MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Sunday 23 January 2011

Mesyuarat Agung Sukan & Permainan

Tarikh  :  20 Januari 2011
Tempat  :  Dewan Bitara, Dewan Akademik, Ruang Terbuka, Kantin dan Kelas
Masa     :  2.00 - 2.40 petang

Mesyuarat Agung Unit Beruniform

Tarikh  :  19 Januari 2011
Tempat  :  Dewan Bitara, Dewan Akademik, Surau, Ruang Terbuka dan Kelas
Masa     :  2.00 - 2.40 petang

Mesyuarat Agung Kelab/Persatuan

Tarikh  :  18 Januari 2011
Tempat  :  Dewan Bitara, Dewan Akademik, Ruang Terbuka dan Kelas
Masa     :  2.00 - 2.40 petang

Saturday 15 January 2011

Mesyuarat Rumah Sukan

7 Jan 2011.  Selepas bacaan Yaasin Perdana diadakan di Dewan Bitara, mesyuarat rumah sukan diadakan di beberapa tempat iaitu Dewan Bitara, Dewan Akademik, Surau dan Ruang Terbuka seperti yang telah ditetapkan. Antara agenda yang dibincangkan adalah pemilihan Ahli Jawatankuasa baru dan acara sukan yang akan dipertandingkan. Acara Larian Merentas Desa merupakan acara yang paling hampir yang akan diadakan sekitar bulan Februari yang akan datang. Latihan juga telah bermula sejak minggu lepas lagi. Manakala acara olahraga pula ditunda ke bulan Julai. Bukan sahaja murid yang bersemangat, guru-guru juga turut sama merasa bahangnya.
        Jadi, rumah sukan apakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan pada tahun ini. Adakah rumah sukan Laksamana akan mempertahankan kedudukannya seperti tahun lepas atau ada pencabar lain? Mari kita lihat, siapa yang kena!!!
Masyuarat Rumah Sukan

Keputusan Penilaian Menengah Rendah 2010

TAHNIAH SMK BUKIT RANGIN! 
JUMLAH CALON  :  265
MENGUASAI SEMUA MATA PELAJARAN   :  99.25%
GPS  :  2.25
SEMUA `A'  :  22 ORANG (9A & 8A)

Senarai calon Cemerlang PMR 2010 (9A - 7A):
  1. Aisyah Khaleeda bt Rosli (3C) 9A
  2. Nurul Hidayah bt Alias (3C) 9A
  3. Hanor Natasya bt Nor Azmi (3C) 9A
  4. Marisya Qistina bt Mazlan (3C) 9A
  5. Mohd Aiman Zakwan b Roslan (3C) 9A
  6. Noor Afina bt Noor Azman (3C) 9A
  7. Nouralea bt Azeman (3C) 9A
  8. Nur Farahiyah bt Abd Ghani (3C) 9A
  9. Nur Hidayah bt Shamsuddin (3C) 9A
  10. Nur Yasirah bt Che Alias (3C) 9A
  11. Nur Zulaila bt Zul Shukor (3C) 9A
  12. Nurul Hanisah bt Muhamad Amran (3C) 9A
  13. Umi Atikah bt Ya'akub (3C) 9A
  14. Wan Mohd Akmal b Wan Mohd Jafri (3B) 8A
  15. Aina Fadhilah bt Abd Rahim (3B) 8A
  16. Nadia Afiqah bt Mohamad (3B) 8A
  17. Ahmad Fahim b Zulkifli (3B) 8A
  18. Hafizul Rahman b Mohd Suhaimi (3B) 8A
  19. Mazian bt Hamzah (3B) 8A
  20. Muhammad Nadzmi b Md Azam (3B) 8A
  21. Siti Najiah bt Sheikh Mohd Afandi (3B) 8A
  22. Nurul Syazwina bt Razali (3B) 8A
  23. Wan Marlin bt Rohalin (3C) 8A 1B
  24. Ferry Firmansyah b Sugito (3C) 7A 1B 1D
  25. Muhammad Afiq b Aziz (3C) 7A 1B 1C
  26. Muhammad Shahrul Azwan b Shahuri (3C) 7A 2B
  27. Nur Iezzaty bt Muhammad Khalil (3C)
  28. Nur Fatin Nabilah bt Shariffudin Amir (3B) ) 7A 1B
  29. Muzaliyana bt Zaidin (3B) 7A 1B
  30. Nur Asilah bt KamarulZaman (3B) 7A 1B
  31. Nur Zuhaily bt Zaulkafly @ Zulkefly (3B) 7A 1B
  32. Nurnasha Alyaa bt Ahmad Nazri (3B) 7A 1B
  33. Siti Nur A'isyah bt Mohd Tarmizi (3B) 7A 1B
  34. Nur Nadia bt Mohd Zakaria (3T) 7A 1B
  35. Nur Izzati Shamimi bt Zulkifly (3A) 7A 1B
  36. Muhammad Hafizuddin b Ramli (3B) 7A 1B


