MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Tuesday 31 May 2011

Kem Bersepadu Unit Beruniform

Tarikh : 22 - 24 April 2011
Tempat : Kem Tango Tanjung Gosong Pekan
Penyertaan : Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis, Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, Puteri Islam dan Taekwondo

Pendaftaran

Perjalanan pergi

Taklimat oleh Kem Komandan, En. Abdul Manaf

Solat berjamaah dan Kuliah Maghrib

Ice-breaking

Kembara



Larian berhalangan

Ikatan & Simpulan

Permainan Dinamik 1

Pandu Arah

Ikhtiar Hidup - Juara

Permainan Dinamik 2

Kawat Kadet Polis - Johan

Kawat KRS - Naib Johan

Kawat PBSM

Kawat PPIM

Majlis Penutup
 
Peserta perempuan

Sebahagian guru-guru

Sebahagian guru-guru

Barisan Pentadbir

Ucapan penutup oleh Pengetua, Tuan Haji Abdul Rahim

 












Monday 30 May 2011

Mendaki

Beberapa hari lalu saya membaca buku baru Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, En Yahya Zainal Abidin - "Mendaki". Saya alami pendakian tersendiri di SMKBR.

Hari akhir sebelum cuti kami bertemu semua murid Ting 3 dan 5 di ruang terbuka. Kelas dalam cuti mulai 30 Mei hingga 3 Jun telah dijadualkan. Penerangan telah dibuat. Surat makluman untuk penjaga telah dikirim lebih awal. Pada pertemuan Jumaat itu, saya mengajak semua murid untuk datang dan mengingatkan bahawa guru-guru sanggup untuk datang. Maka murid mesti lebih sanggup untuk datang demi kebaikan dan kemajuan sendiri.

Saya menyatakan akan menghubungi penjaga dan pergi ke rumah jika murid tak hadir. Saya ada jangkaan bahawa akan ada murid yang tak akan hadir. Tiada kebanggaan jika betul dalam jangkaan begini.

Hari ini, 30 Mei 2011, saya mengambil masa beberapa jam cuba menjejak/menghubungi murid-murid bertuah dalam jangkaan.

Saya menyemak 3 fail Tingkatan 5.
Merujuk 3 buku Rekod Kedatangan Murid.
Mencatat 29 nama murid yang tidak hadir.
Saya mendail lebih 40 nombor telefon.
Menjejak kasih bersama Zul ke 4 rumah selepas jam 8.30 pagi.
Saya miss makan tengah hari.
Saya masih di pejabat mendail hingga jam 6.00 petang.

Ada yang sedang tidur, ada yang keluar bertuala sahaja, ada yang pagi-pagi lagi dah keluar untuk "ambil kawan" tapi tak muncul di kelas! Ada yang ibu bapa tak tahu menahu tentang kelas. Ada yang tahu tapi tak dapat membangunkan anak dari tidur. Ada yang tak tahu ke mana perginya anak.

Nombor-nombor telefon dalam Buku Rekod Kedatangan bukan semuanya mudah dibaca. Nombor tulisan tangan boleh "menipu" mata. Salah dail. Salah baca. Salah nombor. Nombor tiada dalam perkhidmatan. Nombor dah bertukar tuan. Tak dapat dihubungi. Nombor di luar kawasan.

Ada murid sakit dan ada di rumah. Ada yang pergi medical appointment . Ada yang iringi bapa untuk medical appointment. Ada yang ikut keluarga "keluar", hantar abang, kakak. Ada yang pesan pada kawan. Kawan tak pesan pada cikgu. Ada yang pesan pada cikgu, tak ada catatan dan makluman.
Ada yang lupa hari dan ada yang lupa jam. Macam-macam ada!

Encik Wahab komen:Budak-budak sekarang bertuah dapat guru-guru prihatin.
Encik Mahmudin kata:"Bos jadi operator (telefon) hari ni. Ini pasal NKRA la, kena jaga ranking".

