MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Sunday 17 February 2013

Salam Takziah

Takziah diucapkan kepada En Zulkifli sekeluarga di atas pemergian anak sulung mereka, Sarah Syafilla bt Zulkifli, 4 Etika pada jam 4.00 petang tadi di Hospital Tengku Ampuan Hajah Afzan. Beliau mengalami kecederaan parah di kepala akibat kemalangan jalan raya di Permatang Badak. Semoga En. Zulkifli sekeluarga  tabah dan sabar dalam menghadapi ujian ini.
 
Al-Fatihah......

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 12


Mesyuarat Agung PIBG telah dirasmikan oleh :
YB Dato' Mohd Zaili b.Hj Besar, DIMP
ADUN Panching

Yang DiPertua PIBG 2013/2014 : En. Mohd Rizal b Hassan
Naib YDP PIBG 2013/14 : En. Wan Mohd Fauzi b Wan Mohd
Yuran PIBG : RM 130.00

Banner Mesyuarat PIBG kali ke-12

Barisan guru



AJK Pendaftaran

Kumpulan nasyid Soutun Nasihah

Pengacara

Ketua Krew Audio

Bacaan doa

Ucapan mantan YDP PIBG, En Omran b Mat Ali

Antara hadirin

Barisan VIP

Ucapan Pengetua

Sebahagian hadirin

Dalam ucapan perasmian, YB Dato' Mohd Zaili bermurah hati untuk
menyumbang sebanyak RM 2000.00 untuk program motivasi
murid-murid. Terima kasih Dato!

Sebahagian kaum ibu yang hadir



 
Hadiah penghargaan kepada Jawatankuasa PIBG 2012/13
 






Pembentangan Laporang PIBG 2012/13
 



Mantan YDP PIBG 2010/11


Rakaman kenangan
 

Friday 8 February 2013

Cilik Catur


MEOR ADIB RUSYAIDI
BIN AYIB ROSDI
(Tingkatan 2 Bestari)
 
Johan L15
Kejohanan Catur Zon Perdana MSSD
di SMK Sultanah Hajah Kalsom
Kuantan
pada 5-7 Februari 2013
 
Seterusnya - Kejohanan Catur MSSP
di Raub Pahang.
 
Semoga berjaya pulang dengan
pingat kemenangan!

Friday 1 February 2013

Sambutan Maulidur Rasul


Bersempena sambutan Maulidur Rasul 1434H/2013M, beberapa aktiviti telah dianjurkan oleh Unit Bina Insan dan Panitia Pendidikan Islam untuk bersama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.
 
Selain itu, Nabi Muhammad s.a.w. juga amat dikenali sabagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya. Justeru itu sambutan Maulidur Rasul disambut adalah kerana menghargai nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia yang disampaikan oleh Rasuullah s.a.w. yang merupakan pemimpin agung hingga akhir zaman.
 
Perarakan guru-guru dan murid-murid bersama sepanduk kelas masing-masing yang dipertandingkan....