Calon Cemerland PMR 2010
 

Minggu Orientasi Tingkatan 1 & 4

3 - 5 Jan 2011. Orientasi Tingkatan 1 dan 4 bermula pada hari Isnin dan berakhir pada hari Rabu. Aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang program kelolaan Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ini ialah:

Tingkatan 1
  1. Agihan kelas
  2. Ice breaking & Team Building
  3. Taklimat Koperasi, HEM dan Kantin
  4. Bersama Pengetua
  5. Taklimat kurikulum
  6. Bina Matlamat dan Pengurusan Masa
  7. Taklimat PSS/Nilam
  8. Komunikasi
  9. Explorace SMKBR
  10. Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pahang, lagu Sekolah dan Jasa Bonda
  11. Peta minda
  12. Taklimat Disiplin
  13. Taklimat Kokurikulum
  14. Refleksi dan Penilaian
  15. Majlis penutup
Tingkatan 4
  1. Pengurusan kelas
  2. Pemantapan disiplin
  3. Taklimat Kurikulum
  4. Taklimat Kokurikulum
  5. Pengenalan dan kepentingan subjek 
  6. Subjek dan kerjaya
  7. Motivasi `Refleksi Semalam Yang Berlalu 
Orientasi Tingkatan 1 & 4

Thursday 13 January 2011

Pendaftaran Murid Tingkatan 1 2011

31 Okt 2010. Hari Pendaftaran Murid Tingkatan 1 bermula pada jam 8.30 pagi dengan taklimat pihak sekolah kepada ibu bapa dan murid yang hadir tentang SMK Bukit Rangin, peraturan sekolah, koperasi, biasiswa dan pendaftaran untuk Tingkatan 1. Taklimat disampaikan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Abdul Rahim dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Encik Mohammad Nasri. Kemudiaannya ibu bapa mula bergerak ke kelas yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah untuk proses pendaftaran. Lebih daripada 60 orang murid pula hadir untuk mendaftar setelah rayuan mereka untuk belajar di SMK Bukit Rangin diluluskan oleh pihak JPN Pahang atau PPD Kuantan. Proses ini dijalankan di Bilik Gerakan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Sehingga sesi pendaftaran berakhir, jumlah keseluruhan murid Tingkatan 1 yang mendaftar tahun ini melebihi 300 orang.  

Klik pada gambar untuk album.
Pendaftaran Tingkatan 1 2011

Tuesday 4 January 2011

Hari Pertama Persekolahan

03 Jan 2011. Hari pertama. Perhimpunan pertama. Agenda pertama sesi persekolahan 2011. Sudah menjadi tradisi, sesi bermula dengan perhimpunan semua murid dan guru di Dewan Bitara SMK Bukit Rangin. Antara yang diperkatakan sudah tentulah ucapan alu-aluan Selamat Datang kepada warga baru iaitu murid Tingkatan Satu yang jumlahnya lebih daripada 300 orang. Satu angka yang bukan kecil dan tentulah ada di antara kelas-kelas tingkatan satu nanti yang akan melebihi daripada bilangan selesa; hampir 40 orang atau lebih! Tetapi begitulah adatnya saban tahun dan seperti sudah alah bisa tegal biasa kepada guru-guru yang mengajar kelas-kelas sebegini ramai.
        Dalam ucapannya, Tuan Pengetua juga mengucapkan tahniah kepada semua murid Tingkatan 3 dan juga guru-guru yang mengajar kerana peningkatan dalam pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 yang lalu. Boleh dikatakan pencapaian keseluruhan subjek meningkat dengan penurunan pada jumlah murid yang gagal. (Maaf kerana cerita PMR 2010 masih belum dimuatkan diblog ini kerana gambar-gambar yang berkaitan belum diterima).
        Tuan Haji Abdul Rahim juga mengambil kesempatan memperkenalkan tiga orang guru baru di SMKBR iaitu Encik Abdul Manaf, Puan Normysita dan Puan Norasma. Selamat Datang kepada semua guru-guru baru dan semoga kita dapat bersama-sama menyumbang untuk kecemerlangan sekolah kerana sesungguhnya kecemerlangan itu tidak akan tercipta di tangan seorang guru.
        Terima kasih pula diucapkan kepada guru-guru dan staf yang bakal bertukar daripada SMKBR iaitu Encik Mohamed Nazim yang dinaikkan pangkat sebagai GPK Kokurikulum di SMK Sungai Isap Murni, Encik Mohd Hafiz yang akan bertukar ke SMK Cempedak juga sebagai GPK Kokurikulum, Puan Saadiah yang telah bertukar ke SMK Rompin dan Puan Mahani (Pembantu Tadbir) yang akan bertukar ke SK Sungai Isap Murni.
         Semoga tahun 2011 menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna dan berjaya.

Hari Pertama Persekolahan

Monday 3 January 2011

Kumpulan Pengurusan & Pentadbiran

Pengetua
TN HJ ZAIMI B ABU BAKAR
 
PK Pentadbiran
PN HAJAH HANILIZA BT SULAIMAN

PK Hal Ehwal Murid
EN MUHAMMAD NASRI B MUSTAFA HILMI

PK Kokurikulum
EN ROSLI B SAHAK