MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Monday 17 May 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Tarikh     :  17 Mei 2010
Masa          :  11.00 pagi - 2.00 ptg
Tempat     :  Dewan Bitara SMK Bukit Rangin
Kelolaan   :  Badan Pengawas & Ketua Kelas

Click to play this Smilebox photo album: Sambutan Hari Guru
Create your own photo album - Powered by Smilebox
Terima kasih kepada PIBG, YDP PIBG, Dato' Abdul Manan dan semua yang terlibat dalam menjayakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2010. Selamat Hari Guru!

Saturday 15 May 2010

Gotong-royong Hari Guru

15 Mei 2010. Sepertimana yang diarahkan, para guru dan beberapa orang murid hadir ke sekolah untuk bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Tempat-tempat yang menjadi tumpuan adalah kelas-kelas, taman-taman, bilik-bilik khas dan belakang sekolah. Bermula pada jam 9.00 pagi, gotong-royong berjalan dengan lancar sehinggalah berakhir kira-kira jam 10.30 pagi dan ada juga yang selesai pada jam 12.30 tengah hari. Para pengawas pula bertungkus-lumus menyediakan dewan untuk sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada Isnin 17 Mei ini. Selamat Hari Guru untuk semua guru SMK Bukit Rangin, semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. dengan apa yang kita kerjakan...
Click to play this Smilebox photo album: Gotong-royong Hari Guru
Create your own photo album - Powered by Smilebox
Customize your own photo album

Sunday 9 May 2010

`Pot Luck' untuk Guru Pelatih Sesi 1 2010

06 Mei 2010. Walaupun kehadiran mereka hanyalah sebentar, Kelab Staf SMK Bukit Rangin tetap mengadakan majlis `pot luck' seperti kelaziman bagi menghargai jasa mereka selama berada di sekolah ini. Kedua-dua pihak bertukar-tukar hadiah penghargaan disamping menjamu selera dengan menu utama Nasi Kerabu dan juga lain-lain hidangan yang dibawa oleh guru-guru. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru pelatih yang telah menjalani praktikal di SMKBR selama lebih kurang 2 bulan. Selamat menempuh alam pekerjaan sebenar yang lebih mencabar dan kadangkala tidak terjangkau dek fikiran.... Mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara dan diharapkan segala teguran yang diberikan dapat dijadikan pedoman dan tidak disimpan di hati. Terima kasih....

Click to play this Smilebox scrapbook: Guru Pelatih Sesi 1 2010
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
This scrapbook customized with Smilebox

Latihan Kebakaran

04 Mei 2010. Agenda wajib tahunan ialah mengadakan latihan kebakaran kepada semua warga sekolah terutamanya murid-murid supaya tahu apa nak dibuat sekiranya kebakaran betul-betul berlaku. Padamkan semua punca elektrik, keluar daripada tempat kebakaran dengan kadar segera mengikut pelan kebakaran yang telah dibuat oleh pihak sekolah dan berkumpul di kawasan lapang seperti padang sekolah. Pada kali ini, murid-murid SMK Bukit Rangin telah berjaya bergerak dan berkumpul di tempat yang diarahkan kurang daripada 5 minit, iaitu masa yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, latihan ini akan lebih berjaya sekiranya murid-murid bergerak dalam kadar pantas ketika menuju ke tempat perhimpunan, seolah-olah kebakaran benar-benar terjadi.
        Seperti kebiasaan, apabila semua murid telah berada di kawasan perhimpunan, semua guru kelas akan mengambil kehadiran untuk mempastikan tiada murid yang hilang atau `terbakar'. Cikgu Mohd Puzi, penyelaras Unit Keselamatan kemudiannya menyampaikan sedikit taklimat kepada semua yang hadir sebelum dibenarkan bersurai.

Selamat Hari Lahir Cikgu Azhar!

05 Mei 2010. Tanpa disedari oleh ramai rakan guru, Cikgu Azhar rupa-rupanya menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 56 tahun. "Dah masuk usia bonus", katanya pada kami ketika mesyuarat pengurusan Hari Guru di Bilik Mesyuarat. Kami yang baru mengetahui berita itu cepat-cepat mengucapkan tahniah dan kseyukuran kerana masih lagi dipanjangkan umur. Satu lagi kejutan pada hari tersebut apabila `orang pejabat' rupa-rupanya sempat merancang sambutan ringkas hari ulang tahun kelahiran beliau. Selamat Ulangtahun Kelahiran Cikgu Azhar, semoga Allah memberkati perjalanan hidup Cikgu Azhar sampai bila-bila. Amiiin!!!