MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Thursday 18 October 2012

Majlis Graduasi Kali Pertama



Setelah hampir 17 tahun murid-murid mengerah jasmani, emosi, rohani dan intelek dalam memastikan mereka berjaya dengan cemerlang dalam setiap peringkat kehidupan. Kini tiba masanya mereka merasai sedikit kemanisan dalam perjuangan mereka. Justeru program Majlis Graduasi yang julung-julung kali diadakan ini khas untuk murid-murid Tingkatan 5 pada tahun ini agar dapat meningkatkan kecemerlangan akademik dan dapat mencatat keputusan SPM yang baik dan menaikkan prestasi sekolah.

Anugerah Bitara Emas

 
NUR FARAHIYAH BT ABDUL GHANI
 
Tarikh lahir
10 Mac 1995
 
Pencapaian
UPSR - 5A (2007)
PMR - 9A (2010)
SPM - 9A (2012)
 
Hobi
Melayari internet dan membaca

Cita-cita
Pakar nutrisi pemakanan

 Penglibatan kokurikulum
Naib Pengerusi Kelab Pencegahan Jenayah, Ahli Kadet Polis dan Ahli Kelab Bola Baling
 
Tanggungjawab Kepimpinan
Bendahari Badan Pengawas Sekolah
 
IPT Pilihan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
 
Tokoh yang diminati
Tun Dr Mahathir bin Mohammad
 
Subjek kegemaran
Kimia, Biologi dan Bahasa Inggeris
 
Kekuatan
Fokus dalam kelas, rajin belajar dan menghormati guru
 
Moto
Where There Is a Will, There Is  A Way
 
Mengapa SMKBR menjadi pilihan
Kerana sekolah ini terletak berhampiran dengan tempat tinggal dan memudahkan ibu bapa  untuk menghantar ke sekolah. Guru-guru di SMKBR juga memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk murid-murid mereka. Sekolah ini juga merupakan di antara sekolah yang terbaik bukan sahaja di kawasan ini malah di Kuantan.


Wednesday 10 October 2012

Format baharu pentaksiran kertas Sejarah SPM

Mulai 2013, mata pelajaran Sejarah akan menjadi subjek wajib lulus sebagai syarat untuk layak mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain mata pelajaran Bahasa Melayu. Subjek Sejarah akan mula diperkenalkan dalam SPM Ulangan mulai tahun 2014. Format pentaksiran mata pelajaran Sejarah akan menggunakan sukatan pelajaran sedia ada bermula dari tahun 2013 sehingga 2017. Bermula SPM 2018, ia akan menggunakan sukatan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Mengikut format pentaksiran yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat pada April lalu, subjek Sejarah akan diuji dalam tiga kertas yang melibatkan soalan aneka pilihan, struktur dan esei serta tugasan. Kertas 1 mengandungi 40 soalan objektif yang perlu dijawab oleh calon dalam tempoh satu jam. Ia menyumbang 30 peratus daripada markah keseluruhan.

Manakala Kertas 2 pula merupakan soalan subjektif yang dibahagikan kepada Bahagian A untuk soalan berbentuk struktur dan Bahagian B untuk esei. Semua calon wajib menjawab empat soalan yang terdapat dalam Bahagian A. Sepuluh markah untuk setiap soalan. Bahagian B mengandungi tujuh soalan dan calon hanya perlu menjawab tiga soalan sahaja. Dua puluh markah untuk setiap soalan. Jumlah markah ialah 100 tetapi secara keseluruhan Kertas 2 menyumbang sebanyak 50 peratus. Tempoh ujian untuk Kertas 2 ialah selama dua jam setengah.
Kertas 3 yang merupakan soalan berbentuk tugasan menyumbang sebanyak 20 peratus daripada markah keseluruhan. Ujian bagi kertas ini dijalankan dalam tempoh tiga jam tetapi calon akan diberi tema atau tajuk umum sebulan lebih awal dari tarikh peperiksaan.

Tema/tajuk tugasan umum akan diberikan sebulan sebelum tarikh peperiksaan Kertas 3. Manakala tajuk tugasan khusus dan panduan menjawab Kertas 3 akan diberi pada hari peperiksaan. Dari segi aras kesukaran soalan, ia digubal sesuai dengan tahap pembelajaran Sejarah pelajar pada hujung tingkatan lima. Semua soalan dibina mengikut sukatan pelajaran tingkatan empat dan lima. Bagi kertas "Open Book Test" ini, pelajar boleh membawa masuk buku teks/bahan ilmiah untuk menjawab soalan dalam masa 3 jam. Pelajar boleh petik ayat daripada buku teks (intoto) untuk dapat markah (bahan bercetak yang relevan). Markah diberi berdasarkan pengenalan dan perkembangan isi mengikut format yang disediakan.
 
