MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI
Showing posts with label Pengetua. Show all posts
Showing posts with label Pengetua. Show all posts

Thursday, 20 October 2022

SANAH HELWAH BOSS!




SANAH HELWAH PUAN PENGETUA, PUAN HANITA BINTI KASSIM 🎂

BARAKALLAHU FII UMRIK 🌷🌷🌷
















BLOWING 53 CANDLES IN TWENTY TWENTY TWO,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU ~

WISHING OUR BELOVED MADAM PRINCIPAL THE HAPPIEST AND THE BRIGHTEST DAY EVER 💫

Monday, 18 October 2021

HAPPY BIRTHDAY BOSS!

HAPPY BIRTHDAY TO YOU 🎈

HAPPY BIRTHDAY TO YOU 🎈

HAPPY BITHDAY TO YOU 🎈




Saturday, 29 May 2021

KEHADIRAN YANG DITUNGGU-TUNGGU

Sekalung tahniah diucapkan kepada Puan Hanita Binti Kassim atas pelantikan sebagai Pengetua SMK Bukit Rangin yang baharu bagi menggantikan mantan pengetua, Tuan Haji Abdul Razak bin Ahmad yang telah bersara pada bulan April yang lalu. 

Mendayung sampan sampai ke muara,

Singgah sebentar di SMK Tok Sera,

Sambutlah kasih dan salam mesra,

Selamat datang puan pengetua

Selamat Datang dan Selamat Bertugas Puan Pengetua ☺

Tuesday, 27 April 2021

SALAM AKHIR SALAM YANG TERISTIMEWA

 SELAMAT BERSARA, TUAN HAJI ABDUL RAZAK

SAYONARA, WE LOVE U! 💕

Majlis persaraan pengetua SMK Bukit Rangin telah diadakan pada 26/4/2021 yag lalu. Walaupun disambut secara sederhana, majlis tersebut tetap berlangsung dengan meriah mengikut Standard Operating Procedures (SOPs) yang telah ditetapkan.

Terima kasih dan tahniah buat semua warga BRASS yang telah menjayakan majlis  tersebut terutama kepada kelab guru dan staff BRASS yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran majlis berkenaan.

Kepada yang diraikan, Tuan Haji Abdul Razak, seluruh warga BRASS mengucapkan selamat bersara dan semoga Tuan Haji menikmati hari-hari persaraan dengan tenang di samping keluarga tersayang.











Tegas, rajin, berwawasan, hensem,
 Itulah Tuan  Hj Abdul Razak yang sememangnya  ohsem!

Last Fingertac Day

10.38:57

Tuan Haji,

Banyak ubi perkara ubi,

Ubi keledek ditanam orang,

Banyak budi perkara budi,

Budi yang baik dikenang orang

JASAMU DIKENANG ❤

Thursday, 1 January 2015

Fokus 2015 : Kata Alu-aluan Pengetua BRASS


بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnianya kita dipanjangkan usia untuk meneruskan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita untuk setahun lagi dalam keadaan sihat sejahtera.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan selamat kembali bertugas kepada semua guru dan selamat datang kepada guru-guru yang baru melaporkan diri ke sekolah ini. Sama-samalah kita memulakan tahun baru ini dengan azam dan tekad serta usaha yang lebih gigih ke arah merealisasikan visi dan misi sekolah. Keikhlasan kita dalam menyampaikan ilmu yang diamanahkan perlu dititikberatkan, mudah-mudahan mendapat keredhaan daripada Allah SWT.

Buku “Fokus 2015 BRASS” ini telah dirangka untuk dijadikan sebagai garis panduan dalam usaha merancang, melaksana dan menilai tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Sejajar dengan alaf baru, maka seharusnya mutu pendidikan kita semakin maju ke hadapan sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan diperkembangkan lagi dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0). Para pendidik harus mempunyai hala tuju yang jelas dan mengutamakan aktiviti peningkatan profesionalisme agar mampu memberi impak yang tinggi terhadap kecemerlangan anak didik dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Semoga dapat digunakan dengan sebaik mungkin dan sentiasa memandu kita mengikut landasan yang betul dan serta ke arah matlamat yang telah ditetapkan.

Sesi persekolahan 2015 diharapkan dapat mencorak BRASS  menjadi sebuah institusi pendidikan yang terbilang dan saya mendoakan agar warga BRASS  akan meneruskan usaha menambahkan nilai bagi semua program yang dirancang untuk dilaksanakan. Insya-ALLAH, komitmen yang tinggi yang ditunjukkan oleh seluruh warga sekolah akan membawa BRASS ke mercu kejayaan. Insya-ALLAH...


“Cendekia, Etika & Terampil”

“SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2015 & SELAMAT BERTUGAS”


HJ ABDUL RAZAK BIN HJ AHMAD
Pengetua
Bukit Rangin Secondary School, KUANTAN
Disember 2014

Friday, 30 December 2011

Pengetua Baru

 
TUAN HAJI ZAIMI BIN ABU BAKAR
Pengetua ke-5 SMK Bukit Rangin

Tarikh lahir
27 Februari 1961

Kelulusan Akademik
Ijazah Sarjana Teknologi Kejuruteraan di New Mexico State University (1986)
Ijazah Sarjana Lanjutan Pendidikan (Curriculum and Instruction di University of Houston, USA (1996)

Kelulusan Ikhtisas
Diploma Pendidikan Matematik/Bahasa Inggeris di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1989)

Sejarah Perkhidmatan
SMK (A) Tengku Ampuan Hajah Afzan Pahang Jerantut (1989-1996)
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Semambu Kuantan (1996-2001)
SMK Lepar Hilir Kuantan (2001-2003)
SBP Integrasi Kuantan (2003-2008)
SMK Air Putih Kuantan (2008-2009)
SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad Kuantan (2009)
SMK Bukit Goh Kuantan (2009-2011)

Visi Pendidikan di SMK Bukit Rangin
Menjadikan Sekolah Kluster Kecemerlangan Kategori Sekolah Harian Daerah Kuantan. Watak sekolah pilihan "The Choice School" bagi ibu bapa dan komuniti setempat yang menaruh kepercayaan, keyakinan, impian serta inspirasi yang mampan bagi anak-anak. Ia direalisasikan melalui sistem pendidikan SMK Bukit Rangin yang berkualiti, berinovasi, berkreativiti dan berwawasan.