MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Monday 6 August 2012

Keajaiban Al-Qur'an

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 185

    “ Bulan Ramadhan yang didalamnya diturunkan al Qur’an sebagai petunjuk bagi
      manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza “
.
Tarikh keramat 17 Ramadhan menjelma kembali. Maka sebagai umat yang diseru supaya menjadikan al Qur’an sebagai panduan hidup, marilah kita bersama-sama menyingkap rahsia-rahsia al Qur’an yang telah dibekalkan oleh Allah S.W.T.ini supaya kecintaan dan kesetiaan  kita terhadapnya bertambah subur, mekar mewangi.
Ayat di atas menerangkan tiga peranan al Qur’an kepada umat manusia iaitu sebagai petunjuk, penerangan kepada petunjuk dan sebagai pembeza iaitu membezakan antara yang hak dan batil.  Justeru itu, umat Islam wajib mendekati, membaca serta mengamalkannya sebagaimana para sahabat baginda serta golongan ulamak salafus soleh yang terdahulu.  Adakah kita tidak pernah menyusuri kehidupan mereka sehingga tidak mengetahui bagaimana pengamalan mereka terhadap al Qur’an?  Ya anakanda semua, di situlah silapnya kita, asyik mengikuti kehidupan idola yang bukan contoh terbaik tetapi tidak berminat mengetahui tentang al Qur’an..

Maka lihatlah tiga contoh teladan ini:  
  • Imam Abu Hanifah misalnya, dalam solat malamnya, beliau sering mengulang-ulang bacaan sesetengah ayat sampai 10 kali untuk menghayati maknanya sehingga beliau menangis teresak-esak.  Beliau telah mengkhatamkan al Qur’an pada setiap hari dan melakukannya sebanyak dua kali pada bulan Ramadhan.
  • Imam as Syafei pula, khatam al Qur’an juga pada setiap hari dan apabila sampai pada Surah al Mursalat ayat 15 – 26, tiba-tiba wajahnya berubah pucat, bulu romanya berdiri, badannya menggeletar dan beliau pengsan.
  • Imam Ahmad ibnu Hanbal, khatam al Qur’an pada setiap minggu dan beliau membaca didalam solat malamnya sebanyak 50 hingga 100 ayat, beliau mengerjakan solat malam sebanyak 300 rakaat setiap malam.
Untuk menzahirkan kecintaan yang sedalam ini,  tidak boleh dinafikan kita mesti terlebih dahulu mengenal al Qur’an, memahami isinya, membacanya dengan sebaik-baik bacaan, tak kenal maka tak cinta, itulah hakikatnya.

Dalam berjuta rahsia al Qur’an, marilah kita selami beberapa daripadanya, moga ianya meresapi jiwa yang kosong ini dan menumbuhkan bibit-bibit cinta kepada Al Rahman pemilik al Qur’an yang Agung. 
 
1.  Kejadian Besi
Daripada Surah al Hadid ayat 25, firmanNya yang berbunyi :

  Dan Kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan
pelbagai manfaat bagi manusia “.
Kalimah نَزَلَ yang bermaksud turun dalam ayat di atas hanya dapat disingkap hasil kajian saintifik bahawa besi dihasilkan daripada bintang-bintang di langit, bintang-bintang yang lebih besar daripada matahari yang suhunya mencapai ratus juta darjah. Apabila bintang-bintang itu tidak mampu menampungnya, ia meledak dan meteor-meteor besi akan bertaburan di serata alam sehingga ditarik oleh gravity bumi. Inilah di antara beribu-ribu lagi maklumat yang tidak diketahui pada abad turunnya al Qur’an tetapi baru ditemui masakini.