual pergerakan pelajar untuk waktu rehat dan waktu balik sekolah


Murid-murid akan rehat secara bergilir mengikut masa yang ditetapkan untuk mengekalkan penjarakan dan mengelakkan kesesakan di kantin. Murid akan keluar dengan ditemani oleh guru mata pelajaran semasa dan balik semula ke kelas setelah selesai mengambil dan membayar makanan yang siap berbungkus, dan makan dalam kelas di bawah pantauan guru mata pelajaran yang berikutnya. Murid dan guru tidak dibenarkan makan di kantin. Kebiasaannya tidak seorang murid pun dibenarkan makan dalam kelas, hatta untuk buat majlis pun tidak dibenarkan! Betul-betul norma baharu.

Pelan lantai kantin menunjukkan pergerakan masuk dan keluar murid.






Murid-murid dilepaskan balik ke rumah dalam keadaan bergilir untuk mengelakkan kesesakan. Jadual khas telah dikeluarkan sebagai panduan guru dan murid.



Saturday 11 July 2020

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SPM 2019 DALAM NORMA BAHARU

Majlis Anugerah Cemerlang untuk calon SPM 2019 diadakan dalam suasana norma baharu dengan dihadiri oleh Pentadbir dan calon-calon sahaja di Bilik Kaunseling. Majlis diadakan selama empat hari berturut-turut bermula Selasa hingga Jumaat (7 - 10 Julai 2020)  dalam dua sesi. Tahniah kepada calon yang terlibat. Semoga terus cemerlang dunia dan akhirat.





HARI: SELASA
MASA :  9-10 PAGI
NO NAMA KELAS KEPUTUSAN
1 NOR HUMAIRA BINTI AHMAD NASARUDDIN 5B 9A
2 ANNIS RADHIAH AZHARINA BINTI AZHARI 5B 9A
3 NOR NAJIHA BINTI MOHAMAD AZHAR 5B 9A
4 AISYAH SOLEHAH BINTI ARIFFIN 5B 9A
5 AHMAD AFIF RIDHAUDDIN BIN AHMAD ZAHAM 5B 9A
6 WAN HAMIZUL HAKIM BIN WAN BAKAR 5E 9A
7 NOR FITRI ROSSHALIDA BINTI ROSLAN 5E 9A

HARI: SELASA
MASA :  11-12 TENGAHARI
NO NAMA KELAS KEPUTUSAN
8 MUHAMMAD IQBAL BIN MOHD HALIMI 5E 8A
9 SITI KHAIRUNNISA BINTI AMINUDDIN 5E 8A
10 AHMAD KHAIRUDDIN BIN AHMAD RAMZAN 5E 8A
11 NORSUHAILAH SYAAZANA BINTI SALEHI 5E 8A
12 NUR ATHIRAH MAISARAH BINTI MOHD FARID 5E 8A
13 YASMIN AISHAH BINTI AHMAD KAMEL 5E 8A
14 FARID AMIRUL HISYAM BIN MUHAMMAD 5E 8A
15 NURUL SALLYZA BINTI MOHD FAISAL 5E 8A
16 NURUL NASREEN BINTI AHMAD RIZAL 5B 8A
17 NUR ALIF AZFAR BIN NOR AZIDIN 5T 8A
18 NUR SAKINAH HAYANI BINTI AMINUDDIN 5B 8A
19 NURSYAMIMI NAJWA BINTI KAMARUL ISAM 5T 8A

HARI: RABU
MASA :  9-10 PAGI
NO NAMA KELAS KEPUTUSAN
20 NUR AISYAH HANA BINTI FAKARUDIN 5B 8A
21 NUR ARINA BALQIS BINTI MOHD RAZUKI 5B 8A
22 NUR AMEERA HIDAYAH BINTI ROSLI 5I 8A
23 AISYAH SYAHIRAH BINTI ABDUL SYUKOR@ABDUL HISHAM 5B 8A
24 NUR FARIDAH BINTI BUCHARI 5I 8A
25 MUHAMAD AZIM FAHMIE BIN GHAZALI 5I 8A
26 MUHAMMAD ZULSYAHMY BIN ZAINULKHARIB 5I 8A
27 NUR HANIS SYAMIMI BINTI MOHD IBRAHIM 5I 8A
28 ADAM NAQIUDDIN BIN MOHD FITTERY 5I 8A
29 CHE WAN IQBAL AQIL BIN CHE WAN ZUHAINI 5B 8A
30 NUR ALIYA DHAMIRAH BINTI AZHAR 5I 8A
31 AHMAD AIMAN BIN ARIFIN 5I 8A

