MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Wednesday 28 May 2014

Taklimat Literasi Bacaan Bahasa PISA 2014

Taklimat literasi Bahasa tahun 2014 diadakan di BTPN Pahang di Beserah Kuantan. Taklimat menyentuh tentang format Ujian Bacaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menguji keupayaan membaca dalam Ujian PISA yang diadakan 3 tahun sekali kepada pelajar yang berusia 15 tahun.


Taklimat dihadiri oleh Ketua-ketua Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kuantan. Pn Rosaliza dan Pn Azwani turut hadir bagi mewakili BRASS. Thanks Roza for the photo!

Begitulah dunia pendidikan. Tanggungjawab tidak mengenal masa dan tempat. Ada yang perlu menghadiri kursus dan tidak kurang pula terlibat dengan program kelas tambahan seperti yang dijadualkan. Guru-guru BRASS hanya akan mula bercuti mulai minggu depan kerana memenuhi tanggubgjawab mengadakan KELAS TAMBAHAN bagi PMR dan SPM mulai hari ini hingga Ahad 1 April.
Selamat Mengajar.
Selamat Belajar.
Selamat Bercuti.


Saturday 24 May 2014

Gema BRASS di Taiwan

Gema BRASS (kumpulan gamelan BRASS) kini mengorak langkah lebih jauh ke persada antarabangsa apabila menerima jemputan Tourism Malaysia di Taipei untuk membuat persembahan di ibu negara itu sebagai satu promosi Visit Malaysia (Melawat Malaysia). Suatu yang membanggakan, tentu sekali kepada BRASS khasnya dan negara Malaysia amnya. 

Para pelajar ini, di bawah pimpinan YM Tengku Hisamuddin bin Tengku Mohamed (Guru Cemerlang Muzik) telah berada di Taiwan pada hari Rabu baru-baru ini dan akan kembali semula ke Malaysia pada Selasa ini (27 Jun). Menurut beliau, ada antara pemuzik Taiwan yang terpegun dengan kemerduan dan keunikan melodi gamelan tersebut.

Tahniah kepada delegasi Malaysia "Gema BRASS" kerana berjaya membawa imej dan nama negara ke mata dunia. 

Dalam perjalanan ke Taiwan di KLIA







Di Taiwan bersama wakil Malaysia menyampaikan duit belanja untuk para pelajar





Semasa persembahan di Taiwan






Mesyuarat Penyelarasan 1 Alumni BRASS

Keputusan mesyuarat:
  1. Mesyuarat Penyelarasan 2 akan diadakan pada 7 Julai 2014 (Sabtu).
  2. Jamuan Hari Raya bekas pelajar pada 2 Ogos 2014 (Sabtu).
  3. Akaun Twitter dan Facebook Alumni akan dibuka untuk mengumpul maklumat dan keahlian alumni.
  4. Bekas-bekas pelajar yang hadir dalam mesyuarat hari ini dilantik sebagai AJK sementara.
Dari kiri: Mohd Zahir (Matrikulasi Perak),  Afif (Jurutera), Aizuddin
(Jurutera marin),Cikgu Asnir, Cikgu Zarina, Megat Syazwan
(Jurufoto profesional), Hasiruddin (R&D Parlimen),
Naiemuddin (Ting. 6 Atas) dan Azmi (Matrikulasi).



Biarpun mereka ini tidak lagi belajar di sekolah ini, namun hubungan itu diharapkan masih berterusan dengan penubuhan alumni ini.  Sebaga tanda sayang dan cintakan sekolah, mereka ini dialu-alukan membuat sumbangan fizikal dan material untuk bersama-sama mengembeling tenaga membangunkan anak bangsa.
Sehingga berjumpa lagi di mesyuarat ke-2 nanti!

Friday 23 May 2014

Syarikat Cargill Bakal Sponsor 'English In Camp'

'English In Camp' anjuran bersama BRASS dan Cargill Malaysia bakal diadakan pada 20-21 Jun 2014. Program ini bertujuan menarik minat murid-murid untuk mempelajari Bahasa Inggeris dalam pelbagai cara disamping penglibatan  dalam aktiviti kemasyarakatan.
Diharapkan program ini dapat direalisasikan dengan sebaik mungkin. Terima kasih kepada Cargill kerana kesudian menaja program sekolah. Diharapkan lebih banyak syarikat korporat yang berinisiatif untuk turut serta dalam program-program sekolah untuk kemajuan anak bangsa.

Dari kiri: Pn Nor Rahishah (KB), Pn Rosaliza (KP), Pn Zarina
 (Guru BI), Pn Haniliza (PK1), En Rosli (PK Kokurikulum),
Haji Zaimi (Pengetua), En Zukftar (Cargill), En Hadi (Cargill),
En Nazli (PK HEM) dan En Jafri (Kaunselor).

Perbincangan tentang English in Camp

wakil Cargill, En Zulftar dan En Hadi


Friday 16 May 2014

Hari Guru 2014

Sambutan Hari Guru meriah seperti selalu. Terima kasih kepada para pengawas yang bertungkus lumus mengendali dan mengelola program sambutan selama dua hari. Terima kasih kepada semua pelajar yang menjayakan program, mengucapkan Selamat Hari Guru dan memberi hadiah yang cantik-cantik dengan pelbagai rupa dan saiz. Al-Qur'an, pen, mug, tudung, bekas pensil, marker pen, coklat, kuih, kek, buku, pinggan, kad.... pendek kata, macam-macam ada. Cikgu sayang kamu semua walaupun hanya ucapan yang diberi. Namun sesungguhnya kejayaan kamu merupakan hadiah yang paling berharga. Cikgu-cikgu mendoakan kejayaan kamu semua, di dunia dan akhirat. Semoga kamu semua menjadi anak-anak yang beriman dan beramal soleh.

Bermula pada hari Khamis selepas rehat, guru-guru berentap secara berkumpulan dalam acara sukan badminton, bola sepak, bola jaring dan sukaneka. Meriah dan menggamatkan. Tidak kurang pula ada yang terseliuh dan sakit urat kerana dah lama tak bersukan! :)









Malamnya pula, dinner guru-guru di Shahzan Inn dengan aura oren peach. Begitu ketetapan pihak penganjur. Lambang keceriaan katanya. Guru-guru seharusnya ceria agar murid-murid pun ceria. Bila ceria, mood pun bahagia. Bila bahagia, mudahlah kerja...
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata dari Tuan Pengetua untuk setiap guru. Terima kasih Tuan Haji.... 





Penyelaras sambutan Hari Guru yang berkaliber,
Puan Asnor Samiza bt Mohd Salleh



Hari ini, Jumaat, sambutan Hari Guru dari pagi hingga waktu balik. Kali ini mengambil hijau sebagai warna tema dan pahala sunat hari Jumaat. Bermula dengan bacaan Yaasin Perdana, ucapan, penyampaian hadiah, gimik sehinggalah persembahan para guru dan pelajar. Paling menggamatkan bila GPK Kokurikulum, En Rosli Sahak menyampaikan 3 buah lagu selepas 3 tahun menyepi. Tuan Pengetua juga tidak kalah menunjukkan bakat terpendam.


















Bekas Pelajar


Han Tuah & Hang Jebat