MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com

Lokasi : Perumahan Bukit Rangin
Visi : SMK Bukit Rangin Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2016
Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Friday, 28 October 2016

HI TEA BADAN PENGAWAS & BADAR

Hi Tea Badan Pengawas & BADAR Telah Diadakan Di Hotel MS Garden bagi meraikan Pengawas Tingkatan 5 yang bakal menempuhi SPM dan para pengawas yang telah banyak berjasa menyumbang bakti kepada pengurusan kahsnya disiplin sekolah.
Tema : ARABIAN.























Wednesday, 26 October 2016

TAHNIAH KEPADA 4 JAGUH OLYMPIAD BRASS!!!


TAHNIAH kepada 4 orang jaguh Olympiad BRASS - Farhah, Lokman, Irdina dan Ammar (pelajar Ting. 4) kerana berjaya meraih Emas, Perak dan Gangsa dalam Pertandingan Olympiad Matematik dan Sains Peringkat Negeri Pahang di SMK Ahmad Pekan. Malahan mereka ini tergolong dalam 24 peserta terbaik daripada 191 penyertaan. Syabas!!!

Tuesday, 25 October 2016

Pelaksanaan HEBAT Bacaan Bahasa Inggeris 2 Terampil

Unit 13 : SMART CHOICES
Kelas : 2 Terampil
Reading strategy : SQ3R
LOTS : Understanding
HOTS : Analyzing, Evaluating, Creating
21st Century Learning





Sunday, 16 October 2016

Lawatan Penanda Arasan Badan Pengawas ke SMK Sultan Sulaiman (SS) Terengganu

Pengetua kedua-dua buah sekolah









Ketua Pelajar SS, Adik Megat yang sangat petah dan kelakar. Beliau bercakap
seperti orang Sabah (kerana terpengaruh dengan beberapa orang pelajar Sabah
di sekolahnya dalam program pertukaran pelajar) walaupun beliau sebenarnya
orang Terengganu jati.

Suasana di Bilik Pengawas SS







Jamuan Akhir Tahun Badan Ketua Kelas @ New Horizon Kuantan




Friday, 14 October 2016

Bengkel HEBAT Bacaan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris

Ujian PISA (Program for International Student Assessment) adalah satu kajian menyeluruh oleh OECD (Organisation for Economic Co-operation and Development) atau Kesatuan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi Antarabangsa untuk menilai pencapaian pendidikan pelajar-pelajar dalam Matematik, Sains dan Bacaan untuk menentukan sekiranya mereka telah menguasai pengetahuan dan kemahiran asas untuk penglibatan dalam masyarakat bertamadun. Sebanyak 65 buah negara terlibat pada Ujian PISA 2012, dengan hampir seramai 510 000 pelajar terlibat. Ujian berlangsung selama 2 jam. Ujian terdiri daripada gabungan soalan terbuka (open-ended) dan juga soalan pelbagai pilihan jawapan (multiple-choice). Kajian terbaharu menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-3 terbawah dengan skor Bacaan bawah daripada purata OECD. Oleh itu, Malaysia mensasarkan target untuk menduduki tempat ke-3 teratas dalam mana-mana ujian bertaraf antarabangsa seperti PISA pada tahun 2025.

Bagi mencapai sasaran itu, Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM telah diberi kepercayaan untuk merancang dan melaksanakan satu program yang boleh memperbaiki pencapaian pelajar-pelajar Malaysia dalam ujian PISA. Sebagai sebahagian daripada usaha itu, program HEBAT Bacaan diperkenalkan merangkumi bahan rujukan guru-guru untuk memperbaiki kemahiran membaca seperti yang dijalankan oleh PISA.

Bengkel HEBAT Bacaan Bahasa Melayu (8 Okt 2016)





Bengkel HEBAT Bacaan Bahasa Inggeris (14 Okt 2016)