MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Thursday 21 September 2017

BRASS Johan Tarsia Game!

Alhamdulillah,BRASS berjaya menjadi JOHAN dlm pertandingan TARSIA GAME PUZZLE dan berjaya present penyelesaian dgn penuh yakin,mengalahkan SBPI,SMART dan SMA Al-Maarif..



Friday 15 September 2017

Penutupan Bulan Kebangsaan & Kemanusiaan 2017


Majlis disempurnakan oleh Tuan Pengetua BRASS, Tuan Hj Abdul Razak bin Ahmad. Hadiah-hadiah disampaikan kepada pemenang-pemenang pertandingan dan diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu patriotik seperti Tanggal 31, Keranamu Malaysia dan Aku Negaraku.


Sebahagian hasil kerja Replika Kemerdekaan oleh pelajar-pelajar





Semoga negara Malaysia terus aman dan makmur dan terus MERDEKA dari segala anasir yang tidak diingini. Sesungguhnya mempertahankan kemerdekaan bukanlah mudah. Ia memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua anggota masyarakat.

Negaraku Sehati Sejiwa.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Wednesday 13 September 2017

Majlis Perasmian Program Tuisyen Rakyat Parlimen Paya Besar anjuran Yayasan Pelajaran Mara

Program Tuisyen Rakyat yang dijalankan secara percuma ini merupakan nilai tambah di dalam sistem pendidikan negara meskipun negara memiliki prasarana pembelajaran yang sempurna. Program ini menawarkan kemudahan kelas bimbingan tambahan secara percuma kepada calon SPM daripada keluarga berpendapatan rendah khususnya di luar bandar dengan memberi tumpuan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Justeru, sebagai organisasi yang diamanahkan untuk meningkatkan pendidikan bumiputera yang berlatar keluarga miskin atau pendapatan rendah dalam akses pendidikan berkualiti, Yayasan Pelajaran MARA (YPM) optimis mengangkat pendidikan ke fasa lebih tinggi.




Friday 8 September 2017

Lawatan Penanda Arasan Badan Pengawas & BADAR ke SMKA Sultan Muhammad dan Tempat-tempat Menarik di Melaka (7-8 September 2017)

Seramai 36 orang Pengawas dan BADAR dan 4 orang guru menyertai lawatan penanda arasan ini. Peserta rombongan dari BRASS disambut dengan begitu meriah dengan paluan kompang dan persembahan pencak silat dan tabik hormat. Sambutan yang diadakan adalah di luar jangkaan. Para peserta merasa terharu dengan sambutan yang diberikan. Kedua-dua sekolah juga berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam bidang kepimpinan dan kerohanian seraya memenuhi keperluan objektif lawatan. Para peserta berpuas hati dengan lawatan tersebut dan merasa kagum dengan sahsiah yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajarnya. 

BRASS merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak SMKA Sultan Muhammad atas layanan baik yang telah diberikan sepanjang lawatan tersebut. 
















Para peserta juga dibawa melawat ke tempat-tempat menarik dan bersejarah di sekitar bandar Melaka seperti Pantai Klebang, Muzium Kapal Selam, Bandar Hilir, Menara Taming Sari, River Cruise dan sebagainya. 










Para peserta menginap di Asrama Belia Komplek Belia dan Sukan di Ayer Keroh Melaka dengan bayaran sebanyak RM 12 semalam. 

Impak daripada lawatan itu, para peserta diharapkan agar...
1. Lebih berdedikasi
2. Lebih nampak hala tuju
3. Lebih pandai mengurus
4. Lebih bertanggungjawab
5. Lebih cemerlang sahsiah dan akademik

Terima kasih Melaka kerana menerima kami.
Semoga berjumpa lagi!!!