MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com

Lokasi : Perumahan Bukit Rangin
Visi : SMK Bukit Rangin Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2016
Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Monday, 23 December 2013

Assalamualaikum...


Pendaftaran Tingkatan Satu
Bagi Sesi 2014 / Kelas KAA



Pendaftaran akan dijalankan pada 31/12/2013 bermula Jam 8.30 am
  • Taklimat Pentadbiran 
  • Kelas KAA
  • Pembelian Buku Di Koperasi
  • Pengambilan Buku Teks

    SELAMAT DATANG PELAJAR TINGKATAN 1/2014

Wednesday, 4 December 2013

BRASS dilanda banjir kali ke-2 selepas 2001

Setelah hampir 12 tahun, BRASS sekali lagi dilanda banjir. Mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan Bitara terpaksa dipindahkan ke tingkat 2 dan 3 bangunan Akademik 1 dan 2. Banjir paling buruk di Kuantan tahun ini turut teruk melanda rumah AJK Banjir BRASS sehingga ada yang tinggal sehelai sepinggang. Semoga Pn Nurmysita, Pn. Wan Norizan dan lain-lain tabah menghadapi dugaan Allah swt. Begitu juga dengan para pelajar yang khabarnya ramai dilanda musibah ini. Sesungguhnya semua yang ada hanyalah pinjaman, bila-bila masa saja Dia boleh mengambilnya semula. Tidak ada satupun milik kita...






[Sumbangan foto: Pn. Rosaliza Hj Mohammad]

Thursday, 21 November 2013

Kemas Kini e-Operasi Segera!

Assalamualaikum.
Semua GURU diarahkan MENGEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI di E-OPERASI secepat mungkin sebelum jam 10 PAGI esok.
 
* PENTING! Sila klik kotak di bawah sekali sebelum pengesahan maklumat.
 
Arahan;
PPD Kuantan

Wednesday, 20 November 2013

Insan Istimewa Yang ISTIMEWA

Masihkah anda ingat siapa jejaka ini? Inilah dia Abu Ubaidah Amir bin Ibrahim, bekas pelajar BRASS (2005-2009). Jejaka ini bukan saja insan istimewa, tetapi yang lebih istimewa lagi apabila pernah melakar sejarah menjadi salah seorang pelajar cemerlang SPM 2009 dengan keputusan 7A1C dan dari kelas 5 Dedikasi! Kejayaan beliau pada waktu itu telah benar-benar mengejutkan banyak pihak. Beliau telah membuktikan bahawa kekurangan yang ada pada dirinya bukanlah penghalang untuk berjaya. Apa yang penting ialah kemahuan dan kesungguhan untuk mendapatkan apa yang diimpikan.

Abu Ubaidah Amir, atau lebih mesra dipanggil Abu, dah pun berusia 21 tahun. Beliau baru saja menamatkan pengajian di peringkat asasi di UITM Melaka dalam bidang Seni Lukis & Seni Reka (Grafik Media Digital) dan sedang menunggu panggilan untuk menyambung ke peringkat sarjana muda pula. 

Semoga Abu akan terus sukses pada masa hadapan. Tahniah dan teruskan dengan impian anda. Kejayaan pastikan jadi milikmu! In Sya Allah...

Friday, 15 November 2013

Lambaian Akhir 2013

Berakhir sudah sesi persekolahan 2013 nan panjang. Kini cuti panjang hujung tahun muncul kembali. Semua guru dan murid bercuti. Bagaimanapun, dalam bercuti masih ada yang terpaksa bertugas. Jadi bukanlah betul-betul bercuti seperti mana yang selalu diperkatakan. Murid-murid Tingkatan 5 masih kagi dalam edah peperiksaan SPM. Ramai guru yang terlibat sebagai pengawas peperiksaan yang hanya akan berakhir 6 Disember. Ada juga guru yang mengambil kesempatan meneruskan perjuangan untuk mengadakan kelas tambahan bagi subjek-subjek yang bakal muncul. Kemudian, ramai pula yang terlibat sebagai pemeriksa kertas SPM yang bukan sedikit dan mengambil tempoh lebih kurang sebulan untuk disiapkan. Pentadbir-pentadbir pula akan bertugas di sekolah secara bergilir di sekolah masing-masing disamping membuat perancangan untuk tahun depan.  Petugas-petugas banjir pula bersedia untuk dipanggil sekiranya berlaku banjir. Belumpun cuti berakhir, guru-guru akan dipanggil untuk mesyuarat pertama sebagai permulaan takwim tahun baru yang pasti akan tiba. Program pertama tahun baru saja pun bermula di akhir cuti iaitu Pendaftaran Tingkatan 1 yang dijadualkan pada 31 Disember 2013. Kemudian bermulalah putaran rasmi roda persekolahan tahun 2014. Begitulah sentiasa rutin dunia pendidikan yang terikat dengan time frame. 

Kepada guru-guru, manfaatkanlah quality time ini sebelum berakhir. Kepada murid-murid, dalam bercuti jangan lupa untuk belajar. Buatlah sedikit persediaan untuk tahun depan....

Selamat Bercuti!











Wednesday, 13 November 2013

Program Khidmat Masyarakat Ting.1

Tangkas dan komited! Itulah yang boleh dikatakan tentang penglibatan 166 orang murid Tingkatan 1 dalam Khidmat Masyarakat PAJSK pada pagi ini. Mereka begitu bersungguh-sungguh membersihkan dua buah masjid berdekatan iaitu Masjid Bukit Rangin dan Masjid Sungai Isap 2. Semangat kerjasama yang ditonjolkan sangat baik dan dapat menyelesaikan tugasan lebih awal dari masa yang ditetapkan. Diharapkan semangat dan nilai-nilai murni yang ditonjolkan dapat diteruskan dan menjadi budaya dalam kalangan semua warga BRASS.

Syabas murid Ting.1!































Sumbangan Beg Sekolah & Seragam Sekolah dari Yayasan Pahang

Terima kasih kepada Yayasan Pahang di atas sumbangan beg sekolah (untuk merid lelaki terpilih sahaja) dan seragam sekolah (untuk murid perempuan terpilih sahaja) bagi kegunaan tahun persekolahan 2014.
 
Ibarat kata pepatah, "sediakan payung sebelum hujan", sumbangan yang diberikan adalah ibarat motivasi kepada penerima sumbangan untuk bersedia lebih awal sebelum sesi persekolahan baharu menjelang tiba. Ia juga sebagai mengurangkan bebanan untuk menyediakan kelengkapan persekolahan dalam keadaan harga barangan yang meningkat naik di pasaran. Semoga menjadi pembakar semangat untuk belajar dengan lebih hebat lagi!