MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday 26 January 2019

Majlis Muzakarah Waris

Majlis Muzakarah Waris diadakan bertujuan berkongsi maklumat pendidikan  sekolah sepanjang 2019 dan keperluan sokongan ibu bapa dan penjaga untuk merealisasikan kecemerlangan PT3 dan SPM tahun ini. Semoga dengan sokongan dan kerjasama ibu bapa dan penjaga dapat menaikkan lagi martabat pendidikan BRASS, sepertimana yang berlaku di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina apabila persatuan ibu bapanya memberi sokongan tenaga dan wang ringgit yang sangat menggalakkan demi pembelajaran anak-anak. Menurut kajian yang dilakukan oleh Norzahida bt Mohamed dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (2013), kerjasama ini telah wujud dalam kalangan ibu bapa di dunia seperti Jepun, China dan India kerana mereka percaya kejayaan misi pembangunan modal insan bukan hanya terletak di bahu sekolah dan kerajaan, tetapi juga harus didokong oleh ibu bapa. Diharapkan kita boleh mencontohi yang baik untuk kebaikan bersama.

Majlis dimulakan dengan sarapan pagi diikuti dengan penerangan maklumat akademik dan target Gred Purata Keseluruhan (GPS) PT3 dan SPM 2019. Majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Pengetua dan ucapan perasmian oleh Tuan Haji Ishak bin Othman, Ketua Sektor Pendidikan Islam JPN Pahang. Terima kasih tuan kerana kesudian merasmikan majlis ini. Majlis berakhir dengan sesi muzakarah ibu bapa bersama guru-guru kelas.

Klik https://www.flipsnack.com/khatulistiwa/muzakarah-waris-2019.html untuk melihat Buku Program Majlis Muzakarah Waris 2019.


































Friday 25 January 2019

Merentas Desa

Merentas desa seperti kebiasaan melalui trek sepanjang jalan perumahan Sg Isap Perdana - Sg Isap Damai - Kg Permatang Badak - Sg Isap - Bukit Rangin. Diadakan selepas 4 hari latihan di sebelah petang 2 minggu berturut-turut. Tahniah kepada Rumah Bendahara kerana memenangi pertandingan ini. Teruskan kecemerlangan sehingga ke hari kemuncak Kejohanan Olahraga yang akan dijalankan pada hari yang kan ditetapkan.