Konstruk untuk setiap soalan berbeza mengikut Kertas. Bagi Kertas 1, soalan menjurus kepada keupayaan mengingat, memahami dan menganalisis. Kertas 2 pula memerlukan pelajar mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan menjana idea. Tugasan dalam Kertas 3 pula bertujuan memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai, menjana idea dan nilai. [Sumber maklumat : Utusan Malaysia]
  
Contoh soalan Sejarah Kertas 3:
 
Tajuk Umum Tugas 
 
Tajuk 9.2 – Dasar British terhadap Ekonomi Negara dan Kesannya
 
(Merujuk tema 9 Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks Sejarah Tingkatan 4 Bab 10)
Berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:
i. Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku teks, buku ilmiah, akhbar, majalah, risalah, internet dan lain-lain.
 
ii. Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks, buku ilmiah dan bahan bercetak yang berkaitan  ke dalam bilik peperiksaan.
 
iii. Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan.

Format pemarkahan Kertas 3:

FORMAT
ASPEK/KONSTRUK
MARKAH
PENGENALAN
Memahami
5 Markah
ISI dan HURAIAN
Memahami
30 Markah
Menganalisis
15 Markah
Mengaplikasi
15 Markah
Menilai
10 Markah
Mencipta/ Menjana Idea
10 Markah
Nilai/ Iktibar/Patriotisme
10 Markah
KESIMPULAN
Merumus
5 Markah
JUMLAH MARKAH
100
 

Monday 1 October 2012

Kehadiran Cemerlang

Kejayaan seseorang murid selalu dikaitkan dengan pemahaman dan tumpuan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hampir semua murid cemerlang menyatakan bahawa rahsia utama kejayaan mereka adalah memberi fokus dan tumpuan semasa guru mengajar. Justeru, menghadirkan diri ke sekolah merupakan asas dalam menjayakan proses penyampaian ilmu kepada pelajar.  Murid yang hadir ke sekolah berpeluang memberi perhatian dan fokus semasa belajar dan sebaliknya murid yang tidak hadir tidak akan mendapat apa-apa. Kevin Paul (1996) menyatakan, “in every bad class there is something to be learned – but not if you aren’t there”. Di dalam Islam menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu amat besar pahalanya dan orang yang menghadirkan diri dalam majlis ilmu akan mendapat keampunan Allah. Malah apa yang lebih membimbangkan ialah murid yang tidak hadir ke sekolah atau ponteng sering pula terlibat dengan pelbagai masalah atau gejala sosial yang lain seperti melepak, mencuri, merokok, berpeleseran dan sebagainya. 
 
Sebagai galakan untuk murid hadir ke sekolah, Unit Hal Ehwal Murid SMKBR telah menganjurkan program Kehadiran Cemerlang bulan Ogos kepada seorang murid terbaik kehadiran dari setiap kelas. Diharapkan semua murid mengambil inisiatif untuk hadir ke sekolah setiap hari terutamanya kepada calon-calon peperiksaan kerana ini adalah persiapan terakhir sebelum ke medan `perjuangan'. Kerana setiap saat itu sangat berharga!
 
Sebahagian penerima hadiah Kehadiran Cemerlang
Senarai penerima hadiah Kehadiran Cemerlang:
 
Tingkatan 1
1C - Normashita bt Abdul Halim
1B - Maisara Aleanna bt Maso'od
1T - Nur Atirah bt Abu Bakar
1A - Zahirul Haq b Zawawi
1I  - Normashitah bt Madzlin
 
Tingkatan 2
2C - Emira Nurshahira bt Norzani
2B - Muhd Hafiq b Mohd Bekeri
2T - Nurul Amira Ashikin bt Syahzul Badry
2A - Mohd Amiruddin b Samat
2D - Afrina Syaqira bt Mohd Yusof
2I  - Nurzahidah bt Asmawi
2JD - Kama Saharil Izani b Sabaruddin
 

Anugerah Bitara Peperiksaan Percubaan PMR

Anugerah Bitara ini diadakan sebagai galakan dan penghargaan kepada calon-calon yang mendapat keputusan yang baik atau memberangsangkan dalam peperiksaan percubaan PMR yang
diadakan baru-baru ini.
 
Semua A (9A)
Nur Fadhlin Farhana bt M Faizal (kanan)
Nor Shahira bt Ramli (kiri)


  Lonjakan Saujana
Muhd Syamil Hafizin, Muhd Izzul Amir, Abdul Rais Taqwa,
Wan Mohd Fazli, Nur Humairah Husna & Nor Ainaa Nailah
 Tahniah dan semoga cemerlang dalam peperiksaan sebenar nanti!