HARI: RABU
MASA :  11 - 12  TENGAHARI
NO NAMA KELAS KEPUTUSAN
32 DANIAL FARHAN BIN MD MUSTAPHA 5B 7A
33 SYASYA NUR ADLINA BINTI ZAIDI 5I 7A
34 AIMI NABILA BINTI AHMAD ZAMZURIE 5B 7A
35 AZUDIN BIN AZUWAN 5E 7A
36 AYU NADHIRAH BINTI ABDUL HASHIM 5I 7A
37 NURUN NAJMINA NAJWA BINTI ANUAR 5E 7A
38 NURIN AISYA BINTI MD AZAM 5E 7A
39 NURDARINA BINTI MUHAMMAD KHAIRUL 5E 7A
40 SITI MAIMUNAH BINTI MOHD YUSOF 5E 7A
41 NUR AIN SOFIEA BINTI JAMRI 5E 7A
42 SITI NURUL AMIRAH ADLINA BINTI SHEIKH MOHD ROSDI 5E 7A
43 AFIF HASAN BIN SUHAIMI 5T 7A
44 HAIQAL DANIAL BIN MOHD HELMI 5I 7A
45 NUR FARHATUL AMIRAH BINTI SHAMSULL ANUAR 5I 7A
46 PUTRI NAJWA BINTI SHA'ADON 5E 7A

HARI: KHAMIS
MASA :  9 - 10  PAGI
NO NAMA KELAS KEPUTUSAN
47 AINA BATRISYA BINTI ABDUL LATIF 5E 6A
48 ALYA KAUTHAR BINTI AZMAN  5C 6A
49 SAIYED HAFIZ BIN SAIYED ISMAIL 5T 6A
50 MUHAMMAD SYAWAL BIN AHMAD 5I 6A
51 SITI NUR AIN SALWANIE BINTI JAMALUDDIN 5C 6A
52 SYARIFAH AISYAH BINTI SYED MOHD BASHIRRON 5I 6A
53 HUMAYRA NOOR ZAFREINA BINTI HAZIDAN 5B 6A
54 NUR AZZYATI AMIRAH BINTI NOR AZAMI 5I 6A
55 AIMAN NAJWAN BIN ROZAIMAN 5I 6A
56 NUR SHARINA BINTI MD ASRI 5I 6A
57 ROSMAIDA AMIRA BINTI ISMAIL 5I 6A
58 MUHAMMAD AIZAT HAMIZAN BIN ZAILANI 5C 6A
59 AHMAD IKRIMAH BIN BADRUL HISHAM 5I 6A
60 WAN MOHAMAD SHAHIR BIN WAN MOHD SHUKRI 5I 6A
61 ADIB MUQSIT BIN ABDUL JAMIL 5I 6A
62 MUHAMMAD AZAMUDDIN BIN SHAHURI 5I 6A
63 MUHAMMAD AQHAR MUSTAQIM BIN MHD ASIKIN 5I 6A

HARI: KHAMIS
MASA :  11 - 12  TENGAHARI
NO NAMA KELAS KEPUTUSAN
64 AINA SYAFIQAH BINTI OTHMAN 5C 5A
65 AMESYA NAJWA BINTI ABDUL HALIM 5B 5A
66 IZZAH KHADIJAH BT SAIDI ALI 5C 5A
67 MUHAMMAD THORIQ BIN KAHAIRI 5B 5A
68 NURIN AISYAH BINTI MUHAMAD 5C 5A
69 NURLIANA  BINTI KHARUDDIN 5I 5A
70 NURIN KHAIRINA BINTI ALIAS 5C 5A
71 NUR NAJWA NAJIHAH BINTI MOHD ROSLAN 5T 5A
72 MUHAMMAD KHAIRUL NAIM BIN AZMAN 5E 5A
73 MUHAMMAD AMRI BIN ALIAS 5B 5A

Wednesday 1 July 2020

TARIKH PEMBUKAAN PENUH SEKOLAH

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan dalam sidang akhbar jam 4 petang tadi...


Sekolah akan memilih model pengoperasian yang disediakan oleh KPM yang sesuai dilaksanakan untuk menampung kehadiran murid seperti biasa dan murid boleh belajar dalam keadaan selamat dengan mengekalkan penjarakan sosial seperti yang disarankan.

Pihak sekolah akan memaklumkan tentang penjadualan waktu persekolahan yang baharu sebelum sekolah bermula.