MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com

Lokasi : Perumahan Bukit Rangin
Visi : SMK Bukit Rangin Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2016
Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Wednesday, 17 March 2010

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM

12 - 14 Mac 2010. Unit Kokurikulum SMK Bukit Rangin telah memilih Gunung Senyum, Temerloh Pahang sebagai destinasi Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform pada tahun ini. Pemilihan tempat sangat bertepatan dengan visi unit itu sendiri iaitu SMKBR Cemerlang Kokurikulum 2010. Misi yang dijalankan adalah melibatkan 7 unit beruniform yang terdiri daripada Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis, Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, Puteri Islam, Silat Lian dan Tae Kwon Do. Jumlah keseluruhan penglibatan ialah seramai 120 orang murid.
           Perkhemahan ini telah memberikan pengalaman pembelajaran pendidikan luar bilik darjah seperti Jungle Trekking, Flying Fox, Abseiling, Ikhtiar Hidup, Larian Berhalangan dan Pendakian ke Gunung Senyum. Program ini secara tidak langsung mengajar peserta erti kerjasama dan sifat tanggungjawab di samping bersaing dengan ahli kumpulan yang lain. Ia juga bertujuan untuk menanam sifat penyayang dan cinta kepada anugerah Allah s.w.t.
Ice-breaking & Taklimat

Senaman Pagi

Ekspidisi ke Jebak Puyuh

Ekspidisi ke Gunung Senyum

Barbeque Cikgu-cikgu

Persembahan Peserta

Larian Berhalangan
Experience is the best teacher! Perkataan tidak cukup untuk menggambarkan betapa berharganya pengalaman selama berada di Gunung Senyum. Rakaman foto hanyalah sebahagian daripada gambaran yang tidak dapat dibandingkan dengan realiti. Kecantikan alam semulajadi ciptaan Allah s.w.t sangat artistik sepanjang penerokaan ke gua-gua di Jebak Puyuh. Awesome and fantastic!!!

Itu satu bab. Belum lagi cerita pasal 13 orang peserta yang disengat penyengat dalam perjalanan balik dari Jebak Puyuh. Aduh sakitnya!!! Yang paling teruk sekali Abdul Razak bin Sakari, murid Tingkatan 5 Arif. Saiz badannya jadi dua kali ganda penangan serangga berbisa itu. Akibatnya dia ditahan di wad Hospital Jengka semalaman. Bagaimanapun tentu peristiwa ini akan menjadi kenangan seumur hidup dan menjadi pengajaran kepada semua supaya lebih berhati-hati di dalam hutan.

Lagi cerita yang lebih sadis. Kita tumpang simpati apabila salah seorang guru pengiring telah ditimpa kemalangan jalan raya dalam perjalanan pulang pada pagi Ahad 14 Mac. Sabar Cikgu Huzairah ye...semoga Cikgu Huzairah tidak serik untuk menyertai perkhemahan di lain masa dan mungkin lepas ni dapat kereta lebih besar lagi.....
Perkhemahan selama 3 hari 2 malam itu diserikan dengan majlis penutupan serba ringkas oleh Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus, Pengetua SMK Bukit Rangin di Padang Kem Gunung Senyum.

6 comments:

  1. eh2 bas ump tu :)

    ReplyDelete
  2. Kebetulan pulak bas tu mcm `som' je dengan SMK Bukit Rangin...kat warna kuning tu...

    ReplyDelete
  3. pracn lbey..
    jaoh beze bas ump nan smkbr..

    ReplyDelete
  4. salam.. ape cite ngan dak2 kadet polis skrg,, knp x de cerita tentang kadet polis??

    ReplyDelete
  5. huhu kenangan ini terukir indah,

    ReplyDelete
  6. bestnye saye tengok gambar2 niyh.. :)

    ReplyDelete