Yang saya tahu cikgu-cikgu Bukit Rangin memang dah lama kerja kuat. Sebelum NKRA pun.
Bukit Rangin memang menjanjikan pendakian yang mencabar. Itu saya dah tahu dari awal lagi sejak tiba di sini.

Sunday 29 May 2011

Kem Kepimpinan Bersepadu

Tarikh : 8 - 10 April 2011
Tempat : Pusat Kokurikulum Sultan Ahmad Shah Kg Pandan Kuantan
Target : Pengawas, Pengawas Percubaan, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Presiden Kelab/Persatuan, Unit Beruniform dan Sukan/Permainan.
Penyertaan : 158 orang lelaki dan perempuan
Anjuran : Badan Pengawas

Pendaftaran

Naik bas

Ketibaan peserta kem

Taklimat

Memasang khemah

Taklimat khemah

LDK 1 : Ice Breaking

Bacaan Yaasin

Ceramah 1 : Kepimpinan Dinamik

Penceramah, En. Abdullah Sani dari JPN Pahang

Peserta

Ceramah 2 : Kepimpinan Murid dalam Kokurikulum
disampaikan oleh En. Ropizal Hazri dari JPN Pahang

Permainan Dinamik

Team work

Senaman pagi

Explorace

Down to Earth

Segenap pelosok

Penyelesaian masalah

Clue

Tindakan

Perubahan

Bacaan doa di majlis penutup

Peserta perempuan
Peserta lelaki

Ucapan Penghulu, Sdr. Aiman Zakwan

Ucapan Pengetua, Tuan Haji Abdul Rahim

Ucapan Yang DiPertua PIBG, En. Omran

 
 
  
  
Bacaan Ikrar peserta diketuai oleh Ketua Murid, Sdr. Ahmad Razin

Ikrar peserta
  
Barisan peserta lelaki

Barisan peserta perempuan
  
Antara Ahli Jawatankuasa yang hadir
Diharapkan para peserta dapat memanfaatkan pengisian kem dalam melaksanakan tugasan sebagai pemimpin muda seterusnya memimpin badan @ persatuan yang diamanahkan oleh guru-guru. Semoga dapat menjadi contoh kepada murid-murid lain khususnya dalam sahsiah, kurikulum dan kokurikulum.

Sedikit untuk dikongsikan. Menurut Abul A'la Al-Maududi, seorang  pendakwah Islam yang tersohor, terdapat 6 tanggung jawab pemuda Islam iaitu:
  1. Mengetahui dan mengamalkan Islam dengan hati dan perasaan (dengan sebenar-benarnya) sama ada dari segi ilmu pengetahuan atau akal fikiran.
  2. Perkataan dan amalan seharusnya selaras supaya tidak menimbulkan kekeliruan.
  3. Amal ma'ruf nahi munkar. Berkata benar kerana sesungguhnya kebenaran itu akan tegak dan nyata.
  4. Mempunyai ahli persatuan yang kuat, beriltizam dan berdisiplin agar sentiasa teguh dan tidak goyah menghadapi sebarang cabaran.
  5. Berusaha untuk memberi kefahaman tentang perbezaan antara kebaikan dan kejahilan dan memperbaiki budi pekerti masyarakat sekeliling kerana dunia tidak akan makmur dengan rakyatnya yang melebihkan kelazatan dunia.
  6. Berhati-hati dan bersabar dalam setiap tindakan yang diambil. Jangan mengambil jalan yang salah hanya untuk mencapai tujuan yang diidamkan. Perkara yang hak (kebenaran) tidak akan boleh bersama dengan perkara batil (kejahatan).                                                                                            [Rujukan: www. muslimdiary.com]
Sesungguhnya, pemuda harapan bangsa!

Ralat: Rakaman gambar aktiviti Kembara (pada hari ke-3) tidak dapat disiarkan kerana ketiadaan peralatan pada waktu itu. Maaf daripada pihak penganjur.